~ Assalamualaikum ~
Alhamdulillah, lega rasanya....aishhh mcm2 ye bila org da berusia baru nak pregnant ni....kuikui moga Allah permudahkan n beri aku kekuatan untuk hadapi apa yang mendatang. Dalam tempoh 8 minggu dah 3 kali CS mengalami pendarahan, cuak sape x cuak kan.
Time minggu ke 7 tu berlaku pendarahan kedua, so Jumaat 13.9.2013 decide to check di Klinik Hidayah @Jasin. Scan punya scan punya scan, Dr x nampak apa2 pun, so dia suh datang seminggu lagi, mungkin kecit lagi kot katanya....aku pun balik ngan macam2 perasaan bercampur campur cam saham kat BSKL tu kan di tutup bercampur campur....adoiiii makaiiii. Doktor pesan pakai pad coz ancaman keguguran, ehmmm
Msg la kawan dan adik beradik sana sini, ada yang kata beberapa kemungkinan
1. Dr tak pakar so x nampak
2. Guna mesin berapa D gaknya tu pasal x boleh detect gak
3. Mungkin dalam ni dah xde pape, dah 0 tgl tgu dia keluar semuanya kot
4. Normal diawal kehamilan ada kuar sket2.
Balik je petang tu kuar lagi darah, kali ni agak banyak la jugak....ehmmm aku dah x konfident langsung, betul lah kot apa yg DR tu sarankan, ok CS faham dan cuba tenangkan hati, doa banyak2 mintak apa pun Allah permudahkan je. Dah ready habis lah ni.
Elok je cuti Hari Malaysia 3 hari, xde bleeding lagi, aku slow2 kerja, rilek je n x bawak kereta jalan2....juzt relax @home sambil berdoa. Mak CS n adik2 semuanya positif je cakap ada tu, ok xde apa2 tu. My sis yang dok Melaka sarankan jumpa Dr Rahimah (Klinik Amal) di Ayer Keroh. Biasa pun klinik ni memang x mengecewakan bila bagi jawapan, dah banyak kes lah family g situ nampak serasi bersama.
So....Isnin pergilah, DR Rahimah scan, Alhamdulillah....nampak jelas sekali memang ada dan sizenya pun sesuai dengan minggu ke 8. Aku dibekalkan dengan pil Hormon untuk mantapkan lagi kandungan ini. Syukur Ya Allah kalau dia mampu lagi bertahan...apa-apa pun Allah lebih mengetahui apa yang terbaekk untuk hambaNya. Nak cakap lebih pun, terlalu awal lagi, makanya CS dah pangkah klinik yang kat Jasin tu, bikin jiwa gue kacau je huahahaha
Sekian adanya........
CikSally