Tuesday, April 28, 2015

Cara Membayar Bil Redone

~ Assalamualaikum ~

Dah dua bulan guna redone. Murah memang murah
Berbaloi sangat
Saya bukan duta redone ye...hikhikhik
Masa guna Celcom dulu, ermmm 90++ tak lari
Tapi sekarang RM48-55
Jimat bukan...sekarang zaman GST, kita kena berjimat hal lain
Ada benda yang kita kena cut bajet
Kalau dulu, nak apa beli je, kadang2 membazir pon ada
Sekarang pelan-pelan kena belanja berhemah

Bagi pengguna-pengguna baru yang tak tahu nak bayar bil kat mana
Jom CS tunjukkan
Guna online je ye takyah nak gatal2 pergi beratur, bazir minyak bagai

muka depan
1. Of course la korang kena masuk web redone www.redone.com.my

pompuan ni lagi



 2. Sila klik Self Care Login seperti yang ditunjukkan anak panah kecit bertanda (i) di hujung atas sebelah kanan


Add caption
3. Masukkan No telefon anda dan password. Password adalah No account redone anda. Biasanya bila kita daftar, kita akan dapat sms dari redone. Ok nombor itulah yang dimasukkan. Di ruangan anak panah (ii)




4. Klik di (iii) iaitu Download & Pay bill


5. Paparan bil semasa akan keluar seperti di atas. Then klik di anak panah bertanda (iv) iaitu Pay Now.

6. Bila dah klik Pay Now tu akan keluar lah pilihan Internet banking yang korang guna.

7. Seterusnya ikut sahaja arahan pihak berkuasa pembayaran.

8. Senang aje yang penting line internet kena ada kalau tak g jap kedai mamak tumpang wifi derang. hahaha

Sekian adanya....

CikSally

Pucuk Paku Masak Lemak Cili

~ Assalamualaikum ~

Macam dah lama tak masakkan, masak sebenarnya, hari-hari pun masak bubur untuk Hadif mokmok yang suka makan tu. Semalam Mr. M beli pucuk paku 2 bungkus. Kalau 2 bungkus tu aku tau lah satu sini satu sana. Memandangkan aku nak masak pagi tadi so aku pun dengan kak namnya masak lah sekali, haa kan senang pastu bagi 3 bekas....aku 1, mak yati 1 (pengasuh Hadif) dan mem 1...untuk Hadif, mama masak bubur ayam special. Maknanya pagi ni aku masak 2 benda. Amacam??? rajin tak aku....hihihi phuiiii sangat kan. Korang tak percaya...meh layan gambar yang aku snap pagi tadi...sampai laki aku cakap...ahhh amik2 gambo jangan tak amik...masuk fb nanti. hihihi dia apa tau tentang dunia blog aku yang suka suki ni.

tadaa...nak letak ikan masin tapi takdak...ku keciwa
Jom kita layan resepinya

Bahan-bahannya :
1. 2 Bungkus pucuk paku (agak-agak)
2. 1 biji santan + 1 kotak kecil santan segera
3. 6 biji bawang kecil *
4. 1 biji kecil bawang putih *
5. Segenggam ikan bilis *
6. Segenggan cili padi (haa amekkaw) *
7. 1 inci kunyit hidup *
8. Garam secukupnya
9. 1 keping kecil asam keping

Cara memasaknya :
1. Kisar bahan bertanda *. CS kisar bawang, cili dulu then baru masuk ikan bilis sebab tak nak ikan bilis hancur sangat.
2. Masukkan dalam peruk bahan dikisar dan campurkan dengan santan, asam keping.
3. Masak hingga mendidih dan kacau2 supaya santan tak pecah.
4. Masukkan sayur pucuk paku, perasakan garam dan masak sampai sayur empuk.
5. Sedia untuk dimakan

Selamat mencuba.

Sekian adanya.....

CikSally

Wednesday, April 22, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

~ Assalamualaikum ~


Seperti yang tertera di atas, Pesta Buku Antarabangsa 2015 kembali lagi. Jom ramai-ramai kita semarakkan pameran buku terbesar ini disamping menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat Malaysia. 


Agak malang kalau ada individu yang tak nampak bagusnya pergi melawat pesta buku ni kan...sebab apa yang aku nampak dan rasa adalah :-
* perkongsian ilmu terdapat disini. (saban hari ada program perkongsian ilmu diadakan kat atas stage tu, ko pilih je nak join yang mana).
* Hampir semua publisher ada disini (kau nak apa lagi)
* Penyertaan penerbit luar negara.
* Lebih dari 1 juta orang yang berkunjung ke sini saban tahun.
* Pelbagai jenis buku ada...dari kanak2 sampailah yang nak masuk ke kubur, dari buku akademik sampailah novel picisan lagi murahan (kau pilih je aku cakap)
* Tetamu jemputan program biasanya ikon negara.
* Beramah mesra terus dengan penulis buku yang hebat-hebat @ selebriti jemputan.
* Yang pasti aku pergi kutip katalog...tu je yang aku mampu, kutip je tau sebab aku kan librarian, time tu lah aku nak dapat katalog terbitan bahan terkini. At last...katalog tersebut akan aku jual kat apek cina kitar semula sebab tiada kegunaannya disini... ermmm dapat gak duit.


Acara ini adalah berkaitan dengan ILMU...tak lari tajuk pun, aku tak rasa pun kalau kita pergi melawat pesta buku ni sebagai acara 'jalan-jalan sahaja' sebab ada sesuatu di sana yang dapat kita kutip. yeahhhh jom reramai pergi dengan family tercinta.




Sunday, April 12, 2015

Resepi Pasta Baby 10 - 12 bulan

~ Assalamualaikum ~

inilah rupanya pasta baby

First time try bagi hadif makan pasta baby ni, ermmm suka rupanya dia. Makan bubur hari-hari pun anak boleh meroyan juga...so sekali sekala kita tukar. Lepas buat tinjauan beberapa blog jumpa lah resepi pasta baby ni. Pasta baby ni CS beli di Mydin why pay more tu... jenama Heinz iaitu dibahagian makanan baby...tak berapa gemar pergi cari barang di pasaraya besar ni....melilau cari tak jumpa. Demi mokmok bucukku, CS gagahi jua....hihihi

Jom kita layan macam mana nak masak Pasta Baby ni....tutup mata je dah jadi....tapi tutup sebelah je lah kan hehehe





Bahan-bahannya :
1. 1 biji bawang kecil merah + 1 biji bawang putih (hiris)
2. Carrot (CS rebus bagi lembut dan potong kecil)
3. Isi Ikan Merah (hiris halus)
4. Pasta (Didihkan air then masukkan pasta dalam 3-5 mint dan tos sejukkan)
5. Sedikit yang amat garam

* Carrot boleh ditukar dengan sayur lain seperti brokoli
* Isi ikan boleh ditukar dengan ayam cincang dan daging
* Letakkan cheese kalau anak anda suka...boleh cuba, tapi CS tak try sbb takde stok

Cara membuatnya :
1. Letak sedikit minyak zaitun dan panaskan.
2. Tumis bahan (1) sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan 3 dan goreng hingga berubah warna dan nampak empuk...sekejap je
4. letak sedikit sahaja air agar tidak terlalu kering.
5. Masukkan bahan (2) dan bahan (4) dan kacau rata.
6. Setelah semua telah mesra di dalam kuali, kita kasi keluar itu pasta.

CS pun join sekali dengan Hadif....makan to geder geder, memang sedap, anak suka...emak puas hati. Mungkin kalau ada cheese tu jadi double sedap kot, nanti2 lah kita try kan.

Selamat mencuba

Sekian adanya....

CikSally

Thursday, April 9, 2015

Puding Sagu Idaman Qalbu

~ Assalamualaikum ~

puding sagu..idaman kalbu

Tajuk tu jangan percaya sangat la ye. Kejadian ni masa sambut birthday babies comel2 tu 4.4.2014, ni adalah salah satu menu yang telah disediakan oleh kakakku. Sedap wei kalo dimakan sejuk2...nyaman je lalu kat tekak ni. Sampaikan orang mengidap diabetes pon makan tak hingat. ishhhh ishhhh mak tak tau takut ye. Kadang-kadang aku bebel gak, bagi dia takut sket, kalau di biarkan...ermmm mau makan dan makan lagi. Kita semua pon kena berhati-hati juga...ye lah aku cakap je boleh lah, bila makan sama dengan je dengan mak aku huhuhu. Jom kita tengok resepi simple, murah dan sedap ni.

Bahan-bahannya :
1. 1 cawan sagu
2. 3 cawan air
3. Sehelai daun pandan
4. Pewarna mengikut citarasa
5. Sedikit garam

Bahan Kuah :
1. 1 tin susu cair
2. Seketul @ 2 ketul gula melaka (masak campur air ikut kepekatan dan kecairan yang diimpikan dan cairkan, tambah gula pasir kalau kurang manis

* CS tak gabungkan kedua bahan 1 dan 2 ni. Bila nak makan baru kita gabungkan so boleh adjust nak manis ke tak.

Cara membuatnya :
1. Campurkan sagu, air, daun pandan dan garam.
2. Masak atas api yang sederhana dan kacau sehingga bahan menjadi likat.
3. Setelah kembang, lembut dan sedikit berkilat, tutup api.
4. Tuang dalam acuan yang dikehendaki.
5. Biarkan sejuk...nak lagi sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Tadaaa siap untuk dimakan. Mudah bukan. 

Sekian adanya...

CikSally


Tuesday, April 7, 2015

Wajah Baru

~ Assalamualaikum ~

Ini lah wajah baru jom lepaksat....bersama CikSally
Saje lah cari mood baru
Bila dah lama sangat dengan sesuatu benda 
Kita jadi jemu kan

Btw...weekend ni ada kursus gunting rambut di Kolej Komuniti Ledang
Macam nak join
sebab apa tau
dulu CS berangan sangat nak masuk kelas gunting rambut
tapi tak kesampaian
ada je suara-suara sumbang
yang cakap nanti ko berdosa 
jaga rambut orang....orang tak pakai tudung
betapa ceteknya kita dulukan
sekarang kalau kita bukak saloon muslimah
kan dah dapat pahala
kita dah selamatkan para wanita muslim mendedahkan aurat
dihadapan orang yang tak berhak melihatnya.

Apa je yang CS tak nak jadikan
semua nak....
oraitttt....babai

Sekian adanya....

CikSally

Sunday, April 5, 2015

Agar-Agar Santan

~ Assalamualaikum ~

kedekut santan...nipis je

Ni cerita hujung minggu, cubaan kedua dan menjadi. Cubaan pertama kurang menjadi. Apalah CS ni, orang dah buat macaroon, pavlova bagai, dia baru nak buat agar-agar santan je kuikuikui. Ini antara peberat i hokeyyy. Dulu-dulu selalu suh mak buat agar-agar ni tapi balik-balik dia buat agar2 yang merah tu, perghhhh stresss gue. Alasan dia yang merah tu tahan lama, yang santan cepat basi. Kalau buat pon tak sempat nak basi kot sebab dah masuk perot. Sekarang...gue buat sendiri so ikut selera gue la kan. Ini pon berposak mintak resepi ngan adik aku...ehhh korang  tau ke 'berposak' tu apa, tak tahu buat-buat paham je la ye. Baik kita layan resepinya....zasssss...

OK aku buat banyak2 punya adunan, maklum lah, rakyat marhaen ramai kat umah tu.

Bahan-bahan :
1. 2 peket Agar-agar cap rose (apa pon bole je)
2. 2 buku gula melaka
3. 2 biji santan (amik santan pekat2)
4. 1 biji telur
5. 5 sudu gula pasir (ni pun tak berapa manis, manis buah je, yang suka manis boleh tambah)
6. Daun pandan
7. Air secukup sedap

Gula Melaka

Telur

Cara membuatnya :
1.
masak agar-agar + air agak-agak agar-agar tenggelam

2. Selepas Agar2 cair masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Rasakan

3. Di mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan dalam santan.

4. Setelah gula hancur, masukkan santan campur telur tadi, dan masak sehingga mendidih beberapa ketika dengan api sederhana perlahan.

5. Tutupkan api dan tuang agar-agar kedalam acuan yang dikehendaki.

6. Biarkan sejuk dan baru potong n makan dengan lahapnya.

Time panas ni memang ngam lah makan benda2 macam ni, nak2 lepas disejuk beku kan.

kita masuk loyang je...senang sekali tuang

Buat ni semudah A..B..C..D..E..F..GST
Ehhh...ehhh tetiba je. OKbai

Sekian adanya....

CikSally







Thursday, April 2, 2015

Sotong Goreng Tepung Kangkar Hill

~ Assalamualaikum ~

terharu i tengok sotong2 ni berbaju....hikhik

Resepi ni memang sempoi giler. Senang dan bahan dia pun yang memang ko senang nak cari kat rumah. Takde yang merepek sangat. Hasilnya pulak memang mengujakan. Bangga giler kot sebab dengan resepi yang simple, sotong goreng tepungku menjadi....huhu terharunya saya hehehe.

Sebelum ni memang pernah buat tapi dapat resepi yang meleceh leceh gitu....fuhhhhh nak buat pon naik malas tau. Dengan kekadang tepung yang tertanggal memanjang bila digoreng...last2 makan sotong bogel jer, tepung dia ntah dah kemana. Pengalaman buat sotong goreng tepung dan hasilnya dapat sotong bogel tu biasa. Mungkin aku je kot yang tak pandai buat, orang lain takde hal pon kan hehehe

Ni masak masa hari Sabtu baru ni, mak teringin nak makan siakap 3 rasa, maka CS pon buatlah siakap berapa rasa pon tak tau lah...tengok dalam peti ada sotong, wahhh ini bagus kalo ku celup tepung ni, ala-ala makan kedai ikan bakar kan. Gugel jap resepi, Alhamdulillah... jumpa resepi yang sangat mudah, terus zassss buat dan terus jadi. Terima kasih resepi dari blog Mush mengomel,

Jom kita tengok resepinya ye puan-puan yang budiman

Bahan-bahannya :
1. 5 ekor sotong saiz besar
2. Tepung gandum
3. Sebiji telur
4. Lada sulah / lada putih
5. Garam
6. Minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya :
1. Basuhkan sotong dan potong ikut saiz kegemaran masing2.
2. Toskan dan masukkan garam + lada sulah + sesudu tepung kedalam sotong tadi dan gaul rata.
3. Dalam mangkuk yang berasingan sediakan sebiji telur yang dipukul.
4. Dalam bekas yang berasingan, sediakan tepung secukupnya.
5. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng...biar panas betul2.
6. Ambil sotong tadi, celup dalam telur dan gaulkan dengan tepung then terus masuk kuali.
7. Ulang proses sehingga habis semua sotong tadi.
8. Balik-balikkan sotong supaya tak hangus.
9. Sotong goreng tepung siap untuk dingapppp...

Sekian adanya....

CikSally

Wednesday, April 1, 2015

Poster Wakaf Buku

~ Assalamualaikum ~

CS suka buat kerja design2 ni
Nak kata kreatif, idak juga
tapi suka je
Kalau buat kerja-kerja gini mau ralit je
tup-tup dah pukul 1 time untuk Zzzzzz

Dah tua baru tau minat bidang yang mana
Nanti esok....bukan esok
tapi esok-esok
Kena tanya Hadif....anak mama nak jadi apa?
Anak mama minat nak buat apa?
Jangan dia kata nak jadi penyanyi udah lerrrr
Mahu kena hempuk ngan mama ni
Hobi-hobi takpelah sayang kan 

latest product....mcm banyak sangat produknya hihihi oberrrr je i


Poster Program Wakaf Buku ni CS buat untuk promosi program ni. Almaklumlah, kita tak dapat bajet nak beli buku-buku ni so try lah mintak student yang dah nak habis belajar ni wakaf kan buku derang yang dah tak nak tu.


sijil KAKOM

Sijil ni CS yang design masa jadi AJK sijil & cenderahati untuk KAKOM ke 10 pada 2010....lama dah. 100% by me atas arahan ketua masa itu Puan Rohana.....hahaha ntah nape dia suh aku buat, aku pon dengan bangganya mendesign beberapa jenis untuk dibentangkan dalam mesyuarat...akhirnya ini yang diterima, kaler ikut tema negeri JDT. Agaknya aku ni jenis suka buat kerja diam-diam belakang tabir....kerja mencapap mencapap aku tak minat hokeyyy.

kad kahwin

Okey...yang ni tipu. Bukan CS yang design tapi CS upah sorang blogger tu but the idea is from me. CS bagi lakaran dan kaler yang dipilih....Pastu i print je...maklum ingat jemputan tak ramai...ermmmm rupanya kos adalah lagi mahal untuk 250 keping kad sebab ink kaler printer aku mahal nak mampossss....namun demi hari bahagia aku gagahkan juga, potong...tampal....wat dengan penuh kasih sayang huahahaha so walaupun kad aku tak guna kertas yang shine2 gitu tapi aku suka n syok sendiri sebab design yang simple seperti yang dimahukan.

Amacam....kretip tak aku ;p ;p ;p

Sekian adanya......

CikSally