Friday, February 8, 2013

Produk Alia Dania (AD) ~ aku sudah jatuh cinta


Perempuan ngan kecantikan mmg x dpt dipisahkan. lelaki pun sama sekarang ni kan... So dengan hati yang berbunga2, hari ni cik sally *CS* nak stori pasal 1 produk yang telah wat CS jatuh cinta ngan ke 'best' an nya. bukan apa, orang kata benda baik tu jgn lah simpan sorang2, makan sorang2, kedekut sorang2 kan...apa salahnya kita share2...sharing is caring ye dok??? kalo barang tu x best CS pun x kuasa la nak share...nanti org salah kan kita plak, orait.

Ni produk kosmetik nama dia Alia Dania (AD), my cousin dah lama dah jual tp CS wat derk je sbb kita kan eksyen, dalam hati da cakap aku da pakai klinik punya bla..bla...bla. Suatu hari yg malang tu muka mengelupas kering n berkedut, jerawat bukan lg punca masalah yihaaa cuma tu laa kekeringan yg melampau, bila da kering dia cpt kedut2 dan maka lahir lah garis2 halus...so mencari cari pelembap yg sesuai.

One fine day tu hati tergerak untuk bertanya bila tgk my cousin promote produk tu kat wall dia, selalu pon mmg dia promote tp hati belum terbuka sbb CS ni ada susah sket nak caya bnda2 baru @ benda2 yg x tahu ni tp hari tu Allah gerakkan hati ni untuk bertanya ttg pelembap tadi n dia pun explain ttg sabun dia yg mmg da berpelembap tu, ajaib kan, biasa sabun ni wat muka kita kering, ok la pas diskas serba sket CS pun terbuka hati nak beli 1 set...ada 4 barang....taddaaaa
1. Sabun muka ~ melembapkan kulit, da x perlu guna pelembap lain
2. Toner
3. SPF 18 ~ CS suka sgt pakai ni, ringan n x melekit, korang try sndiri lah baru tau
4. Special Cream ~ seratakan tona kulit tanpa mengelupas


pasti kulit anda lembap

special cream x akan mengelupaskan kulit

yang ni sgt smooth n x melekit

toner

Pas guna beberapa hari, serius...x tipu punya.. mmg sabun dia wat kulit kita lembap je n hilang semua yg mengelupas n kering...yg penting AD ni bukan produk yg akan wat kulit kita mengelupas, pedih, kemerah-merahan...tidak sama sekali ye puan2...now kita nak sekata kan warna kulit agar x kusam, licin dan lembut... jgn drastik nak cantik yg mana akhirnya kulit kita menipis...yg sederhana itu kan lebih baik, yg penting konsisten n istiqamah dan hasilnya mmg memuaskan hati.....

Akhirnya aku jatuh cinta dengan produk AD ~ cakap banyak pun x guna, korang try baru korang tau, jgn eksyen cam aku dulu nnti rugi beb....bukan sbb CS jual tp cuma teruja nak share ngan kengkawan....

Berminat??? yerrr jgn malu2 untuk bertanya....

Sekian ada nya....



10 Makanan Paling Menggemukkan di Malaysia

Siapa yang x suka makan kat dunia ni..ye dak??? Cik Sally lebih2 lagi lah. tapi kalau nak makan tu tgk sket kandungan kalori, lemak dan nutrisi dalam sepinggan makanan kita dan lepas makan jgn lupa exercise.., bukan lepas makan sgt lah..petang2 sket ye..hehehe. CS pegang pada prinsip *baru je prinsip ni sejak 2013* makan biar sederhana, ala kadar n amalkan sekurang2 nya 3 kali exercise, lebih lg bgs lah...jalan2 sahaja pun x apa...yg penting buat...jgn pas makan tidur ye kawan2..x mo...x mo...Berikut ni yang telah disenaraikan oleh Kevin Zahri sbg makanan yang menggemukkan...cekidauttttt

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

Thursday, February 7, 2013

Power Bank Charger

~ Assalamualaikum ~

Cik Sally ada beli satu power bank brand powersey ~ harga RM140.00... 20000 mAH, 
tinggi la tu konon, n lebih lama boleh tahan. 
Masa sampai hari tu boleh guna sekali dua je 
then bg tahu la kat budak yang jual tu, beli online tu
semalam dah dapat yang baru tapi ms 1st time charge tu ok bernyala lampu dia 
but bila nk connect ngan hp dia tak boleh nak on...on jap dia off semula...
apa masalah ni ekkk.... tak mungkin CS x tau guna
sbb simple je cucuk sana sini camtu je...haishhhh, 
ingat dah beli boleh la menyenangkan hidup aku...
rupanya indah khabar dr rupa...apa CS nak wat ngan benda ni haaa....
dah la berat...wat baling dog pun bagus kan..hehehe
wat sakit hati je derrrr....ada sesapa nak beli kekekeke

tengok sekali cam best je.....dua kali cam hampeh 


Sekian ada nya......