Thursday, May 30, 2013

KILAUAN EMAS 2013


~ Assalamualaikum ~


meleleh air liur CS tgk emas
Semalam, telah berlangsungnya Kilauan Emas 2013, macam mana CS boleh terjebak dengan dunia veteran ni pon tak tau la kan, pengaruh rakan x sebaya i la ni..ermmm mak aku...tapi untuk KE 3 ni not bad gak peserta2 yang ditampilkan. Ok peserta fav CS untuk pertandingan final adalah Idris...perghhhh mantap juga pakcik ni nyanyi ye...

4 finalis KE

Pakcik Deris
Tapi malangnya Idris hanya dapat nombor 2 dan johon KE 2013 adalah abe Mior yg rambut panjang...yg abg rock tu....layan je la.

Apa kata pasni kita wat program Imam Tua lak...kita tgk macamana pakcik2 kita berebut nk jadi imam...kekekeke...amacam ASTRO???? ada beran????

Layanan Masterchef selebriti masih diteruskan w/p kdg2 sangkut2 gak x dpt tgk akibat perebutan TV oleh kuasa2 besar di rumah. huhhhhh :(

Sekian ada nya....


ciksally




Thursday, May 23, 2013

Pendaftaran Pelajar Matrikulasi Sesi 2013/2014

~ Assalamualaikum ~

Mulai 27 Mei 2013 ni, semua Kolej Matrikulasi akan mula menerima pelajar baru...jap je kan, pejam celik pejam celik dah datang yang baru...apa yg CS terfikr nanti dapat lagi aduan yg baru, nanti kena jawab lagi...uishhh positif2...harap2 tahun ini lebih baik dari yang lepas.

Sesi ni juga, seramai 3 org anak buah CS akan mendaftar di matrikulasi....sorang di Melaka, sorang di Kedah dan sorang lagi di Perak. Yang Kedah ngan Perak tu apa kes kena hantar jauh2....aku suka jer x dpt Johor tapi tak lah pulak mengharapkan diorang g jauh2...Yang Kedah sudah buat rayuan n CS cadangkan dia pegi Melaka...apa punya jahat lah makcik dia ni tp kuasa Allah xde sape yang dapat menduga...tatap dapt Johor gak...apa nak wat terima aje lah kan....hihihi

Macam biasa, tetap n berpencen CS dok bawah JK Pameran...muntah ijau dah...Saya Yang Menurut Perintah..ye jalan kan saje tugas tu x payah banyak soal lagi.....

Sekian adanya...macam x best jer n3 ni kan kuikuikui

Friday, May 17, 2013

Gosip Artis

~ Assalamualaikum ~

Tadi masa tengah drive..terdengar lah kat radio era pasal sorang artis ni kena tangkap khalwat...aku mmg lemah sket bab nak meneka siapa ni....sbb kadang2 tau muka2 artis ni tapi nama fail lah nak ingat kan kecuali Ady Putra memang aku ingat sampai mimpi lah....kuikuikui xde maknanya kan.

Masa g makan ngan member stori lah bla..bla...bla dia pun google..google la..apa lagi...tengok2 Shah Jazle...ermmm x terkejut pun...kalo Hafiz Hamidon tu terkejut la jugak kan hehehe

ni lah dia mamat ni...bajet comel la konon
Sepatutnya malam2 jumaat ni orang baca yasin ke, solat tahajud ke, ni ko kena tangkap lak....adoiiii la haiiii...sedey tgk. Dah tu aku ni nak jadi blog gosip tu pe hal lak hari2 Jumaat ni....hehehe....ok2 nxt time x nak gosip lagi dah, ni saje je.....mana tau boleh lawan Beautifulnara ke Rotikaya ke Rotimiskin ke kan...wokey chowww dulu

Sekian ada nya......

Thursday, May 16, 2013

SENARAI KABINET BARU 2013

~ Assalamualaikum ~



Semalam 15.5.2013, PM telah mengumumkan senarai kabinet baru 2013. Beberapa muka baru telah diperkenalkan. Berikut adalah senarai penuh kabinet 2013.




MUKA BARU MENTERI

Menteri


  • Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Paul Low Seng Kwan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II
  • Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan
  • Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


Naik pangkat

  • Tan sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya
  • Datuk Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia
  • Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


Timbalan menteri

  • Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Datuk Abd Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan
  • Hamim Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Datuk Halimah Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Datuk Ismail Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia
  • Datuk Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri
  • Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Datuk Azizah Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • P Waytha Moorthy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Datuk Dr J Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Sekian ada nya.......

Wednesday, May 15, 2013

Teduhan Kasih

~ Assalamualaikum ~

Baru habis baca novel ini ~ Teduhan kasih by Marissa


Novel ini telah didramakan dan akan di tayangkan mulai 15 Mei 2013...ermmmm aku kureng sket bab2 drama bersiri ni sbb malas nak folo hari2 + malas nak gado ngan mak aku berebut tgk TV + waktu tayangan maghrib2 memang x de lah nak nonton....walaupun kdg2 cerita best n selalu disebut2 dlm fb.

Tang pelakon tu x boleh blah lah sbb hero drama ni ialah Ady Putra pelakon pujaanku...pujaan je tp tetap x ngundi jadi artis paling fofular kan....heroin dia pulak sherry ibrahim??? masuk ke ngan hero dia...cam tak kan, mungkin aku kot yg patut digandingkan ngan si Ady Putra yang ensem lagi sweet tu huahahaha....sudah lah CS pendam kan saje hasrat mu itu....kalo CS jadi heroin ada yang letupkan TV kot :)

amacam?? ensem kan...
Walau apa pun, masa PBAKL 13 di PWTC hari tu, da sempat jumpa mamat ni n da mintak sign kat buku Teduhan Kasih....so x tgk drama pun xpe...bukan senang nak dapetkan buku di booth Karya Seni, terpaksa berasak2 n berebut, nasib baik xde berlaku pergaduhan atau pengsan kat situ.....ish..ish..ish...beli kat PBAKL memang berbaloi, coz setiap naskah diskaun RM5.00..banyak tu...patut lah memasing angkat 5 buah buku tapi akk menten 3 buah je sbb akk tau tahap kemampuan akak membaca novel huahahaha...ok lah bg peminat drama melayu selamat menonton malam ni yer :)

Sekian ada nya......


Monday, May 13, 2013

Amalan Untuk Mencegah Kanser

~ Assalamualaikum ~

Sesungguhnya setiap penyakit yang Allah turunkan itu ada penawarnya, carilah penawar itu. CS nak share tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh penghidap kanser atau pun kita cegah sebelum kena, maknanya kita buat sahaja amalan yang disarankan setiap hari tanpa tunggu penyakit kanser itu sudah ada. Mencegah tu kan lebih baik dear fwens :)

Sebelum itu suka diingatkan bacalah ini :
1. Istighfar 10x
2. Selawat Nabi10x
3. Al-Fatihah 1x

Sediakan air bersih dan suci. setiap kali selepas membaca surah-surah yang diperlukan, tiup ke dalam air tersebut. Tak perlu sampai masuk semua air liur ke bagai ye cukup sekadar menghembuskan ke air tadi. Amalan surah2 yang perlu dibaca adalah :

1. Surah Al-Maidah (Ayat 82-91)
2. Surah Al-'Araf (Ayat 70-71)
3. Surah Ar-Rad (Ayat 16-28)
4. Surah Al-Anbiyaa' (Ayat 38-50)
5. Surah Asy-Syu'ara (Ayat 185-227)
6. Surah Az-Zummar (Ayat 42-52)
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77)
8 Surah Azkhruf (Ayat 52-70) 

Selamat beramal dan semoga usaha kita untuk mencari penyembuh diizinkan dan dimakbulkan Alla s.w.t.  Yang penting buat secara istiqamah dan yakin bahawa Allah itu penyembuh segala penyakit.

Sekian ada nya......



 


Friday, May 3, 2013

Linguaphone ~ Mandarin maa

~ Assalamualaikum ~

CS nak mengimbas zaman dulu, zaman ms g sekolah lagi. Masa tu kegilaan CS pada bahasa cina mmg x dapat disangkal lagi, mungkin pengaruh drama Hong Kong kot...macam budak sekarang terpengaruh ngan drama Korea kan...macam tu la perumpaannya, nak sangat pandai cakap bahasa cina, bior tgk drama tu faham je bila tetiba x ada sarikata huahahaha.....lawakkan. lagi satu kalau kat sekolah tu, bila diorang dok ngumpat kita, kita boleh sergah la balik dia kan...begitu sekali angan-angan aku....

Korang pernah dengar x Linguaphone? benda ni la yg CS selalu tgk kat paper, satu hari tu isi je la form dia main2 kan, pilih bahasa mandarin, saje je ingat nnti dia pos la balik info ke hape kan. Ni haa kat bawah cer cuba korang tgk, tadi aku kemas library jumpa benda ni, so terimbau kenangan lama hikhik

pilih2 nk blaja bahasa yg mana

glamer sgt pix ni dulu...skang ada lagi ke
Suatu hari cuti wiken tu, ada org asing datang rumah cari aku....vavava sape plak yg kenal aku ni waktu tu hanya budak sekolah yg comot lagi comel hehehe...sila jgn muntah ijau ye....rupak2 nya tu yg aku hantar borang dia datang sampai rumah cari aku.....gila ke hape, mana aku ada duit.

Dipendekkan cerita lepas sesi dialog bersama aku, salesgirl tu akak n mak aku, maka aku mmg x mampu lagi nak belajar cakap cina n x mampu lagi nk ada set yang linguaphone tawarkan...alang2 da datang tu si salesgirl ni x nak la rugi kan, nk gak mintak suh bayar RM 10 ke 20 hengget camtu la...x bape nk jelas masa tu mak aku bayar ke x...rasa mcm bayar sbb aku kena bebel....bebel je bukan marah pon. huhhhh anak nk kreatif pon kena marah kan :)

Dipendekkan cerita lagi, berapa kali pendek dah ni...masa belajar kat UiTM, sem 3 kot, ada tawarkan subjek bahasa ni, uishhh apa lagi dengan lajunya terus bg nama untuk kelas mandarin, ada lah 10 orang geng mandarin kita, dengan bernama kan Li Rong waktu itu *selalu kena ejek samting wrong ke* aku belajar Mandarin selama 2 tahun ada...sejak itu 'ni hao ma' x pernah lekang dari mulot....enjoy sangat nyanyi mandarin, berlakon mandarin, sajak mandarin, korang ingat apa....ermmmm *dengan bangganya* hehehe.
CT nurhaliza nyanyi salah pun kitorang boleh tangkap tau....hahahaha lawak je bila ingatkan....Laoshi pun sempoi2 abis, yang awang jadi awan pun ada...kompius akak...yang aku paling ingat kena sebut laju2 no tepon...ms tu no tepon umah lah sebab CS xde HP huhuhu....masa tu aku sebut camni....boleh tahan laju...sampai skang pun ingat lagi no ni hehehe

jio
wu
er
liu
wu
si
yi

Dui buqi korang jgn salah sebut ye...wat malu je :)

Sekian ada nya....