Wednesday, January 28, 2015

Mama Yang Keliru

~ Assalamualaikum ~

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog simple ku ini....ketandusan idea mungkin atau aku terlalu sibuk dengan dunia baruku, anak....anak....anak, yup harus diakui syurga cinta ku adalah segala-galanya. Sebagai mama baru, kadang-kadang aku keliru cara bagaimana untuk mendidik anak....banyak aku baca, banyak aku perhati dan banyak melihat pengalaman orang tapi yang sesuai untuk aku ambil cara didikan tu buat aku jadi buntu

Nak jadikan anak tu Mr perfect 10 gamaknya. Haritu CS ada follow satu kursus berkaitan Gen Y...anak aku skang Generasi Alpha...harap bukan ALPA ye nak Hadif. Sebenarnya aku agak klasik orangnya, suka dengan didikan dulu-dulu tapi menurut tuan penceramah, kita perlu lihat keperluan semasa sesuai dengan zaman anak itu, ye laaa kalau budak dok pegang henpon, gajet sepanjang masa aku memang sikit kurang berkenan, sebagai mama aku harus banyak bertoleransi dan cuba memahami anak yang lain dari generasi kita dulu, yang serba kekurangan, yang serba disiplin, yang makan ubi kayu...opppssss tu zaman mak aku hihihi. 

Aku suka kalau anak-anak ni bermain macam Gen X dulu, main dengan persekitaran yang ada, lebih explore banyak benda, bukan explore dunia dengan jari aje...huhhh nampak tak ke klasikan ku dsitu.

Harus diakui, setiap perkembangan teknologi itu banyak kebaikannya, so cara bagaimana kita mahu anak kita menggunakan teknologi mengikut saluran yang betul, ibubapa yang kena mendidik, bukan lepas bebas tanpa kawalan. Harap aku berpijak di bumi nyata dan dapat memberi tunjuk ajar kepada anakku jalan yang diredhoi Allah agar selamat hidupnya dunia dan akhirat. 

Mama Hadif selalu berangan nak jadi kan hadif macam ni macam tu, nak ajar ni ajar tu, nak hadif pandai ni pandai tu....nak jadi kan Hadif businessman juga bior kaya banyak duit, sedekah sana sedekah sini tolong orang hahaha...kegilaan apa kah ini :p....TAPI YANG PALING TERRRRRINGGGINNN...CS teringin sangat nak Hadif jadi Hafiz Quran, inshaallah selamat hidupnya dunia akhirat...akan ku usahakan.

Untung anak sebab dapat mama yang sudah menginjak usia ni...nak tau kenapa??? tahap kemarahan dah menurun banyak, lebih sabar gitu, kalau dulu CS boleh tahan gak garangnya, kematangan dah bertambah, pengalaman hidup dah macam-macam, so Hadif harus berterima kasih pada mama sebab melahirkan Hadif pada usia begini kekekeke mmuahhh mmuahhh....doakan mama sentiasa sihat untuk selalu menjaga anak mama.

Sekian adanya....

CikSally

Monday, January 12, 2015

Alia Dania...Jual Shaklee now

~ Assalamualaikum ~

Ramai call / msg / whatsapp CS tanya pasal Alia Dania

Sorry....i dah tak jual Alia Dania...bukan tak bagus cuma malas dengan alasan produk x sampai sebab boss pegi bercuti.

Lama-lama boleh jadi fedap. Now CS hanya jual

1. SHAKLEE
2. SHAKLEE dan
3. SHAKLEE

Dah 2 tahun berkecimpung ngan Shaklee, senang dapat, senang order, murah dan supplement yang boleh dipercayai.... paling penting dapat bonus lagi.

Sesiapa berminat nak join...jom whatsapp CS now 0196813183

Sekian adanya :)

CikSally