Monday, July 27, 2015

Kosmetik Alia Dania ~ Kembali Ke Pangkuan

Assalamualaikum ~

Ni edisi Alia Dania...saya mahu rujuk balik *nampak tak muka merayu tu*
Bulan puasa tu bizi semacam, muka pun tak terbela...akibatnya jerawat mulalah menjadi-jadi, kulit kering pulak tu...ermmm CS buntu sekejap. Nak raya tu, tak cun lah mak macam ni kan.

Tetiba *tingggggg*

Teringat balik AD yang pernah ku pakai dan jual suatu waktu dulu...apa lagi terus zassss koling2. Keputusan muktamad, CS guna balik....yeahhhh
 
Hasilnya...nampak semakin okey, jerawat dah mengecut.
 
Dulu 4 barang...sekarang da 5 u oll...ada cream vogue lagi, vogue la mak nanti.
 
Nak tau kebaikan n kebestan nya, korang kena baca n3 dibawah ni, jom kita kasi refresh balik.
 
Nak order / nak beli / nak try guna...jom whatsapp dan contact nombor2 dibawah ni
1. CikSally 0196813183 ~ Tangkak, Muar, Melaka
2. Kak Zihan 0132041967 ~ Puchong, Shah Alam
3. Ct Hajar ~ 01133501476 ~ Setapak

Pengeposan seantero Malaysia...dun wori


***** imbas kembali entri lepas******

Perempuan ngan kecantikan mmg x dpt dipisahkan. lelaki pun sama sekarang ni kan... So dengan hati yang berbunga2, hari ni cik sally *CS* nak stori pasal 1 produk yang telah wat CS jatuh cinta ngan ke 'best' an nya. bukan apa, orang kata benda baik tu jgn lah simpan sorang2, makan sorang2, kedekut sorang2 kan...apa salahnya kita share2...sharing is caring ye dok??? kalo barang tu x best CS pun x kuasa la nak share...nanti org salah kan kita plak, orait.

Ni produk kosmetik nama dia Alia Dania (AD), my cousin dah lama dah jual tp CS wat derk je sbb kita kan eksyen, dalam hati da cakap aku da pakai klinik punya bla..bla...bla. Suatu hari yg malang tu muka mengelupas kering n berkedut, jerawat bukan lg punca masalah yihaaa cuma tu laa kekeringan yg melampau, bila da kering dia cpt kedut2 dan maka lahir lah garis2 halus...so mencari cari pelembap yg sesuai.

One fine day tu hati tergerak untuk bertanya bila tgk my cousin promote produk tu kat wall dia, selalu pon mmg dia promote tp hati belum terbuka sbb CS ni ada susah sket nak caya bnda2 baru @ benda2 yg x tahu ni tp hari tu Allah gerakkan hati ni untuk bertanya ttg pelembap tadi n dia pun explain ttg sabun dia yg mmg da berpelembap tu, ajaib kan, biasa sabun ni wat muka kita kering, ok la pas diskas serba sket CS pun terbuka hati nak beli 1 set...ada 4 barang....taddaaaa
1. Sabun muka ~ melembapkan kulit, da x perlu guna pelembap lain
2. Toner
3. SPF 18 ~ CS suka sgt pakai ni, ringan n x melekit, korang try sndiri lah baru tau
4. Special Cream ~ seratakan tona kulit tanpa mengelupas


pasti kulit anda lembap

special cream x akan mengelupaskan kulit

yang ni sgt smooth n x melekit

toner

Pas guna beberapa hari, serius...x tipu punya.. mmg sabun dia wat kulit kita lembap je n hilang semua yg mengelupas n kering...yg penting AD ni bukan produk yg akan wat kulit kita mengelupas, pedih, kemerah-merahan...tidak sama sekali ye puan2...now kita nak sekata kan warna kulit agar x kusam, licin dan lembut... jgn drastik nak cantik yg mana akhirnya kulit kita menipis...yg sederhana itu kan lebih baik, yg penting konsisten n istiqamah dan hasilnya mmg memuaskan hati.....

Akhirnya aku jatuh cinta dengan produk AD ~ cakap banyak pun x guna, korang try baru korang tau, jgn eksyen cam aku dulu nnti rugi beb....bukan sbb CS jual tp cuma teruja nak share ngan kengkawan....

Berminat??? yerrr jgn malu2 untuk bertanya....

Sekian ada nya....



Wednesday, July 8, 2015

Cerita Bulan Ramadan

~ Assalamualaikum ~

Mentang-mentang puasa, blog pun berpuasa ye. Sebelum puasa beria nak masak aje juadah berbuka tapi bila dah puasa haaa amekkkaw, beli juga ye. takde kuasa dan kudrat mak nak masak sebab pagi2 seawal 5.30 pagi dah ready masak untuk bekalan my mokmok Hadif.

Tapi ada masa memang masak juga...bila tekak dah tak boleh terima lauk2 ayam ni, ikan sangat kurang pilihannya...balik2 ikan keli...hoihoi aku tak lalu dah.

Raya tahun ni agak kurang meriah sebab mak CS sakit so kitorang adik beradik macam hilang mood tetiba, Now mak dah semakin ok tapi still tak boleh berjalan. Raya ni genap setahun mak diserang strok. Sebelum ni ok lah juga boleh berjalan sikit2 guna tongkat, tapi sejak seminggu lepas, kesihatan mak semakin merosot dan kini mak terlantar di atas katil. Kesian aku tengok tapi tulah dugaan yang Allah bagi kat mak. Moga mak tabah menjalani kehidupannya...Inshaallah anak-anak akan sentiasa ada bersama di sisi mak selalu. Kami doakan yang terbaik buat mak.

Kuih raya pun tak buat, tak beli, tak tempah dan tak minat. Harga sekarang bukan masanya untuk kita membeli sesuka hati. Di facebook pun CS perasan tak banyak kawan yang jual beskut raya tahun ni. Mungkin barang buat kuih semakin mahal...kalo 50 pcs dah dekat RM35.00 beli dua balang dah RM70.00...lupakan aje lah. Nanti kita buat makanan yang simple2 je ye contoh kacang goreng, kerepek, keropok dan kerengga....oopppssss hehehe

Tema baju kaler apa? ermmm aku tak suka tema2 ni, apa ada aku sarung je, ikut suka hati mak bapak aku la, yang penting aku n hadif mesti sedondon, yang lain2 tu aku tak pedulik sangat hahaha, bila cakap bab tema sedondon ni wat aku jadi emo, adalah storinya, so aku amik keputusan tak nak semak kan pala aku ngan tema sedondon...ni untuk diri aku bukan orang lain ye, yang lain tu sila lah teruskan ngan sedondon korang dan klip klap amik gambor boleh masuk facebook...yang penting boleh buat profile picture kan. Kalau dapat pakai T-Shirt lagi heaven aku rasa, takyah nak control ayu bagai takut baju kena kuah kacang lah, air sirap kaler merah. huhuhu apa aku merepek ni, baik makan kerepek dari merepek ye CS.

Semakin kita dewasa....semakin kita matang, raya sudah tidak bererti sangat, yang tinggal hanya kenangan masa2 lalu, dalam kita bertambah ahli keluarga, kita juga kehilangan insan penting dalam hidup kita menjadikan set keluarga itu tidak lengkap lagi sampai bila-bila. 

Moga Allah beri aku peluang untuk beraya bersama bonda tersayang untuk ke sekian kalinya...biar macam mana pun keadaannya, aku redho.