Sunday, May 24, 2015

Seafood Aglio Olio

~ Assalamualaikum ~

Ni cerita Sabtu lepas 23 Mei 2015. Adik buat birthday anak dia. So CS pun plan nak masak Aglio Olio...ntah ek nama betulnya apa...ada yang tulis Oglio Olio, ada yang Aglio Olio tapi CS biasa sebut Olio Oglio...sukati haku la kan hehehe. Janji benda yang sama. Pilihan hari tu adalah Seafood Aglio Olio sebab sotong dah ada dalam esbok tinggal beli udang aje. Pssstttt.....psssttt.... Oglio Olio CS haritu habis licin dengan jayanya, CS pon dapat jamah sket je...ermmm xpe lah nnti kita buat lagi, yang penting aku masak habis dimakan.

macam biasa...presentation mmg dalam kuali je


Bahan-bahannya :
1. 1 paket spaghetti
2. 300g sotong (potong ikut suka)
3. 300g Udang
4. Sepeket lada hitam yang RM1.00 tu dikisar halus
5. Sebiji Bawang Holland di potong dadu
6. 4 Biji Bawang Putih di potong dadu
7. 1 Biji lada Benggala (kaler ikut suka, disarankan kuning)
8. 10 Tangkai Cili kering (potong halus) dan rendam @ guna cili flakes
9. 1 peket Fish ball (potong dua dan goreng)
10. 1 peket Fish Cake (potong dan goreng)
11. 1 sudu besar sebuak daun basil (yang dalam botol)
12. Minyak zaitun untuk menumis
13. Sedikit Garam
14. Sedikit Daun sup (saderi + bawang)

Cara Memasaknya :
1. Didihkan air, letak garam dan sedikit minyak, rebus spaghetti hingga empuk dan toskan
2. Panaskan minyak, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan layu sedikit.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata.
4. Masukkan sotong dan udang, masak sekejap aje, masukkan sedikit air dan cili kering potong halus tadi.
5. Gaul rata, rasakan garam, setelah berpuas hati dengan tahap kemasinan masukkan spaghetti tadi.
6. Gaul rata dan mesra, taburkan daun basil kering dan gaul lagi.
7. Masukkan daun sup, gaul dan tutpkan api.
8. Sedia untuk di jamah ye puan2.

Selamat mencuba

Sekian adanya.....

CikSally

Thursday, May 14, 2015

Sambal Belimbing Buluh

~ Assalamualaikum ~


Ni memang resepi meletop, sebab bila ko makan ngan nasi bertambah tambah nanti perot korang akan meletop sbb overload....hehehe apa aku merepek ni daaa

Resepi ni dapat dari kawan punya kawan punya mak....kot, CS nak share kan di sini supaya nanti boleh ingat, nikan i punya diary serbaguna katanya...harus lah letak kat blog kan. Nanti orang try resepi ni bertambah-tambah pahala tuan punya resepi. 

Yang bagusnya, belimbing ni tak berapa memasamkan sambal, letak banyak pon hokeyyy je sbb bila kita pecahkan dia masa makan, baru masam dia keluar, magik kan??? Orang selalu cakap makan ngan nasi panas2 tapi CS suka nasi sejuk sket sebab menikmati tanpa cabaran yang keterlaluan adalah sangat sempoi, sambal dah pedas, ko nk makan ngan nasi panas lagi, poyo sangat lah kepercayaan makan ngan nasi panas2 kan kuikuikui...mesti korang tunggu nasi sejuk sketkan...toksah tipu diri sendiri K. ye..ye i percaya memang ada yang makan ngan nasi panas2 betol.

Mehhh...kita kasi terliur sat dengan gambar ni.

kalau korang tak terliur...maknanya korang belum normal lagi hehehe...sila terliur sekarang!!!!
Pssstttttt...psssttttt ada orang tu makan 3 pinggan memalam, tu pasal perot dia ada boroi :), CS makan sepinggan suku je. Nak tambah gak tu.

Kita zasss terus resepinya.

Bahan-bahannya :
1. Semangkuk Belimbing Buluh di belah 2
2. Semangkuk ikan bilis digoreng
3. 5 biji bawang besar dibelah besar biasa 8 atau 6
3. Sepeket cili padi *
4. 7 biji bawang putih *
5. Minyak untuk menggoreng
6. Sedikit garam
7. Santan pekat dari sebiji kelapa

Cara memasaknya :
1. Goreng ikan bilis garing, angkat dan letak tepi.
2. Goreng bawang besar sehingga layu sket, angkat dan letak tepi.
3. Masak santan hingga jadi minyak dan sedikit kecoklatan
4. Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuh. 
5. Ambil santan yang telah jadi minyak tadi, tumiskan bahan yang dikisar dan masak hingga cili masak betul
6. Setelah garing masukkan belimbing tadi, gaul rata sehingga belimbing bertukar warna.
7. Masukkan Ikan Bilis dan Bawang yang telah digoreng tadi.
8. Gaul rata dan rasa kemasinan, kalau tawar tambah garam sedikit mengikut kesesuaian tahap darah tinggi tuan puan.
9. Padamkan api dan sedia untuk dihidang

Notakaki : 
i) Sebenarnya resepi asal tak pernah rasa so kira jadi lah ni versi CS.
ii) Tak perlu letak gula sebab masa CS buat santan nak jdkan minyak tu dia ada ketul2 yang orang panggil taik minyak. Ok rasa dia lemak manis..syok sangat bila makan.
iii) Rasanya kalau malas nak tunggu proses buat minyak tu, kita terus guna minyak n tumis pon boleh aje...kot, ada kot lagi tu.

Selamat mencuba :)

Sekian adanya....

Monday, May 11, 2015

Mini Jubah Muslimah Fidalan

~ Assalamualaikum ~

Raya dah nak dekat ni
Puasa dah ganti belum
Walau macam mana kita tertekan dengan harga barang naik...GST lagi
Nak beli kain pun ada GST u know
Baju raya tetap kita nak belikan
Ye lah setahun sekali u oll
tukar baju...nak pakai baju pergi kerja kan cam dah jemu kan

Ok...baju ready made untuk anda
sedia di pakai di pagi raya
Korang maklumkan raya sana sini ramai orang...dah tentu panas
so keselesaan tu penting....inilah Comfy Couture dari Fidalan 
Kompem selesa!!!!


Kenapa kena pilih Fidalan Collection
~  Kain Lycra bermutu tinggi Korean Lycra...High Quality (yang ni bukan kain lycra kat  
    Nagoya or Jakel tau)
~ Tukang Jahit yang berpengalaman lebih 15 tahun (memang selesa n kemas)...kualiti 
   diutamakan...jahit dengan hati, bukan kilang style.
~  Ada 3 saiz (S, M dan L)
~  CS dah beli dua helai dan sememangnya sangat puas hati, kain sejuk dan selesa.
~ Harga yang berpadanan dengan kualiti
~ Terdapat dalam dua design..satu seperti gambar di bawah...satu lagi top kosong kain
   corak 





Design baru ada banyak lagi...cantik...cantik...tungguuuuu

Berminat atau sebarang pertanyaan boleh contact CikSally ~ 0196813183 atau direct terus ke Fidalan Collection ~ 0196951156

Selamat Hari Raya....ooooppppsssss Selamat Menjamu Mata

Wednesday, May 6, 2015

SCONE COKLAT CIP ~ MUDAH DAN SIMPLE

~ Assalamualaikum ~

Semalam i olls buat scone, saje fefiling wanita inggeris sedang menikmati minum petang scone panas bersama secawan teh...walllaaaa skon makan dengan strawberry jem memang terbaekkk. Makan panas-panas. CS suka rasa masam-masam manis tu. Semalam punya resepi adalah scone coklat cip. Ermmm ada je yang menganga kat tepi mintak disuap. Bukan main budak setahun ni, mentang2 dah ada gigi semua dia nak makan.

Bukan senang nak wat benda yang senang ni dengan bantuan mokmok hadif tau. Habis semua dia masuk molot...last2 tu aku korek dari mulut dia dan dapat cebisan kertas air kotak yang aku gunting tu...besar dan keras hokeyyyy. Anakku memang kuat mengutip.

Scone ni CS bakar guna pemanggang ajaib...not bad, rasa ada, lemak manis berkrim lagi. Cuma bila guna pemanggang ajaib ni kita kena balik2 kan lah. Kalau guna oven kan tak payah....masak serata lagi. Kita x ada oven lagi...huwaaaaa kena beli ni.

CS buat sedikit sahaja sebab baru nak test, takot x jadi guna pemanggang ajaib yang tak ajaib tu huhuhu.

korang tak teruja ke tengok scone aku perang keemasan...keemasan lah sangat

Bahan-bahannya :
1. 1 cawan tepung naik sendiri (beli blue key sbb murah sket dari nona)
2. 1 kotak kecil fresh milk
3. 1 sudu kecil serbuk penaik
4. 50 g buttercup
5. sedikit coklat cip (kismis dah lupa nak beli)
6. Jem (apa perasa pun boleh

Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letakkan butter yang masih sejuk dan potong kecil2
2. Gaul dan ramas kedua bahan tadi sehingga bersatu menjadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan fresh milk. Yang ini boleh dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tadi sebati dan tidak melekat di tangan ketika dibentuk2 kan. Masukkan coklat cip, gaul lagi.
4. Nak terap kan boleh atau bentukkan ikut acuan yang digemari. CS buat bulat2 dan leper2 kan dia atas tangan je. 
5. Panaskan pemanggang dengan api yang perlahan.
6. Letakkan scone dan tutup pemanggang...jap2 lagi jengah dan balik2 kan.
7. Scone tetap sedap dan gebu walau guna pemanggang ajaib.. ajaib bukan???? hehehe
8. Resepi ni menghasilkan lebih kurang 12 ketul scone...apa tak cukup lagi 12 ketul ni?

Nanti CS nak buat lagi, maklumlah bahan banyak lagi khenn...ok, selamat mencuba

Sekian adanya.....

CikSally