Thursday, December 26, 2013

Apa mahunya pengkid itu

~ Assalamualaikum ~

Selasa (24.12.2013) mak n family kakak ku jalan2 di Bandar Hilir, Melaka, almaklum lah cuti sekolah kan, diorang ni x abis2 nak jalan Melaka....best sgt kot Melaka tu n banyak tempat boleh pergi....hehehe percutian bajet pun ye gak ni :)

Yang anak2 n yang muda2 dah panjat lah A Famosa tu, yang tua2 cam mak n akak aku x kuasa lah kan so duduk je kat taman berdekatan, taman apa aku lupa nak tanya, kebetulan masa tu time orang bekerja, so taman pun agak lengang lah...nak cari kedamaian katanya...sambil bergossip kot *andaian aku je*

Sedang dua beranak ni lepak2, tetiba mereka didatangi oleh sekumpulan pengkid..ke tomboi...ehhhh ntah lah dua2 pon boleh kot guna istilah ni, dalam 4 orang ada ~ datang dan mengepung dua beranak ni

Pengkid : Ermm boleh kita cakap2 nak berbincang bincang je

Akak : Tak nak lah. nak duduk sini nak tenang2 kan kepala, nak rilek2 tak nak bincang2 apa2 *semestinya ngan muka sombong*

Mak : *Apa hal lak budak ni*

Pengkid : Ermmm x nak ea, xpe la (terus beredar)

Di satu lokasi ternampak sekumpulan lagi yang sedang menunggu.mereka2 ini.

Apa lagi, dua beranak ni terus bangun n beredar dari situ dengan kadar segera, bila tengok sekeliling memang xde orang lain...ngan handbag, ngan pakai gelang, macam2 dah bermain kat fikiran memasing, mungkin Allah beri perlindungan pada warga emas cam mak aku jika pengkid itu ada niat x baik....kalo layan diorang borak mungkin sekumpulan yang tunggu di tepi datang bawak pisau ke pistol ke apa....nauzubillah....berdosa ke aku berpikiran jahat seperti ini, marah Dr Muhaya kalau baca ni huhuhu

Adakah ini cubaan untuk menyamun??? ntah lah, cuma kena berhati hati, zaman sekarang susah nak fikir positif terutama pada stranger kan.....nak tenang2 kan fikiran pun x boleh :)

Syukurlah Malaysia masih aman.....

Sekian ada nya.....

CikSally

Saturday, December 14, 2013

Aku & Bisnes

~ Assalamaualaikum ~

Nak stori sket pasal minat aku dalam berbisnes ni, rasa dah lama dah dari kecik sekolah rendah...cuma xde dorongan dan tak diasah sgt kan...almaklum lah mak bapak kita bukan bisnes punya orang. Ntah ekk w/p aku ni pemalu sket tapi kalau aku jual barang tu x pernah pulak mengecewakan....pasti ada pembelinya kuikuikui *bajet bagus* :)

Kecik2 dulu jual kerepek la...kacang moden la...cakar ayam la...mi siput la....kat sekolah, biasa lah dulu kalau org ni jual something, sok lusa mesti ada kengkawan pun jual benda yg sama, aku...bila dah ada org jual yg sama, stop je lah, aku lupa bahawa itu rezeki Allah yang tetapkan untuk setiap makhluknya....persaingan tu bagus sebenarnya untuk kita menambahbaik produk kita....ye dok???

Tapi yang aku perasan, ni lah orang melayu yang selalu je copy paste, x kreatif langsung kan....org jual goreng pisang, sok lusa depan rumah je jual goreng pisang, dulu berbelas tahun dok kawasan yg sama nape x pernah terfikir nak jual goreng pisang kan....jual lain xpe ni jual benda yg sama gak tu...haiyaaaa

Berbalik kesah minat aku meniaga ni....cakap je apa barang yang aku x pernah jual....*ada sebenarnya barang yang aku x jual* kuikuikuii. hokeyyy aku pernah jual
1. Tudung
2. Biskut Raya (wat sendiri ni)
3. Mini Popia
4. Produk kecantikan
5. Yang masuk nak jadi Jutawan cepat tu toksah cerita lah
6. Produk kesihatan......SHAKLEE

Aku bukan hangat2 tahi ayam, aku cuma mencari mana satu yg sesuai dengan jiwa, produk yang boleh dipercayai dan boleh dijual berpanjangan....maknanya sampai aku kaya....modal pun x perlu banyak.

Yessss...now CS fokus pada no 6 tu iaitu produk kesihatan. Walaupun baru 2 bulan join....so far sambutan ok lah...bonus pun dah dapat 2 kali, kita bukan harap kan keuntungan sahaja yg penting bg service terbaik pada customer...persaingan??? toksah cakap lah sbb ramai yang jual SHAKLEE....tp kita kena yakin rezeki memasing dan penduduk Malaysia ni ada lebih dari 20 juta...kan..kan, tanpa mencuba dan usaha, kejayaan memang tak kan datang.

"Rezeki tak pernah tersalah alamat, tepat pada masanya dan tepat pada orang nya"

Friday, December 6, 2013

Omega Guard Shaklee

Info yang dishare dari blog : sihatmacamyaya.blogspot.com

 

26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Berminat : Contact no dibawah