Sunday, September 21, 2014

KASWI sedap...lazat...mudah

~ Assalamualaikum ~

Dah 2 kali wat kaswi ni, kueh peberet i, citarasa orang tua kan hehehe. Dulu pernah buat tapi tak jadi, sekarang takde masalah lagi. Lagi bagus korang kena tunggu sejuk betul atau makan esok paginya, baru lah cantik tekstur nya. Sebab tu dolu2 mak kita buat kuih tradisional malam-malam, untuk sarapan....pagi potong cantik daa...

tak sempat tunggu esok ye....

Tu lah, dah buat sekali nak buat lagi dan lagi. Tapi takkan asik nak wat kaswi je kan....marah kang orang2 sekeliling aku hehe 

Mak CS pon suka sangat tapi kena catu dah tak boleh makan banyak manis2....sian dia siap mintak2 macam budak kecik lagi....hai lah mak, kalo tak sakit makan lah berapa banyak pun nak, la ni kena pantang sket :)

Resepi ni amik dari blog aziekitchen SINI...sila lah cuba memang mengancam abesssss bagi penggemar tegar KASWI cam aku :)

Sekian adanya.....

CikSally

Thursday, September 18, 2014

Budaya Membaca...10 minit sehari

~ Assalamualaikum ~



Hari ini terbaca satu artikel yang menyatakan budaya membaca di negara maju semakin lenyap disebabkan 'TOKSIK' dan ia semakin berjangkit ke negara-negara membangun.Seperti di UK, 25% generasi muda mula menjauhi diri dari membaca buku.

Apa itu toksik??? hokey straight 2 the point yang toksik ini adalah Kemajuan Teknologi Peranti Moden.yang didapati paling berpengaruh seperti peralatan permainan komputer,  iPod, webcam, GPS,  Tablet spt iPad, kamera digital, TV berbayar dan yang palin dekat dihati orang sekarang adalah telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi.

Pendekatan yang telah diambil oleh Barat  untuk memastikan minat membaca ini berterusan ialah MENGGALAKKAN KANAK-KANAK MEMBACA TERUTAMANYA BUKU CERITA SELAMA 10 MINIT SEHARI....10 MINIT JE OKEYYY ADIK-ADIK, ANAK-ANAK.

Tips lain yang boleh diambil untuk memupuk minat membaca :
1. Wujudkan mini library di rumah anda dengan buku2 kegemaran anak-anak
2. Selerakkan pelbagai jenis buku di depan anak seawal usia bayi lagi.
3. Bila pergi shopping, jangan lupa singgah kedai buku...diulang kedai buku ye bukan kedai tudung
4. Biasakan memberi hadiah buku pada hari tertentu selain dari henpon.
5. Mak bapak kena pegang buku la jugak nak tunjukkan contoh pada anak-anak. kalau mak bapak pon sama dok menekan je mana nak dapat kan hehehe

So korang...bila lagi nak start, silalah praktikkan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum rebung bertukar jadi akar kuikuikui....Balik kang harus mama selerak kan buku depan hadif.....10 minit je anak, kita baca buku ye :) xoxo hadif ketat-ketat

Sekian adanya....

CikSally