Tuesday, March 31, 2015

GST ~ Kita prihatin

~ Assalamualaikum ~

Esok 1 April
wahhh betul2 mengujakan
Bukan pasal April Fool
Tapi dek kerana GST
Sana...sini orang cakap pasal GST
Apa tu GST???
Ada orang cakap Government Say Thank You 
CS nak ambil pendekatan tunggu dan lihat
Tapi bukan tak ambil tahu
Kita prihatin...kita kena tahu
Sebab......
Apa kata tauke kedai bila kita beli barang nanti
Dah tentu semua derang hentam...ooo ini sudah naik wooo GST maa
So as a pengguna, kena lengkapkan diri
dengan ilmu tentang GST
You like it or not kena ambil tahu
supaya tak di tipu oleh peniaga-peniaga yang bernapsu buaya
sian kita kan....selalu jadi mangsa
itu lah kita....rakyat marhaen katanya
Redho sentiasa
Hadam segala
Demi kemakmuran negara

P/S : cek list barang yang kena GST ke...tak kena GST ke di sini

http://www.gst.customs.gov.my

atau melalui aplikasi play store di smart phone anda, muat turun

Mykira GST

Sekian adanya....

CikSally

Thursday, March 26, 2015

Gulai Lemak Ikan Gelama Belimbing Buluh

~ Assalamualaikum ~

Semua resepi yang CS masukkan dalam blog ni adalah resepi kegemaran daku. Ni semua taste mak2 je...yang pasti lauk mak2 ni kalau makan memang tak hengat donia, mau bertambah-tambah, tengok...cakap pun dah macam mak..mak kan. Ni pun kegemaran bapak-bapak, ermmm apa je yang 'dia' tak gemar ye, sememangnya taste 'dia' adalah taste kampungan...kemelayuan hihihi, western2 ni memang tidak dipandang....ok la tu senang sikit CS nak jaga memandangkan kepakaran CS dalam masak memasak lauk....puiiii la sangat bila bab memuji diri sendiri kekeke.

Ni masak time cuti hujung minggu ari tu, time cuti lah sedap masak2, makan2, jalan2...lagi sedap kalo boleh tidur2, golek2 atas katil sambil menyelak buku 2...3 mukasurat, pas 2...3...page, ngantok pon sudah mariiii...ehmmm lupakan aje la bab golek2 tu



ikan gelama + ikan tenggiri = nak banyak ikan



Kita terus aje ye dengan resepinya.....zassss

Bahan-bahannya :

1. 5 ekor Ikan Gelama Mak iloi2
2. 5 tangkai cili kering *
3. 1 biji bawang besar *
4. 2-3 ulas bawang putih *
5. 3/4 inci halia *
6. 1 inci kunyit hidup
8. 2 batang serai diketuk ketampi
9. 10 biji belimbing buluh (mintak rumah kawan atau jiran ye)
10. Garam secukup rasa
11. 4 mata asam jawa...dicampak sahaja ke dalam
12. Santan dari 1 biji kelapa

Cara memasaknya :

1. Blender bahan bertanda *
2. Masukkan ikan dalam periuk, tuangkan bahan yang telah dikisar dan masukkan serai.
3. Masukkan santan, kacau dengan api sederhana perlahan, masukkan belimbing
4. Rasakan secukupnya...masin dan masam
5. Kacau selalu agar santan tidak pecah...nanti kuah tak cun pulak.
6. Kepekatan ikut suka masing2, disarankan sederhana pekat, tak mau cair sangat.
7. Setelah mendidih beberapa ketika, ikan pon telah masak ranum, sila padamkan api
8. Makanlah dengan nasi panas dan dengan rakusnya.

Selamat mencuba :)

Sekian adanya....

CikSally



Thursday, March 19, 2015

Daging Masak Kicap Kangkar Hill

~ Assalamualaikum ~

Nampaknya dapur CS masih berasap lagi....syabas betey, tepuk sket tangan untuk mama ni hadif :) dan harap akan terus berasap selamanya sehingga ke titisan darah terakhir. Hari ni CS nak tunjuk resepi Daging Masak Kicap Kangkar Hill. Rata-rata resepi dalam ni boleh dikatakan makanan kegemaran seisi keluarga lah. Resepi dari mak semestinya. Tak ada mak maka tiada lah resepi ini, dulu mak masak untuk kita, sekarang bila mak dah tak boleh masak, kita cubalah masak untuk dia. Nampak gaya dah tak dapat merasa air tangan mak lagi...sob...sob...sob

Buang segala kesedihan, jom kita layan gambar dan resepi dari CS...ala u oll xde lah special mana, daging masak kicap je pon.


Tumissss
kentang goreng, sebelum masuk dah ngap...ngap separuh


Daging rebus
penyedap dan hiasan

berasapppppp
tengok pun da selerakan, kalau makan wallaaa

 Bahan-bahannya :
1. 1/2 kg daging, potong dan rebus sehingga empuk
2. 2 biji kentang, potong bulat dan goreng
3. 1 labu bawang besar *
4. 3-4 ulas bawang putih *
5. 1/2 - 1 inci halia *
6. 1 sudu makan jintan manis *
7. 2 batang cili hijau      } hiasan
8. 1 labu bawang besar } hiasan
9. Kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga untuk menumis
10. Minyak masak
11. Kicap Jalen lemak manis...Pilihan saya
12. Sedikit air asam jawa, kalau nak ganti dengan sos tomato pon boleh

kisar semua bahan bertanda *

Cara memasaknya :
1. Rebus daging sehingga empuk dan terdapat sedikit air rebusan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis dan kemudian bahan kisar.
3. Tumis sehingga garing dan naik bau.
4. Masukkan daging yang direbus tadi.
5. Tambah kicap mengikut kesukaan puan2, rasakan, tambah sedikit air asam.
6. Masukkan Lada Hijau, Bawang hiris dan kentang goreng tadi.
7. Gaul rata, rasakan dan biarkan mendidih sebentar.
8. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang. 

Garam boleh dimasukkan sedikit masa merebus.

CS punya resepi, x hias kat bekas cantik, dalam kuali juga kita tangkap gambar, baru real gitu :) Dis is Kangkar Hill...hihihi hokey selamat mencuba, moga dapat memberi manfaat pada readers.

Sekian adanya...

CikSally









Thursday, March 12, 2015

Asam Pedas Ikan Mayong Kangkar Hill

~ Assalamualaikum ~

Musim menulis blog bab resepi-resepi gaknya, layan kan aje selagi mood tengah ada ni, kalo esok lusa dapur tak berasap, blog ni pon tak berasap juga la jawabnya.

Asam Pedas Ikan Mayong Kangkar Hill, Asam pedas ni bukan makanan kegemaran seisi keluarga tapi seisi Johor...Melaka kot

Asam pedas Melaka Vs Johor tak sama dari segi bahan dan rasanya, masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

Walau bagaimana pun, JDT mariiiiii....kompem sedap asam pedasnya...ecececeh :)


Ni resepi istimewa Asam Pedas Ikan Mayong Kangkar Hill. Kalau pergi pasar malam or pasar ikan tanya Mayong Jana...pasti isinya lembut. Dulu mak ada ajar camana nak kenal Mayong Jana ni tapi dasar pompuan tak prihatin, aku biarkan je tips tu berlalu pergi...sekarang harapkan orang yang jual tu la bagi tau, kalo dia tipu tak ber jana lah kita. Nanti tanya mak balik dan save terus dalam kepala, tu pun kalau memori belum full lagi takut not enough space je kan...ngehngehngeh teringat zaman guna disket dulu. Tetibe.

Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. Kalau orang dah biasa masak, agak-agak je bahannya. Ni nak kata diri sendiri dah biasa masak letttew. Malu saya. Yang ukuran-ukuran tu just guide je, tak payah lah amik pembaris nak ukur kunyit bagai...nak ukur pon tak salah juga, asal korang bahagia sudah.



Bahan-bahan :
1. 5 keping Ikan Mayong (sukati lah nak berapa banyak) - perapkan ngan air + asam jawa + 
    tepung gandum (hilangkan bau katanya) lbh kurang stgh jam, pastu cuci bersih.
2. 5 sudu besar dan penuh cili kering yang dah dikisar
3. 1 biji Bawang merah - aku guna bawang besar..senang gitu *
4. 5-6 ulas bawang putih *
5. 1.5 inci kunyit hidup *
6. 3/4 inci halia  *
7. Seikat Daun kesum (50 sen di pasar malam @ pasar lambak)
8. Segenggam asam jawa...asam bugis tak nak ye nanti pahit
9. Minyak secukupnya untuk menumis
10. Sedikit belacan (akak x guna pon)
11. Sedikit Serbuk perasa (bagi yang berminat menggunakannya..kalo banyak maknanya x
     pandai masak tu)

* kisar semuanya....bahan wajib ni, tak boleh derhaka.
* Masa mengisar CS masukkan sikit daun kesum n lada hitam....sikit je

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan lada sehingga garing bukan hangus.
2. Masukkan air lebihan bahan kisar tadi, sikit je, kacau lagi bagi garing.
3. Masukkan ikan, gaul rata, masukkan air asam jawa secukupnya. Ni kena skill masing-
    masing dari segi rasa dan rupa. Jangan masukkan banyak terus dan pastikan sedikit demi 
    sedikit agar dapat kepekatan yang diidamkan.
4. Masukkan daun kesum.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan sehingga isi ikan masak ranum.
6. Rasakan garam, asam semua mencukupi dan mengujakan si pemakan dan pemasak.
7. Tutup api dan hidangkan.
8. Sesuai dihidangkan dengan nasi panas + telur dadar + ulam-ulaman (ni kes malas masak 
    sayur)

Sekian...selamat mencuba, orang kata sayangkan suami masak-masakkan...sayang kan isteri beli-belikan lauk siap, tak gitu?? huahahaha

Sekian adanya...


CikSally



 


Monday, March 9, 2015

Tempe Masak Lemak Special

~ Assalamualaikum ~

Hari ni Mak Sally nak bagi satu resepi yang cukup istimewa bagi penggemar2 tempe...almaklumlah kat Johor kan ramai Jowo...so tempe dan nasi tu memang tak boleh dipisahkan. Mak aku kata makan tempe bagus...nanti pandai *tanpa merujuk pada mana2 kajian ye* kekeke.

Ok resepi ni namanya Tempe Masak Lemak Special. Sama je macam kuah lemak lain cuma cara masak dia ada sedikit beza dan family CS memang suka masak gaya ni. Encik suami pon suka lah sangat kalau aku masak tempe gini...aritu dia dah menuntut ilmu, nak masak nanti katanya...yo larrr...makan berpada pada nanti kena gout pulak.

Kata mak lagi resepi ni dapat dari makcik keturunan arab yang sekampung ngan dia...ko tengok...orang arab pon makan tempe tau.....hehehe

Ok jom kita zasssss aje..

Bahan-bahan :
1. 10 keping tempe (sikit2 mana cukup)
2. 6 batang lada hijau
3. 1 biji bawang besar yang betul2 besar (sebab nak dapat banyak)
4. Segenggam ikan bilis
5. Santan pekat dari sebiji kelapa
6. 2-3 keping asam gelugur (tengok saiz)
7. Garam secukupnya
8. Minyak secukupnya
9. Kunyit serbuk

Cara memasaknya :

1.Panaskan minyak, kemudian masukkan ikan bilis, goreng sedikit garing, masukkan tempe yang dah digaul dengan garam dan kunyit, balik2 kan goreng hingga masak kekuningan.

ikan bilis + tempe digoreng

2. Masukkan lada dan bawang besar

potong bawang n lada rupa gini

campurkan gaul sekejap
3. Masukkan santan...masukkan asam keping


semua bahan akan bemesra dalam kuali

4. Kacau rata, rasa kan secukupnya dan ikut kepekatan yang korang mahu....tadaaaa dah siap pun

Inilah rupanya
5. Sekian. Selamat mencuba. Senang...cepat dan lazat. Cubalah.

Sekian adanya....


CikSally



Thursday, March 5, 2015

Bila Hati Berbicara...SIBUK

~ Assalamualaikum ~

Sebenarnya tajuk dia bila jari mengetuk keyboard!!!!!
Tapi nak nampak dramatik kan so letak lah Bila Hati Berbicara
Puiiiii sangatkan.....hahahaha 

Ada orang suka sangat highlight dia kerja paling sibuk
Ada orang suka sangat buat-buat sibuk
Ada orang suka sangat menyibuk
Ada orang tak sibuk pun sebab dia selalu je nampak orang lain kerja tak sibuk
*tak paham abaikan* hihi
Ada orang memang betul2 sibuk
Pokoknya...saya nak berbicara tentang sibuk 
Weiii aku sibuk ni tengah tulis blog

Waktu rehat je punnn ni sebab
nak makan dah kenyang
nak tidur tak ngantuk
tak sibuk katakan...

 Ye saya faham kerja awak banyak...awak sibuk...orang paling dikehendaki 
tapi jangan sesekali menidakkan orang lain punya kerja. 
Orang ni kerja tak banyak...ada banyak masa lapang....bla bla bla

 Saya nak tanya...
awak ada masa pergi makan? 
awak ada masa bersembang? 
awak ada masa ambik cuti? 
awak selalu balik lewat malam? 
Waktu lunch hour awak masih buat kerja?
there..u answer me first
Adat lah ada time kita memang tak menang tangan tapi bukan hari2 kan
kat situ lah tengok how smart u handle ur work schedule..

#Throwback
Cerita seorang kawan di dalam Bilik Mesyuarat
si A dan si B dok cerita tentang kesibukannya...bla..bla..bla..
si C hanya mendengar.
Tetiba si A cakap pada si B
"Senang lah si C kan kerja dia senang, x sibuk, x yah pk masalah" bla..bla..bla lagi
Si B mengiyerkan "Aah..kitorang ni mcm2" bla..bla...bla lagi
Si C senyum pahit, hati sikit terguris sambil cakap dalam hati 
Tak payah tengok kerja orang la vodoh
kalo disenaraikan apa yang dibuat pon nescaya akan nampak sibuk cam korang

Tak berapa lama kemudian banyak dengar pasal si B
datang kerja sesuka hati....
masuk sesuka hati dan
keluar sesuka hati
Itu kah yang dinamakan sibuk?

Moralnya tak payahlah asyik bercerita tentang kesibukan kerja sendiri dengan
 menunding jari yang orang lain x sibuk
dah namanya kerja...kerja je lah  
sebab kalau orang lain tempelak cakap awak ada masa juga 
makan2, 
sembang2, 
selfie2
serupa orang lain...kan malu nanti kuikuikui

lagi satu dah banyak saya nampak dan
 kadang2 terkena gak di batang hidung sendiri 
yang x berapa nak mancung ni...
macam orang kata sekarang dunia balas dunia
Kat Malaysia je pon dah kena
tak payah tunggu pergi Mekah
Bila kita kata orang malas
Esok2 kita yang terlebih malas
Bila kita kata orang tak berdisiplin
Esok2 kita lagi teruknya langgar disiplin
Apa-apa je lah bila kita kata kat orang
Atau kita buat kat orang
Esok2 benda tu balik kat kita
sebab kita bukan manusia PERFECT
ada masa goncang juga iman
Ikhlas kan hati je bila buat sesuatu
Meroyankah aku???

#Bila Cik Sally Melalut#
Hahahahahaha