Thursday, December 26, 2013

Apa mahunya pengkid itu

~ Assalamualaikum ~

Selasa (24.12.2013) mak n family kakak ku jalan2 di Bandar Hilir, Melaka, almaklum lah cuti sekolah kan, diorang ni x abis2 nak jalan Melaka....best sgt kot Melaka tu n banyak tempat boleh pergi....hehehe percutian bajet pun ye gak ni :)

Yang anak2 n yang muda2 dah panjat lah A Famosa tu, yang tua2 cam mak n akak aku x kuasa lah kan so duduk je kat taman berdekatan, taman apa aku lupa nak tanya, kebetulan masa tu time orang bekerja, so taman pun agak lengang lah...nak cari kedamaian katanya...sambil bergossip kot *andaian aku je*

Sedang dua beranak ni lepak2, tetiba mereka didatangi oleh sekumpulan pengkid..ke tomboi...ehhhh ntah lah dua2 pon boleh kot guna istilah ni, dalam 4 orang ada ~ datang dan mengepung dua beranak ni

Pengkid : Ermm boleh kita cakap2 nak berbincang bincang je

Akak : Tak nak lah. nak duduk sini nak tenang2 kan kepala, nak rilek2 tak nak bincang2 apa2 *semestinya ngan muka sombong*

Mak : *Apa hal lak budak ni*

Pengkid : Ermmm x nak ea, xpe la (terus beredar)

Di satu lokasi ternampak sekumpulan lagi yang sedang menunggu.mereka2 ini.

Apa lagi, dua beranak ni terus bangun n beredar dari situ dengan kadar segera, bila tengok sekeliling memang xde orang lain...ngan handbag, ngan pakai gelang, macam2 dah bermain kat fikiran memasing, mungkin Allah beri perlindungan pada warga emas cam mak aku jika pengkid itu ada niat x baik....kalo layan diorang borak mungkin sekumpulan yang tunggu di tepi datang bawak pisau ke pistol ke apa....nauzubillah....berdosa ke aku berpikiran jahat seperti ini, marah Dr Muhaya kalau baca ni huhuhu

Adakah ini cubaan untuk menyamun??? ntah lah, cuma kena berhati hati, zaman sekarang susah nak fikir positif terutama pada stranger kan.....nak tenang2 kan fikiran pun x boleh :)

Syukurlah Malaysia masih aman.....

Sekian ada nya.....

CikSally

Saturday, December 14, 2013

Aku & Bisnes

~ Assalamaualaikum ~

Nak stori sket pasal minat aku dalam berbisnes ni, rasa dah lama dah dari kecik sekolah rendah...cuma xde dorongan dan tak diasah sgt kan...almaklum lah mak bapak kita bukan bisnes punya orang. Ntah ekk w/p aku ni pemalu sket tapi kalau aku jual barang tu x pernah pulak mengecewakan....pasti ada pembelinya kuikuikui *bajet bagus* :)

Kecik2 dulu jual kerepek la...kacang moden la...cakar ayam la...mi siput la....kat sekolah, biasa lah dulu kalau org ni jual something, sok lusa mesti ada kengkawan pun jual benda yg sama, aku...bila dah ada org jual yg sama, stop je lah, aku lupa bahawa itu rezeki Allah yang tetapkan untuk setiap makhluknya....persaingan tu bagus sebenarnya untuk kita menambahbaik produk kita....ye dok???

Tapi yang aku perasan, ni lah orang melayu yang selalu je copy paste, x kreatif langsung kan....org jual goreng pisang, sok lusa depan rumah je jual goreng pisang, dulu berbelas tahun dok kawasan yg sama nape x pernah terfikir nak jual goreng pisang kan....jual lain xpe ni jual benda yg sama gak tu...haiyaaaa

Berbalik kesah minat aku meniaga ni....cakap je apa barang yang aku x pernah jual....*ada sebenarnya barang yang aku x jual* kuikuikuii. hokeyyy aku pernah jual
1. Tudung
2. Biskut Raya (wat sendiri ni)
3. Mini Popia
4. Produk kecantikan
5. Yang masuk nak jadi Jutawan cepat tu toksah cerita lah
6. Produk kesihatan......SHAKLEE

Aku bukan hangat2 tahi ayam, aku cuma mencari mana satu yg sesuai dengan jiwa, produk yang boleh dipercayai dan boleh dijual berpanjangan....maknanya sampai aku kaya....modal pun x perlu banyak.

Yessss...now CS fokus pada no 6 tu iaitu produk kesihatan. Walaupun baru 2 bulan join....so far sambutan ok lah...bonus pun dah dapat 2 kali, kita bukan harap kan keuntungan sahaja yg penting bg service terbaik pada customer...persaingan??? toksah cakap lah sbb ramai yang jual SHAKLEE....tp kita kena yakin rezeki memasing dan penduduk Malaysia ni ada lebih dari 20 juta...kan..kan, tanpa mencuba dan usaha, kejayaan memang tak kan datang.

"Rezeki tak pernah tersalah alamat, tepat pada masanya dan tepat pada orang nya"

Friday, December 6, 2013

Omega Guard Shaklee

Info yang dishare dari blog : sihatmacamyaya.blogspot.com

 

26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Berminat : Contact no dibawah

 

Sunday, November 24, 2013

SHAKLEE ~ Set-set yang meletop

~ Assalamualaikum ~

CS rasa best pulak terlibat dengan dunia supplement SHAKLEE ni, dapat bantu orang dan juga dapat tingkatkan kesihatan sendiri tu yang buat diri bertambah teruja hehehe....CS sendiri da guna beberapa produk dan ianya terbukti berkesan...kalau x test susah gak nk stori kat orang,,,ye dok??? Apa yang CS dah try tu...cer citer sket....jeng...jeng *saspen la sangat*

~ ESP....yg ni try masa pregnant 8 weeks, ada spotting (kuar darah 5..6..kali). Terus kol member yang jual sbb dengar citer boleh tambah tenaga, bekal lebih zat, cantikkan kulit dan yg penting nak kuatkan rahim..ermm diriku sangat berpuas hati, now dah masuk botol kedua. weiii tahan lama beb, dkat 2 bulan baru habis...berbaloi kan :)

~ Vita-C....yang ni baru try 2 minggu tapi kesannya mashaallah...jerawat yang  tumbuh sbb alahan hamil ni mula mengecut n kering, orang tepi yang da ambil pun bg repon positif, syoknya dengar customerku sangat berpuas hati...nk lebih gempak tunggu lebih lama lagi, ialah ni bukan produk yang ada kimia so takes time sket yang penting for long term x menyusahkan kita...kan.

~ Ostematrix....kalsium magnesium yang fungsinya lebih dari kalsium, sbb CS memang malas minum buat susu sampai 2 kali, cukup lah ESP diwaktu pagi dan ostematrix diwaktu malam. Kaki i now dah x lenguh2 lagi dan yang bgsnya tiada masalah simpul biawak. Dulu CS memang selalu kena, tengah2 best tido tetiba kejang n kena simpul biawak ni, sekarang memang da x ada lagi....ini kesah betulllll xde tipu2 nya :)

~ Vitamin E....hokey yang ni beli masa belum pregnant, tetiba bila Vit E sampai memang dah x boleh makan sbb dah pregnant, masa tu beli yang loose je sbb baru nak test....minggu lepas baru terfikir nak wat apa ngan benda ni kan, dari membazir baik CS try, member kata boleh wat masker so dah 3 hari tepek kat jerawat yang tumbuh melata masa pregnant ni, amboi x boleh blah kesannya....jerawat pon kering sudah,,, sekarang masih usaha menyapu setiap malam untuk hilangkan parut sket lagi...

Apa-apa pun memang CS try...cuba...test sendiri dulu produk ni untuk lihat keberkesanannya. banyak lagi produk shaklee yang memang dah terbukti hasilnya...JOM....kita tengok2 apa yang best sgt SHAKLEE ni


1. Set Kesuburan

Membantu meningkatkan kesuburan untuk menimang cahayamata :)


 2. Set Diabetis

B-Comp...GLA Complex....Zinc Complex atau Vita C



3. Set Kecantikan

B-Comp....Vita-C dan Vita E




4. Set Menyusu (ikut bajet)




5. Set Ibu Mengandung



6. Set Berpantang / Selepas bersalin




7. Set Kurus




8. Set Gout





9. Sendi / Sakit kaki

Ambil 2 pon dah ok...Ostematrix dan AJHT

Okey lah, banyak lagi nak update tapi CS rasa cukup lah untuk kali ni...lain kali kita review produk satu persatu ye....daaa sekian adanya :)


* Harga menarik kebaboommm dari CikSally
* Tak kira dimana anda berada utara, selatan, timur dan barat....barang akan sampai ke destinasi pada  
   harga dan tempoh yang sama


CikSally

Tuesday, November 12, 2013

ESP ~ Soy Protein Isolate Powder

~ Assalamualaikum ~

Hari ni CS nak stori pasal  satu produk SHAKLEE yang memang meletup...weiii rugi korang kalau x try tau. CS pun start pregnant tu member suggest kan, terus terpikat...melekat consume ESP ni. Jom kita celoteh n kenal2 sket ngan ESP ni.

Serbuk ESP SHAKLEE merupakan sumber protein soya terbaekkk. ESP menyediakan 14g protein soya berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein termasuk SEMBILAN ASID AMINO penting. 

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.


Cerita banyak pun x guna....jom cekidaut kebaikan ESP SHAKLEE yang memberi manfaat untuk anda. 






Sekian adanya....moga ini bermanfaat untuk semua....CANTIK & SIHAT dengan SHAKLEE

CikSally

Thursday, October 31, 2013

Perunding Liabiliti

~ Assalamualaikum ~

Adakah anda mempunyai masalah seperti ini?

  • Pendapatan tidak mencukupi?
  • Masalah bayaran ansuran rumah?
  • Sara hidup yang semakin tinggi?
  • Hutang yang tidak mampu dibayar?
  • Masalah bayaran ansuran kereta?
  • Pembiayaan rawatan kesihatan yang meningkat?
Mahukah anda bebaskan diri dari belenggu hutang? Tak kira berapa banyak hutang ANDA, dengan komitmen RM****  sekali seumur hidup, HUTANG ANDA KAMI URUS DAN BAYARKAN.....setiap bulan!!!!!

Jom...daftar percuma untuk log in

Orait....sesapa yang berminat klik link di bawah 

http://www.PerundingLiabiliti.com/PK2480

Dan anda boleh daftar percuma seperti dibutton atas hujung sebelah kanan (rujuk gambar di atas) untuk mendengar dari wakil kami yang sah.

Penceramah akan MEMBIMBING anda BAGAIMANA MEMAKSIMUMKAN usaha anda dengan TEKNIK, CARA YANG BETUL & TEPAT, PANDUAN YANG PRAKTIKAL & mampu dilakukan oleh setiap orang. Teknik yang terbukti BERJAYA.

PPL MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN BHD ialah sebuah syarikat PAKAR pengurusan liabiliti profesional yang sah dan berlesen serta mematuhi undang-undang dan piawaian syariah MENAWARKAN khidmat profesional bagi melunaskan SEMUA hutang bulanan anda meliputi HUTANG KERETA, HUTANG RUMAH, HUTANG KAD KREDIT, HUTANG PINJAMAN BANK DAN LAIN-LAIN.



Selamat mencuba dan BEBAS kan diri anda...anda...dan saya dari HUTANG, kita mampu mengubahnya :)

Tuesday, October 29, 2013

Bajet 2014 ~ Bonus dan Meroyan

~ Assalamualaikum ~

Semua dah sedia maklum dalam pembentangan Bajet 2014 pada hari Jumaat (25.10.2013), Penjawat Awam telah diberikan bonus setengah bulan gaji....setengah bulan je okeyy...yg lain x yah nak meroyan sangat. Aku pelik setiap tahun bila PM umumkan bonus untuk penjawat awam (PA) ada je yg tak puas hati. Ya...mungkin bonus PA ni sampai kena umum kat TV so semua orang tau so nampak cam asyik dapat bonus aje hahaha padahal private sector dapat berbulan bulan senyap je kan

Apa kaitan / hubungan / korelasi antara BONUS ngan MEROYAN...jom kita tengok di bawah :

Bajet 2014 ~ Bonus lalala

Meroyan....banyak lg dia membebel kat komen....fakta ke auta
CS rasa kita x payah tengok sangat lah rezeki orang, jaga je lah anak beranak sendiri...rezeki memasing Allah dah tentukan....cam CS tgk sedara, adik beradik kerja swasta dapat bonus....bagussss....bestnya....banyaknya.....Alhamdulillah.

Sekian ada nya......

CikSally

Monday, October 28, 2013

Awan Hitam lah...tu pun tak tau

~ Assalamualaikum ~

Hari ni mengeliat lebih sket nk bangun....dah la sejuk, hujan semalaman, hari Isnin lagi....perghhhh betul2 liat. Musim tengkujuh bakal datang lagi, sana sini mendung...hujan n dah ada yang banjir pun.

Bila tenguk awan mendung ni, CS teringat dolu2 masa kecik belajar subjek Sains, kalau x silap masa tu darjah 5...yessss darjah 5 kitorang ada exam penilaian....sama penting cam UPSR darjah 6...nampak x ke tua annya di situ....hehehe

Masa tu CS MC beberapa hari sebab demam, maka banyak lah terlepas pelajaran, naik2 sekolah cikgu Karim pun bagi soalan tentang topik2 yang dia telah ajar 2 3 hari lepas....tentang awan, nama2 awan, awan panas apa nama...bila hujan awan tu dipanggil apa n lain2 lagi.

Soalan n jawapan tulis dalam buku....antara soalannya...lebih kurang lah, 

Awan yang bila nak hujan dipanggil apa? waduhhh keruk pala masa tu, nak tgk kwn x boleh cam meniru pulok kan

Ermmmm CS pun tulis lah ikut logik
mestilah awan hitam...kan selalu nak hujan kita nampak gelap n mendung je awan kan, ok ngan konfidennya jawab AWAN HITAM bukan AWANG HITAM YER :)

Hantar...hantar buku, cikgu pun tanda dalam kelas, tetiba cikgu bersuara tp ada senyuman dimukanya, ni siapa ni jwb awan hitam....dalam hati cakap cam pernah dengo je...purak2 lupak lak ye hehehe

Ehmmm Saliza...amik buku ni...tanya kawan apa nama awan tu, ms tu baru aku dgar nama nimbo status la...cirrus la...cumulus...aishhhh aku dah lupa la...memang jauh tersasar dari awan hitam kan kahkahkah

Budak2 memang jujur...apa yang terlintas di kepala itu lah yang diluahkan

*Moral of the story : kalau dah tau x datang sekolah tu, rerajin lah selak buku sendiri kat umah...tp CS demam...budak2 kalau demam melepek x bangun, mana daya nk selak buku kan...kan.

Sekian ada nya....

CikSally

Thursday, October 17, 2013

Vita C-Plus SHAKLEE



~ Assalamualaikum ~

FAKTA BUKAN AUTA :))))

Ni lah produk yang ditunggu-tunggu sekian lama. Hokey...mulai Isnin (21.10.2013) Vita-C Plus shaklee kembali lagi menggembirakan hati ramai pihak termasuk CikSally....kenapa Vita C SHAKLEE ini berbeza ye ngan vitamin C yang lain....jom kita cekidaut tanpa banyak cakap lagi...


Kelebihan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus

  • 1 Tablet = 1000mg = 7 1/2 biji oren = tahan 6 bulan
  • Bioflavonoids membantu penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C dari teroksida.
  • Sumber natural - tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tertentu
  • 'Sustained Release adalah proses melepaskan Vit C secara berperingkat2 supaya ia tahan lebih lama di dalam badan.
 Khasiat Utama

~
Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

~
Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~
Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari


   kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~
Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

~
Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~
Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat,  menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 

**********************************
 
Sesiapa yang berminat adik...kakak...abang...pakcik...makcik jangan malu2 untuk contact CikSally
Msg/whatsapp/call ~ 0196813183
Email ~ salizahamid@gmail.com

Dapatkan Harga Terbaekkk dari CS.........pasti Vita C mampu anda miliki ;)

Sekian adanya...

CikSally

Monday, September 30, 2013

Cuti = MC

~ Assalamualaikum ~

Lama aku cuti...ye lama sangat rasanya, dekat 2 minggu ada, kdg2 dok rumah rasa bersalah lak w/p dalam hati berbunga riang, haishhh riang ke xde maknanya nak kuar pun x bole, jalan jauh pun x boleh senang citer apa pon tak boleh la....so masuk2 keje cek email, ehmmm nampaknya xde lak keje2 yang urgent...Alhamdulillah. Keje yang urgent adalah menhapdate blog....choiiiiii

Hari pertama kuar jalan agak jauh ni cuak jugak tapi nak buat caner....kehidupan perlu diteruskan, sakit pegi hospital, tak yah pikir banyak2 nanti stress. Bertambah stress bila datang kerja tgk tray document dah terpusing 90 darjah, kertas2 note tu dah bersepah...ada barang yang da tunggang langgang....wahhhh sape yang geledah tempat gue ni, bila cek tabung RM5.00 aku masih selamat lagi hehehe sekali lagi Alhamdulillah.

Ok lah harap2 hari ni semua okey n selamat.......Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.

Sekian adanya....

CikSally

Tuesday, September 17, 2013

Jiwa kacau + Cuak

~ Assalamualaikum ~

Alhamdulillah, lega rasanya....aishhh mcm2 ye bila org da berusia baru nak pregnant ni....kuikui moga Allah permudahkan n beri aku kekuatan untuk hadapi apa yang mendatang. Dalam tempoh 8 minggu dah 3 kali CS mengalami pendarahan, cuak sape x cuak kan.

Time minggu ke 7 tu berlaku pendarahan kedua, so Jumaat 13.9.2013 decide to check di Klinik Hidayah @Jasin. Scan punya scan punya scan, Dr x nampak apa2 pun, so dia suh datang seminggu lagi, mungkin kecit lagi kot katanya....aku pun balik ngan macam2 perasaan bercampur campur cam saham kat BSKL tu kan di tutup bercampur campur....adoiiii makaiiii. Doktor pesan pakai pad coz ancaman keguguran, ehmmm

Msg la kawan dan adik beradik sana sini, ada yang kata beberapa kemungkinan
1. Dr tak pakar so x nampak
2. Guna mesin berapa D gaknya tu pasal x boleh detect gak
3. Mungkin dalam ni dah xde pape, dah 0 tgl tgu dia keluar semuanya kot
4. Normal diawal kehamilan ada kuar sket2.

Balik je petang tu kuar lagi darah, kali ni agak banyak la jugak....ehmmm aku dah x konfident langsung, betul lah kot apa yg DR tu sarankan, ok CS faham dan cuba tenangkan hati, doa banyak2 mintak apa pun Allah permudahkan je. Dah ready habis lah ni.

Elok je cuti Hari Malaysia 3 hari, xde bleeding lagi, aku slow2 kerja, rilek je n x bawak kereta jalan2....juzt relax @home sambil berdoa. Mak CS n adik2 semuanya positif je cakap ada tu, ok xde apa2 tu. My sis yang dok Melaka sarankan jumpa Dr Rahimah (Klinik Amal) di Ayer Keroh. Biasa pun klinik ni memang x mengecewakan bila bagi jawapan, dah banyak kes lah family g situ nampak serasi bersama.

So....Isnin pergilah, DR Rahimah scan, Alhamdulillah....nampak jelas sekali memang ada dan sizenya pun sesuai dengan minggu ke 8. Aku dibekalkan dengan pil Hormon untuk mantapkan lagi kandungan ini. Syukur Ya Allah kalau dia mampu lagi bertahan...apa-apa pun Allah lebih mengetahui apa yang terbaekk untuk hambaNya. Nak cakap lebih pun, terlalu awal lagi, makanya CS dah pangkah klinik yang kat Jasin tu, bikin jiwa gue kacau je huahahaha

Sekian adanya........

CikSally




Wednesday, August 28, 2013

Cabaran Si Hijau

~ Assalamualaikum ~

Apakah cabaran si hijau itu?? Ok cabaran si hijau saya bermula hari ini, saat ini. CS ternampak ada sorang mamat share tentang cabaran si hijau dia n wife dia. Ermmm nampak menarek...Ini adalah berkonsepkan tabungan. Sebelum ni pun CS pernah menabung iaitu cabaran 50 sen. so skang nak up sket jadi RM 5.00 si hijau itu.....yg pasti walau apa pun jadi si hijau ini tidak boleh dikeluarkan sebelum sampai waktunya....erkkkk boleh kah daku....huhuhu. Yakin boleh CS...yeahhhhh

Tabung yg baru dibuat, lutsinar so dat u can see thru it...boleh nampak pertambahan si hijau haha

Sekian ada nya........


CikSally

Tuesday, August 13, 2013

Ketupat Sotong

~ Assalamualaikum ~

Semalam, Isnin 12.8.2013, masih bercuti raya. sementara ada kat rumah CS try lah satu resepi ni nama dia KETUPAT SOTONG @ SOTONG SUMBAT. makanan dari Pantai Timur ni, resepi dia CS telah olah sedikit agar kena dengan selera orang Johor...kalau yg ori tu kan manis sssangat kan :)

boleh lah cubaan pestime ni...x mengecewakan
Jom kita semak resepi

Bahan-bahan :
1. 10 ekor Sotong saiz besar
2. Pulut rendam 1 jam + garam sket
3. 1 Biji kelapa ambil santannya
4. 1 inci Lengkuas hiris2
5. Sedikit halba
6. Sedikit lada hitam
7. 1 mata asam jawa
8. 5 batang cili padi dihiris
9. Sedikit Gula Melaka / Merah

Cara Membuatnya :
1. Bersihkan sotong, ceraikan kepala dan badannya
2. Masukkan pulut 3/4 penuh
3. Masukkan kepala dan cucuk dengan batang lidi ke atau yang sewaktu dengannya untuk mencantumkan kepala dan badan sotong.
4. Susun di dalam periuk kesemuanya
5. Campakkan halba, cili, lada hitam dan masukkan santan, asam jawa, garam dan sedikit gula melaka, terpulang sesiapa yg suka manis boleh la ltak lebih.
6. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pulut masak, lebih kurang 30 minit
7. Ketupat sotong sedia untuk dingap

Kaler kurang menyengat disebabkan penggunaan Gula merah yang minimum, Orait selamat mencuba resepi dari CS....hehehe Selamat hari raya & MZB

sekian adanya....


Wednesday, July 24, 2013

Apa pun tak boleh

~ Assalamualaikum ~

Dah berabad rasanya x dpt jenguk blog sendiri, nak bukak x boleh apa lagi nak tutup, CS pun x faham lah apa yang berlaku ngan blog ni, aptb....

Ok lah sekian entri untuk bulan Ramadhan....mungkin Raya nanti baru boleh bukak lagi so in advance nak wish Selamat meningkatkan amalan untuk mendapatkan malam lailatul qadar........bukan nak wish selamat hari raya....lama lagi tuh...orait jumpa lagi

Sekian adanya

CikSally

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan 10 Julai 2013

~ Assalamulaikum ~

1 hari lagi...jap je lagi, umat Islam dah nak sambut Ramadhan, ermmm rasa seronok lak tetiba. 

Ini adalah Ramadhan pertama aku sebagai seorang isteri, Alhamdulillah...so far semua berjalan lancar dan terkawal. Harap keadaan ini berterusan lah sampai bila2...ameen. Bila cakap pasal dah kahwin ni, harus lah kerja bertambah ye bulan pose ni...nak masak, nak bangun sahur,...uhhh cabaran betul ni. Dulu masa single, senang n simple je aku n mak berbuka, beli nasi ambeng 2 bungkus (bukan hari2 lah makan nasi ambang) kuih RM2.00, balik rumah letak tepi semua makanan, terus baring tunggu waktu berbuka, bila sahur pulak makan roti atau apa2 yang cepat dan kenyang, minum air n kurma, Zzzzzzz cepat2....nikmatnya time tu kan...Syukur gak laki aku balik selang sehari, ada gak masa-masa yang aku boleh bersantai :).. Isi rumah dah bertambah, mak, aku, adik (kerja di Muar), laki + anak2 (kadang2)...harus kena masak ni...baru berbaloi-baloi.

Azam Ramadhan
1. Bajet tahun ni nak jadikan Ramadhan lebih bermakna, harap aku dapat berlawan ngan nafsu sendiri untuk menambah amal ibadat di bulan mulia...inshaallah. *kata setan kena ikat kan so mmg kena lawan ngan nafsu sndiri la ni*
2. Nak berbelanja secara berhemah...x fikir sgt pasal raya
3. Pergi Terawih sehingga ke titisan darah yang terakhir, xmo sekerat jalan
4. Last but not least...kurangkan berat yang dah semakin menaik ni...

Orait, sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, CS nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan samada yang tersengaja atau tidak...semoga kita menjadi insan yang lebih baik di Ramadhan kali ini.

Sekian ada nya.......

CikSally


Wednesday, July 3, 2013

JDT ooo JDT

~ Assalamualaikum ~

Dari meja Pustakawan......

Ada beberapa isu di sini yang sedia untuk dibentangkan...ececewahhh

1. Bila time kerja, kita kol sana sini tak berjawab....bila berjawab orang ni x ada pegi makan, orang tu x ada g minum....payah gak kan, nak minum boleh tapi jgn pagi2 sangat la di saat mood kerja sedang memuncak. tetiba je menjunam, ada benda urgent yg kita kena settle pepagi jadi tergendala...CS pun minum makan gak dan tulis blog juga (tapi yang ni sebulan sekali je hapdate). Dats y ada boss yang memang hati kering bg masa 15-20 minit je untuk minum pagi spy urusan kerja x terganggu....korang bayangkan 15 minit makan nasi ada tercekik tulang ayam kot...kuikuikui

2. Dah 4 hari berlalu kesah bola JDT VS Kelantan....nak kata kecewa memang pun tp kalau tgk dr perfomance player JDT masa final Piala FA tu memang patut kalah lah, nak harap 4...5 kerat je yang rajin kejor bola...yang lain tengok bola je la. Aku x faham betul si coach Fandi Ahmad, kelemahan defend ngan midfil tu kan sejak dari awal kemunculan JDT, awatnya sampai final pun masalah yg sama, dia ni x dengar ke komen peminat2 JDT yang memang pemerhati yang bagus sejak dari awal lagi....striker bagus pun kalau player midfil x pandai nak plan hantar bola ke diorang...macam mana nak sumbat gollllll......aku pun bukan pernah main bola, main candy crush je ada larrrr...tu pun sngkut2..huhhhh *lap peluh jap*

3. Masih pasal bola, yang orang Kelantan pun marah sgt kat Mat Yo nape ek, aku pun x paham semangat assabiyah derang ni. Perpindahan pemain tu kan biasa, dulu2 player Johor pun banyak yang pindah, cam Dollah Salleh tu pun kan bekas pemain Johor, apa ada hal...kata pro, banyak lah status2 dr fren Kelantan yang memperlekehkan Mat Yo...aku nak tanya yang player Kelantan tu semua orang Kelantan ke, Korang ingat Inderaputra tu mat kelantan bagai ke upanya orang Perak ye...maknanya perpindahan tu normalkan, Kelantan pun minat ngan pemain dr negeri lain, so what????

4. Isu terakhir adalah CS belum muntah2, pening2 dan loya2, pertanyaan paling top wat ms ni.....belum time kata orang, rilek arrr baru berapa bulan je...muda lagi akak ni dik *rs nak muntah lak tetiba :)*. Ok lah nak ikutkan merapu memang x abis yer... daaaa

Sekian ada nya....

CikSally

Thursday, June 20, 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Pada 1 Julai

~ Assalamulaikum ~

Seperti yang dijanjikan sebelum PRU 13, dalam BH hari ini ada menyatakan pengesahan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji tahunan tambahan pada 1 Julai 2013, maknanya untuk tahun 2013, kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah sebanyak 2 kali....anda suka????

Untuk mengesahkan lagi, jom kita baca keratan akhbar dibawah ni...jom...

nampak tak cuepacs dah bg warning, jgn naikkan harga barang okeyyy...kalau x..xde makna lah kan

Sekian adanya....

CikSally

Tuesday, June 18, 2013

Jeragat ~ Vogue Cream Alia Dania

~ Assalamualaikum ~

CS nak tunjuk 1 barang....orait krim ini adalah keluaran khas Alia Dania untuk masalah jeragat 


inilah Vogue Cream yang sy maksudkan
Seriously, CS x kan jual produk yang CS x guna or x nampak lagi keberkesanannya, so sekarang CS sedang jadikan kakak CS sebagai testimoni sebab CS x ada jeragat wat masa ni, baru 5 hari guna so belum nampak hasilnya, CS tunggu habis krim ni di guna baru tengok hasilnya...so sesiapa yg bermasalah jeragat, nantikan hasilnya x lama lagi, kalau ok baru CS proceed untuk dijual....tungggguuuuuu :)

Sekian ada nya...


Wednesday, June 5, 2013

MOTIVASI DIRI ~ MEMBINA HUBUNGAN

~ Assalamualaikum ~

Amboi kau sally...tajuk tak boleh blah, bajet Dr Muhaya lerr teww hahaha
 
CS belajar satu perkara, bukan perkara baru pun iaitu....buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat....betul tak??? Semester baru, pelajar baru, CS cuba positifkan minda iaitu pandangan CS pada student baru. Sebolehnya CS x nak fikir negatif dulu terhadap student baru ni, contoh ea yang biasa
1. Budak ni nanti mesti sepahkan buku
2. Habislah buku kena curi
3. Nanti mesti kurang ajar dengan kita
4.Masuk library nak dating je lah tu
5. Mesti x ikut peraturan, penat nanti nak tegur
6. dan lain-lain....

So kita kena ubah, ini kalilah...hehehe *bukan politik derrr*....belajar melihat kebaikan dulu sebelum kita nampak kejahatan yang belum tentu ada....yesss sedang mencuba...kerana bila kita dah mulakan dengan fikiran negatif, kita akan membunuh minat pelajar ni terhadap keminatan mereka untuk datang library....disebabkan persepsi awal negatif kita telah membawa kepada cara teguran yang tidak sepatutnya, x ke membunuh minat tu namanya kan :)

Azam CS semester ni nak pastikan kurang aduan dari pelajar berkaitan dengan library, so untuk permulaan bermacam macam nasihat, teguran n ingatan dah bagi pada staf tapi kadang2 sesuatu perkara tu berlaku di luar kawalan kita...kita dah buat sehabis baik namun manusia tetap manusia, bila emosi dah tak terkawal, apa pun tak boleh bak kata JAMBU...sy faham sbb sy pun manusia spt anda yang punya emosi, emosi pulak tu kdg2 stabil kdg x stabil...tu biasa :) tapi UBAH!!!! INI KALI LAH....X NAK LAIN KALI LAGI DAH

Pendekatan CS senang aje, kita jangan merumitkan benda-benda yang remeh, selagi perkara2 tu x membawa kemudaratan kepada manusia sejagat dan persekitaran, sekarang ni niat kita adalah nak ajak pengguna datang library, pinjam buku, baca buku...pendek kata nak mengimarahkan masjid library lah tp kalau benda2 remeh kita jadikan sulit maka sakit lah kan...kita dah bunuh keinginan dan keminatan orang untuk dating datang...sekali lagi nak tanya tuan2 dan puan2 pembaca yang dirahmati Allah... betul tak????

Sekarang ni...kita nak orang datang library gunakan perkhidmatan kita atau kita nak tegakkan peraturan yg macam2 yg kita ada tapi pengguna tak datang untuk menggunakan perkhidmatan kita......kita ada peraturan tapi kita x ada pengguna...pun x guna jugak...siapa yg nak ikut peraturan kita tu kalau kita x ada pengguna....kan??? Peraturan perlu ada supaya tidak berlaku sembrono dan sbg guide untuk lebih sistematik je tp bukan yang merumitkan, melecehkan dan macam2...asal orang happy dengan service kita tu dah ok...senang cerita ikut tagline CS ~rilek2 sudah~ hahahah

Apa2 pun senyum je lah dan bantu mana yang boleh....senyum memang ubat paling mujarab, merapatkan ukhwah, membina hubungan yang positif dan mengurangkan stress...kalau pestime jumpa ko senyum dengan orang, x kan dia nak pandang slek kat kita kan....mestilah dia lagi hormat, ni kalau pestime jumpa, pestime nak tegur kau dah jeling2 n cakap keras, memang muka mintak penyapu lah kan...hehehe...ermmm terlalu awal untuk persepsi negatif ini kan

Selain senyum, hormat orang tak kira kanak2, budak kecik apa lagi orang tua.... inshaallah kita akan dihormati, ingatan untuk diri ini juga...yeahhhh

Sekian ada nya........

Monday, June 3, 2013

KUTU

~ Assalamualaikum ~

Tadi tgk status sorang kawan dia citer pasal kutu, maka dengan itu CS pun teringat kesah KUTU yang x berkesudahan ni. Ingat dah zaman millineum ni dah x wujud lagi makhluk bernama KUTU...rupanya masih bersepah yer....CS ingat ms zaman kecik2 dulu memang senang dihinggap KUTU...memandangkan waktu tu mungkin kesedaran pada kebersihan diri agak kurang...KUTU ni sampai satu tahap boleh jadi wabak yang membebankan dan tidak berkesudahan....

Sebenarnya hobi CS skng ni adalah mencari KUTU, sejak beberapa tahun kebelakangan ni...tahun okey bukan hari bukan bulan...hobi ni da jadi satu keperluan setiap kali ank buah CS balik dari KL....sampai sanggup pergi Jasin, Melaka beli sikat kutu sbb sikat KUTU kat kedai di Jasin adalah yang terbaik, sekali aku beli sampai 5 sbb harga dia baru seringgit hahaha, ni pakai buang punya sikat kutu, kdg2 buat cenderahati lg bagi diorang bawak balik. korang bayangkan lah sbb tu aku kata KUTU ni wabak yang marabahaya w/p macam2 cara dah kita guna untuk basmi KUTU tp setriap kali pergi taska semula n tidur baring sesama kawan, benda ni akan jadi lagi....sian CS tgk garu sana garu sini sbb atas kepala dah terlalu banyak....

Langkah pencegahan yang pernah dilakukan
1. Botakkan kepala - bg lelaki la, kalau perempuan mau nangis
2. Guna syampu / ubat dari klinik @ farmasi
3. Sauk kutu tiap2 hari dgn gunakan sikat kutu
4. Hapuskan telur kutu yang menjadi punca pembiakan nyamuk kutu
5. Upah monyet untuk cari kutu sbb binatang ini sgt gigih mencari kutu
6. Jumpa Cik sally untuk upah cari...sy pun segigih monyet gak bab2 mencari kutu ni...memang menangis lah budak2 ni kalau ngan CS, kalau boleh x nak lepas sampai habis kukerjakan semua tp apakan daya...budak2 nak main gak ngan kawan2 dia bila balik kampung kan
7. Tukar Taska lain bahahaha...ingat semudah ABC ke...

Itulah alkisahnya hobi saya semenjak dua menjak ni....tp jgn takut ngan CS sbb CS x ada kutu yer....sentiasa basmi dari hari ke hari :p

Sekian ada nya.....


Thursday, May 30, 2013

KILAUAN EMAS 2013


~ Assalamualaikum ~


meleleh air liur CS tgk emas
Semalam, telah berlangsungnya Kilauan Emas 2013, macam mana CS boleh terjebak dengan dunia veteran ni pon tak tau la kan, pengaruh rakan x sebaya i la ni..ermmm mak aku...tapi untuk KE 3 ni not bad gak peserta2 yang ditampilkan. Ok peserta fav CS untuk pertandingan final adalah Idris...perghhhh mantap juga pakcik ni nyanyi ye...

4 finalis KE

Pakcik Deris
Tapi malangnya Idris hanya dapat nombor 2 dan johon KE 2013 adalah abe Mior yg rambut panjang...yg abg rock tu....layan je la.

Apa kata pasni kita wat program Imam Tua lak...kita tgk macamana pakcik2 kita berebut nk jadi imam...kekekeke...amacam ASTRO???? ada beran????

Layanan Masterchef selebriti masih diteruskan w/p kdg2 sangkut2 gak x dpt tgk akibat perebutan TV oleh kuasa2 besar di rumah. huhhhhh :(

Sekian ada nya....


ciksally




Thursday, May 23, 2013

Pendaftaran Pelajar Matrikulasi Sesi 2013/2014

~ Assalamualaikum ~

Mulai 27 Mei 2013 ni, semua Kolej Matrikulasi akan mula menerima pelajar baru...jap je kan, pejam celik pejam celik dah datang yang baru...apa yg CS terfikr nanti dapat lagi aduan yg baru, nanti kena jawab lagi...uishhh positif2...harap2 tahun ini lebih baik dari yang lepas.

Sesi ni juga, seramai 3 org anak buah CS akan mendaftar di matrikulasi....sorang di Melaka, sorang di Kedah dan sorang lagi di Perak. Yang Kedah ngan Perak tu apa kes kena hantar jauh2....aku suka jer x dpt Johor tapi tak lah pulak mengharapkan diorang g jauh2...Yang Kedah sudah buat rayuan n CS cadangkan dia pegi Melaka...apa punya jahat lah makcik dia ni tp kuasa Allah xde sape yang dapat menduga...tatap dapt Johor gak...apa nak wat terima aje lah kan....hihihi

Macam biasa, tetap n berpencen CS dok bawah JK Pameran...muntah ijau dah...Saya Yang Menurut Perintah..ye jalan kan saje tugas tu x payah banyak soal lagi.....

Sekian adanya...macam x best jer n3 ni kan kuikuikui

Friday, May 17, 2013

Gosip Artis

~ Assalamualaikum ~

Tadi masa tengah drive..terdengar lah kat radio era pasal sorang artis ni kena tangkap khalwat...aku mmg lemah sket bab nak meneka siapa ni....sbb kadang2 tau muka2 artis ni tapi nama fail lah nak ingat kan kecuali Ady Putra memang aku ingat sampai mimpi lah....kuikuikui xde maknanya kan.

Masa g makan ngan member stori lah bla..bla...bla dia pun google..google la..apa lagi...tengok2 Shah Jazle...ermmm x terkejut pun...kalo Hafiz Hamidon tu terkejut la jugak kan hehehe

ni lah dia mamat ni...bajet comel la konon
Sepatutnya malam2 jumaat ni orang baca yasin ke, solat tahajud ke, ni ko kena tangkap lak....adoiiii la haiiii...sedey tgk. Dah tu aku ni nak jadi blog gosip tu pe hal lak hari2 Jumaat ni....hehehe....ok2 nxt time x nak gosip lagi dah, ni saje je.....mana tau boleh lawan Beautifulnara ke Rotikaya ke Rotimiskin ke kan...wokey chowww dulu

Sekian ada nya......