Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Mee Goreng Style Emak Aku

~ Assalamualaikum ~

ermmmm cam nak wat lagi

Cerita Ahad 31 Mei 2015, masa ni aku cuti dua hari sebab jaga mak, ermm kalau da cuti tu suka gak masak-masak. Antara resepi yang sempat CS try Roti Kacang Pool, Mee Goreng, masak2 lauk tu biasa lah kan, jadahnya nak tulis sini kikiki.

Hari ni CS nak share resepi Mee Goreng Style Emak Aku. Senang buat mee cenggini, simple je, sedap pun ye, kita yang masakkan...gila kau tak sedap. Nak tau style nya camana...jom kita layan resepi mudah, murah lagi sedap ni.

Bahan-bahannya :
1. Kuah lada

Kuah lada ni kena buat dulu ye (5 sudu besar lada kisar + sekepal asam dibuat air asam + gula + garam). Yang guna serbuk perasa tu boleh lah tambah tapi hati2 ye, CS x guna. Rasakan betul2 seperti yang dikendaki dan kena dengan selera tekak kita then masak ats dapur sehingga mendidih). Kat sini yang suka manis boleh lebihkan gula yang takut kencing manis sila kurangkan. Agak-agak kepekatannya.

2. Sekilo Mee Kuning

3. Fish Cake + Fish Ball
4. 1 mangkuk kecil taugeh
5. 5-6 keping tauhu. Dihancurkan guna garfu

6. Udang Kering dikisar 
7. Udang Basah (tiada dalam gambar dan tiada dalam mee di atas tapi kalo letak mmg sedap sangatlah)

8. 4 batang cili hijau potong bulat
9. 1 biji bawang besar potong dadu
10. 6 biji bawang putih diketuk kepalanya
11. Minyak untuk menumis

12. Telur kalau nak pecahkan di mee (takde pun xpe)

13. Kucai


Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan fish cake dan fish ball dan tauhu masak hingga kekuningan sedikit.
4. Masukkan mee, taugeh, lada hijau, bawang merah.


5. Simbahkan kuah lada tadi yang puan2 telah berpuas hati dengan rasanya tu.

6. Kacau rata hingga mee masak. Jika belum just tambah je kuah tu. Begitu juga yang suka basah letak lebih. Macam tu aje ye puan-puan.

tadddaaaa...mee pon da siap, jom makan
Selamat mencuba



Sekian adanya

CikSally


Sunday, May 24, 2015

Seafood Aglio Olio

~ Assalamualaikum ~

Ni cerita Sabtu lepas 23 Mei 2015. Adik buat birthday anak dia. So CS pun plan nak masak Aglio Olio...ntah ek nama betulnya apa...ada yang tulis Oglio Olio, ada yang Aglio Olio tapi CS biasa sebut Olio Oglio...sukati haku la kan hehehe. Janji benda yang sama. Pilihan hari tu adalah Seafood Aglio Olio sebab sotong dah ada dalam esbok tinggal beli udang aje. Pssstttt.....psssttt.... Oglio Olio CS haritu habis licin dengan jayanya, CS pon dapat jamah sket je...ermmm xpe lah nnti kita buat lagi, yang penting aku masak habis dimakan.

macam biasa...presentation mmg dalam kuali je


Bahan-bahannya :
1. 1 paket spaghetti
2. 300g sotong (potong ikut suka)
3. 300g Udang
4. Sepeket lada hitam yang RM1.00 tu dikisar halus
5. Sebiji Bawang Holland di potong dadu
6. 4 Biji Bawang Putih di potong dadu
7. 1 Biji lada Benggala (kaler ikut suka, disarankan kuning)
8. 10 Tangkai Cili kering (potong halus) dan rendam @ guna cili flakes
9. 1 peket Fish ball (potong dua dan goreng)
10. 1 peket Fish Cake (potong dan goreng)
11. 1 sudu besar sebuak daun basil (yang dalam botol)
12. Minyak zaitun untuk menumis
13. Sedikit Garam
14. Sedikit Daun sup (saderi + bawang)

Cara Memasaknya :
1. Didihkan air, letak garam dan sedikit minyak, rebus spaghetti hingga empuk dan toskan
2. Panaskan minyak, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan layu sedikit.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata.
4. Masukkan sotong dan udang, masak sekejap aje, masukkan sedikit air dan cili kering potong halus tadi.
5. Gaul rata, rasakan garam, setelah berpuas hati dengan tahap kemasinan masukkan spaghetti tadi.
6. Gaul rata dan mesra, taburkan daun basil kering dan gaul lagi.
7. Masukkan daun sup, gaul dan tutpkan api.
8. Sedia untuk di jamah ye puan2.

Selamat mencuba

Sekian adanya.....

CikSally

Thursday, May 14, 2015

Sambal Belimbing Buluh

~ Assalamualaikum ~


Ni memang resepi meletop, sebab bila ko makan ngan nasi bertambah tambah nanti perot korang akan meletop sbb overload....hehehe apa aku merepek ni daaa

Resepi ni dapat dari kawan punya kawan punya mak....kot, CS nak share kan di sini supaya nanti boleh ingat, nikan i punya diary serbaguna katanya...harus lah letak kat blog kan. Nanti orang try resepi ni bertambah-tambah pahala tuan punya resepi. 

Yang bagusnya, belimbing ni tak berapa memasamkan sambal, letak banyak pon hokeyyy je sbb bila kita pecahkan dia masa makan, baru masam dia keluar, magik kan??? Orang selalu cakap makan ngan nasi panas2 tapi CS suka nasi sejuk sket sebab menikmati tanpa cabaran yang keterlaluan adalah sangat sempoi, sambal dah pedas, ko nk makan ngan nasi panas lagi, poyo sangat lah kepercayaan makan ngan nasi panas2 kan kuikuikui...mesti korang tunggu nasi sejuk sketkan...toksah tipu diri sendiri K. ye..ye i percaya memang ada yang makan ngan nasi panas2 betol.

Mehhh...kita kasi terliur sat dengan gambar ni.

kalau korang tak terliur...maknanya korang belum normal lagi hehehe...sila terliur sekarang!!!!
Pssstttttt...psssttttt ada orang tu makan 3 pinggan memalam, tu pasal perot dia ada boroi :), CS makan sepinggan suku je. Nak tambah gak tu.

Kita zasss terus resepinya.

Bahan-bahannya :
1. Semangkuk Belimbing Buluh di belah 2
2. Semangkuk ikan bilis digoreng
3. 5 biji bawang besar dibelah besar biasa 8 atau 6
3. Sepeket cili padi *
4. 7 biji bawang putih *
5. Minyak untuk menggoreng
6. Sedikit garam
7. Santan pekat dari sebiji kelapa

Cara memasaknya :
1. Goreng ikan bilis garing, angkat dan letak tepi.
2. Goreng bawang besar sehingga layu sket, angkat dan letak tepi.
3. Masak santan hingga jadi minyak dan sedikit kecoklatan
4. Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuh. 
5. Ambil santan yang telah jadi minyak tadi, tumiskan bahan yang dikisar dan masak hingga cili masak betul
6. Setelah garing masukkan belimbing tadi, gaul rata sehingga belimbing bertukar warna.
7. Masukkan Ikan Bilis dan Bawang yang telah digoreng tadi.
8. Gaul rata dan rasa kemasinan, kalau tawar tambah garam sedikit mengikut kesesuaian tahap darah tinggi tuan puan.
9. Padamkan api dan sedia untuk dihidang

Notakaki : 
i) Sebenarnya resepi asal tak pernah rasa so kira jadi lah ni versi CS.
ii) Tak perlu letak gula sebab masa CS buat santan nak jdkan minyak tu dia ada ketul2 yang orang panggil taik minyak. Ok rasa dia lemak manis..syok sangat bila makan.
iii) Rasanya kalau malas nak tunggu proses buat minyak tu, kita terus guna minyak n tumis pon boleh aje...kot, ada kot lagi tu.

Selamat mencuba :)

Sekian adanya....

Wednesday, May 6, 2015

SCONE COKLAT CIP ~ MUDAH DAN SIMPLE

~ Assalamualaikum ~

Semalam i olls buat scone, saje fefiling wanita inggeris sedang menikmati minum petang scone panas bersama secawan teh...walllaaaa skon makan dengan strawberry jem memang terbaekkk. Makan panas-panas. CS suka rasa masam-masam manis tu. Semalam punya resepi adalah scone coklat cip. Ermmm ada je yang menganga kat tepi mintak disuap. Bukan main budak setahun ni, mentang2 dah ada gigi semua dia nak makan.

Bukan senang nak wat benda yang senang ni dengan bantuan mokmok hadif tau. Habis semua dia masuk molot...last2 tu aku korek dari mulut dia dan dapat cebisan kertas air kotak yang aku gunting tu...besar dan keras hokeyyyy. Anakku memang kuat mengutip.

Scone ni CS bakar guna pemanggang ajaib...not bad, rasa ada, lemak manis berkrim lagi. Cuma bila guna pemanggang ajaib ni kita kena balik2 kan lah. Kalau guna oven kan tak payah....masak serata lagi. Kita x ada oven lagi...huwaaaaa kena beli ni.

CS buat sedikit sahaja sebab baru nak test, takot x jadi guna pemanggang ajaib yang tak ajaib tu huhuhu.

korang tak teruja ke tengok scone aku perang keemasan...keemasan lah sangat

Bahan-bahannya :
1. 1 cawan tepung naik sendiri (beli blue key sbb murah sket dari nona)
2. 1 kotak kecil fresh milk
3. 1 sudu kecil serbuk penaik
4. 50 g buttercup
5. sedikit coklat cip (kismis dah lupa nak beli)
6. Jem (apa perasa pun boleh

Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letakkan butter yang masih sejuk dan potong kecil2
2. Gaul dan ramas kedua bahan tadi sehingga bersatu menjadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan fresh milk. Yang ini boleh dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tadi sebati dan tidak melekat di tangan ketika dibentuk2 kan. Masukkan coklat cip, gaul lagi.
4. Nak terap kan boleh atau bentukkan ikut acuan yang digemari. CS buat bulat2 dan leper2 kan dia atas tangan je. 
5. Panaskan pemanggang dengan api yang perlahan.
6. Letakkan scone dan tutup pemanggang...jap2 lagi jengah dan balik2 kan.
7. Scone tetap sedap dan gebu walau guna pemanggang ajaib.. ajaib bukan???? hehehe
8. Resepi ni menghasilkan lebih kurang 12 ketul scone...apa tak cukup lagi 12 ketul ni?

Nanti CS nak buat lagi, maklumlah bahan banyak lagi khenn...ok, selamat mencuba

Sekian adanya.....

CikSally

Tuesday, April 28, 2015

Pucuk Paku Masak Lemak Cili

~ Assalamualaikum ~

Macam dah lama tak masakkan, masak sebenarnya, hari-hari pun masak bubur untuk Hadif mokmok yang suka makan tu. Semalam Mr. M beli pucuk paku 2 bungkus. Kalau 2 bungkus tu aku tau lah satu sini satu sana. Memandangkan aku nak masak pagi tadi so aku pun dengan kak namnya masak lah sekali, haa kan senang pastu bagi 3 bekas....aku 1, mak yati 1 (pengasuh Hadif) dan mem 1...untuk Hadif, mama masak bubur ayam special. Maknanya pagi ni aku masak 2 benda. Amacam??? rajin tak aku....hihihi phuiiii sangat kan. Korang tak percaya...meh layan gambar yang aku snap pagi tadi...sampai laki aku cakap...ahhh amik2 gambo jangan tak amik...masuk fb nanti. hihihi dia apa tau tentang dunia blog aku yang suka suki ni.

tadaa...nak letak ikan masin tapi takdak...ku keciwa
Jom kita layan resepinya

Bahan-bahannya :
1. 2 Bungkus pucuk paku (agak-agak)
2. 1 biji santan + 1 kotak kecil santan segera
3. 6 biji bawang kecil *
4. 1 biji kecil bawang putih *
5. Segenggam ikan bilis *
6. Segenggan cili padi (haa amekkaw) *
7. 1 inci kunyit hidup *
8. Garam secukupnya
9. 1 keping kecil asam keping

Cara memasaknya :
1. Kisar bahan bertanda *. CS kisar bawang, cili dulu then baru masuk ikan bilis sebab tak nak ikan bilis hancur sangat.
2. Masukkan dalam peruk bahan dikisar dan campurkan dengan santan, asam keping.
3. Masak hingga mendidih dan kacau2 supaya santan tak pecah.
4. Masukkan sayur pucuk paku, perasakan garam dan masak sampai sayur empuk.
5. Sedia untuk dimakan

Selamat mencuba.

Sekian adanya.....

CikSally

Thursday, April 9, 2015

Puding Sagu Idaman Qalbu

~ Assalamualaikum ~

puding sagu..idaman kalbu

Tajuk tu jangan percaya sangat la ye. Kejadian ni masa sambut birthday babies comel2 tu 4.4.2014, ni adalah salah satu menu yang telah disediakan oleh kakakku. Sedap wei kalo dimakan sejuk2...nyaman je lalu kat tekak ni. Sampaikan orang mengidap diabetes pon makan tak hingat. ishhhh ishhhh mak tak tau takut ye. Kadang-kadang aku bebel gak, bagi dia takut sket, kalau di biarkan...ermmm mau makan dan makan lagi. Kita semua pon kena berhati-hati juga...ye lah aku cakap je boleh lah, bila makan sama dengan je dengan mak aku huhuhu. Jom kita tengok resepi simple, murah dan sedap ni.

Bahan-bahannya :
1. 1 cawan sagu
2. 3 cawan air
3. Sehelai daun pandan
4. Pewarna mengikut citarasa
5. Sedikit garam

Bahan Kuah :
1. 1 tin susu cair
2. Seketul @ 2 ketul gula melaka (masak campur air ikut kepekatan dan kecairan yang diimpikan dan cairkan, tambah gula pasir kalau kurang manis

* CS tak gabungkan kedua bahan 1 dan 2 ni. Bila nak makan baru kita gabungkan so boleh adjust nak manis ke tak.

Cara membuatnya :
1. Campurkan sagu, air, daun pandan dan garam.
2. Masak atas api yang sederhana dan kacau sehingga bahan menjadi likat.
3. Setelah kembang, lembut dan sedikit berkilat, tutup api.
4. Tuang dalam acuan yang dikehendaki.
5. Biarkan sejuk...nak lagi sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Tadaaa siap untuk dimakan. Mudah bukan. 

Sekian adanya...

CikSally


Sunday, April 5, 2015

Agar-Agar Santan

~ Assalamualaikum ~

kedekut santan...nipis je

Ni cerita hujung minggu, cubaan kedua dan menjadi. Cubaan pertama kurang menjadi. Apalah CS ni, orang dah buat macaroon, pavlova bagai, dia baru nak buat agar-agar santan je kuikuikui. Ini antara peberat i hokeyyy. Dulu-dulu selalu suh mak buat agar-agar ni tapi balik-balik dia buat agar2 yang merah tu, perghhhh stresss gue. Alasan dia yang merah tu tahan lama, yang santan cepat basi. Kalau buat pon tak sempat nak basi kot sebab dah masuk perot. Sekarang...gue buat sendiri so ikut selera gue la kan. Ini pon berposak mintak resepi ngan adik aku...ehhh korang  tau ke 'berposak' tu apa, tak tahu buat-buat paham je la ye. Baik kita layan resepinya....zasssss...

OK aku buat banyak2 punya adunan, maklum lah, rakyat marhaen ramai kat umah tu.

Bahan-bahan :
1. 2 peket Agar-agar cap rose (apa pon bole je)
2. 2 buku gula melaka
3. 2 biji santan (amik santan pekat2)
4. 1 biji telur
5. 5 sudu gula pasir (ni pun tak berapa manis, manis buah je, yang suka manis boleh tambah)
6. Daun pandan
7. Air secukup sedap

Gula Melaka

Telur

Cara membuatnya :
1.
masak agar-agar + air agak-agak agar-agar tenggelam

2. Selepas Agar2 cair masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Rasakan

3. Di mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan dalam santan.

4. Setelah gula hancur, masukkan santan campur telur tadi, dan masak sehingga mendidih beberapa ketika dengan api sederhana perlahan.

5. Tutupkan api dan tuang agar-agar kedalam acuan yang dikehendaki.

6. Biarkan sejuk dan baru potong n makan dengan lahapnya.

Time panas ni memang ngam lah makan benda2 macam ni, nak2 lepas disejuk beku kan.

kita masuk loyang je...senang sekali tuang

Buat ni semudah A..B..C..D..E..F..GST
Ehhh...ehhh tetiba je. OKbai

Sekian adanya....

CikSally







Thursday, April 2, 2015

Sotong Goreng Tepung Kangkar Hill

~ Assalamualaikum ~

terharu i tengok sotong2 ni berbaju....hikhik

Resepi ni memang sempoi giler. Senang dan bahan dia pun yang memang ko senang nak cari kat rumah. Takde yang merepek sangat. Hasilnya pulak memang mengujakan. Bangga giler kot sebab dengan resepi yang simple, sotong goreng tepungku menjadi....huhu terharunya saya hehehe.

Sebelum ni memang pernah buat tapi dapat resepi yang meleceh leceh gitu....fuhhhhh nak buat pon naik malas tau. Dengan kekadang tepung yang tertanggal memanjang bila digoreng...last2 makan sotong bogel jer, tepung dia ntah dah kemana. Pengalaman buat sotong goreng tepung dan hasilnya dapat sotong bogel tu biasa. Mungkin aku je kot yang tak pandai buat, orang lain takde hal pon kan hehehe

Ni masak masa hari Sabtu baru ni, mak teringin nak makan siakap 3 rasa, maka CS pon buatlah siakap berapa rasa pon tak tau lah...tengok dalam peti ada sotong, wahhh ini bagus kalo ku celup tepung ni, ala-ala makan kedai ikan bakar kan. Gugel jap resepi, Alhamdulillah... jumpa resepi yang sangat mudah, terus zassss buat dan terus jadi. Terima kasih resepi dari blog Mush mengomel,

Jom kita tengok resepinya ye puan-puan yang budiman

Bahan-bahannya :
1. 5 ekor sotong saiz besar
2. Tepung gandum
3. Sebiji telur
4. Lada sulah / lada putih
5. Garam
6. Minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya :
1. Basuhkan sotong dan potong ikut saiz kegemaran masing2.
2. Toskan dan masukkan garam + lada sulah + sesudu tepung kedalam sotong tadi dan gaul rata.
3. Dalam mangkuk yang berasingan sediakan sebiji telur yang dipukul.
4. Dalam bekas yang berasingan, sediakan tepung secukupnya.
5. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng...biar panas betul2.
6. Ambil sotong tadi, celup dalam telur dan gaulkan dengan tepung then terus masuk kuali.
7. Ulang proses sehingga habis semua sotong tadi.
8. Balik-balikkan sotong supaya tak hangus.
9. Sotong goreng tepung siap untuk dingapppp...

Sekian adanya....

CikSally

Thursday, March 26, 2015

Gulai Lemak Ikan Gelama Belimbing Buluh

~ Assalamualaikum ~

Semua resepi yang CS masukkan dalam blog ni adalah resepi kegemaran daku. Ni semua taste mak2 je...yang pasti lauk mak2 ni kalau makan memang tak hengat donia, mau bertambah-tambah, tengok...cakap pun dah macam mak..mak kan. Ni pun kegemaran bapak-bapak, ermmm apa je yang 'dia' tak gemar ye, sememangnya taste 'dia' adalah taste kampungan...kemelayuan hihihi, western2 ni memang tidak dipandang....ok la tu senang sikit CS nak jaga memandangkan kepakaran CS dalam masak memasak lauk....puiiii la sangat bila bab memuji diri sendiri kekeke.

Ni masak time cuti hujung minggu ari tu, time cuti lah sedap masak2, makan2, jalan2...lagi sedap kalo boleh tidur2, golek2 atas katil sambil menyelak buku 2...3 mukasurat, pas 2...3...page, ngantok pon sudah mariiii...ehmmm lupakan aje la bab golek2 tu



ikan gelama + ikan tenggiri = nak banyak ikan



Kita terus aje ye dengan resepinya.....zassss

Bahan-bahannya :

1. 5 ekor Ikan Gelama Mak iloi2
2. 5 tangkai cili kering *
3. 1 biji bawang besar *
4. 2-3 ulas bawang putih *
5. 3/4 inci halia *
6. 1 inci kunyit hidup
8. 2 batang serai diketuk ketampi
9. 10 biji belimbing buluh (mintak rumah kawan atau jiran ye)
10. Garam secukup rasa
11. 4 mata asam jawa...dicampak sahaja ke dalam
12. Santan dari 1 biji kelapa

Cara memasaknya :

1. Blender bahan bertanda *
2. Masukkan ikan dalam periuk, tuangkan bahan yang telah dikisar dan masukkan serai.
3. Masukkan santan, kacau dengan api sederhana perlahan, masukkan belimbing
4. Rasakan secukupnya...masin dan masam
5. Kacau selalu agar santan tidak pecah...nanti kuah tak cun pulak.
6. Kepekatan ikut suka masing2, disarankan sederhana pekat, tak mau cair sangat.
7. Setelah mendidih beberapa ketika, ikan pon telah masak ranum, sila padamkan api
8. Makanlah dengan nasi panas dan dengan rakusnya.

Selamat mencuba :)

Sekian adanya....

CikSally



Thursday, March 19, 2015

Daging Masak Kicap Kangkar Hill

~ Assalamualaikum ~

Nampaknya dapur CS masih berasap lagi....syabas betey, tepuk sket tangan untuk mama ni hadif :) dan harap akan terus berasap selamanya sehingga ke titisan darah terakhir. Hari ni CS nak tunjuk resepi Daging Masak Kicap Kangkar Hill. Rata-rata resepi dalam ni boleh dikatakan makanan kegemaran seisi keluarga lah. Resepi dari mak semestinya. Tak ada mak maka tiada lah resepi ini, dulu mak masak untuk kita, sekarang bila mak dah tak boleh masak, kita cubalah masak untuk dia. Nampak gaya dah tak dapat merasa air tangan mak lagi...sob...sob...sob

Buang segala kesedihan, jom kita layan gambar dan resepi dari CS...ala u oll xde lah special mana, daging masak kicap je pon.


Tumissss
kentang goreng, sebelum masuk dah ngap...ngap separuh


Daging rebus
penyedap dan hiasan

berasapppppp
tengok pun da selerakan, kalau makan wallaaa

 Bahan-bahannya :
1. 1/2 kg daging, potong dan rebus sehingga empuk
2. 2 biji kentang, potong bulat dan goreng
3. 1 labu bawang besar *
4. 3-4 ulas bawang putih *
5. 1/2 - 1 inci halia *
6. 1 sudu makan jintan manis *
7. 2 batang cili hijau      } hiasan
8. 1 labu bawang besar } hiasan
9. Kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga untuk menumis
10. Minyak masak
11. Kicap Jalen lemak manis...Pilihan saya
12. Sedikit air asam jawa, kalau nak ganti dengan sos tomato pon boleh

kisar semua bahan bertanda *

Cara memasaknya :
1. Rebus daging sehingga empuk dan terdapat sedikit air rebusan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis dan kemudian bahan kisar.
3. Tumis sehingga garing dan naik bau.
4. Masukkan daging yang direbus tadi.
5. Tambah kicap mengikut kesukaan puan2, rasakan, tambah sedikit air asam.
6. Masukkan Lada Hijau, Bawang hiris dan kentang goreng tadi.
7. Gaul rata, rasakan dan biarkan mendidih sebentar.
8. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang. 

Garam boleh dimasukkan sedikit masa merebus.

CS punya resepi, x hias kat bekas cantik, dalam kuali juga kita tangkap gambar, baru real gitu :) Dis is Kangkar Hill...hihihi hokey selamat mencuba, moga dapat memberi manfaat pada readers.

Sekian adanya...

CikSally









Thursday, March 12, 2015

Asam Pedas Ikan Mayong Kangkar Hill

~ Assalamualaikum ~

Musim menulis blog bab resepi-resepi gaknya, layan kan aje selagi mood tengah ada ni, kalo esok lusa dapur tak berasap, blog ni pon tak berasap juga la jawabnya.

Asam Pedas Ikan Mayong Kangkar Hill, Asam pedas ni bukan makanan kegemaran seisi keluarga tapi seisi Johor...Melaka kot

Asam pedas Melaka Vs Johor tak sama dari segi bahan dan rasanya, masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

Walau bagaimana pun, JDT mariiiiii....kompem sedap asam pedasnya...ecececeh :)


Ni resepi istimewa Asam Pedas Ikan Mayong Kangkar Hill. Kalau pergi pasar malam or pasar ikan tanya Mayong Jana...pasti isinya lembut. Dulu mak ada ajar camana nak kenal Mayong Jana ni tapi dasar pompuan tak prihatin, aku biarkan je tips tu berlalu pergi...sekarang harapkan orang yang jual tu la bagi tau, kalo dia tipu tak ber jana lah kita. Nanti tanya mak balik dan save terus dalam kepala, tu pun kalau memori belum full lagi takut not enough space je kan...ngehngehngeh teringat zaman guna disket dulu. Tetibe.

Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. Kalau orang dah biasa masak, agak-agak je bahannya. Ni nak kata diri sendiri dah biasa masak letttew. Malu saya. Yang ukuran-ukuran tu just guide je, tak payah lah amik pembaris nak ukur kunyit bagai...nak ukur pon tak salah juga, asal korang bahagia sudah.



Bahan-bahan :
1. 5 keping Ikan Mayong (sukati lah nak berapa banyak) - perapkan ngan air + asam jawa + 
    tepung gandum (hilangkan bau katanya) lbh kurang stgh jam, pastu cuci bersih.
2. 5 sudu besar dan penuh cili kering yang dah dikisar
3. 1 biji Bawang merah - aku guna bawang besar..senang gitu *
4. 5-6 ulas bawang putih *
5. 1.5 inci kunyit hidup *
6. 3/4 inci halia  *
7. Seikat Daun kesum (50 sen di pasar malam @ pasar lambak)
8. Segenggam asam jawa...asam bugis tak nak ye nanti pahit
9. Minyak secukupnya untuk menumis
10. Sedikit belacan (akak x guna pon)
11. Sedikit Serbuk perasa (bagi yang berminat menggunakannya..kalo banyak maknanya x
     pandai masak tu)

* kisar semuanya....bahan wajib ni, tak boleh derhaka.
* Masa mengisar CS masukkan sikit daun kesum n lada hitam....sikit je

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan lada sehingga garing bukan hangus.
2. Masukkan air lebihan bahan kisar tadi, sikit je, kacau lagi bagi garing.
3. Masukkan ikan, gaul rata, masukkan air asam jawa secukupnya. Ni kena skill masing-
    masing dari segi rasa dan rupa. Jangan masukkan banyak terus dan pastikan sedikit demi 
    sedikit agar dapat kepekatan yang diidamkan.
4. Masukkan daun kesum.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan sehingga isi ikan masak ranum.
6. Rasakan garam, asam semua mencukupi dan mengujakan si pemakan dan pemasak.
7. Tutup api dan hidangkan.
8. Sesuai dihidangkan dengan nasi panas + telur dadar + ulam-ulaman (ni kes malas masak 
    sayur)

Sekian...selamat mencuba, orang kata sayangkan suami masak-masakkan...sayang kan isteri beli-belikan lauk siap, tak gitu?? huahahaha

Sekian adanya...


CikSally



 


Monday, March 9, 2015

Tempe Masak Lemak Special

~ Assalamualaikum ~

Hari ni Mak Sally nak bagi satu resepi yang cukup istimewa bagi penggemar2 tempe...almaklumlah kat Johor kan ramai Jowo...so tempe dan nasi tu memang tak boleh dipisahkan. Mak aku kata makan tempe bagus...nanti pandai *tanpa merujuk pada mana2 kajian ye* kekeke.

Ok resepi ni namanya Tempe Masak Lemak Special. Sama je macam kuah lemak lain cuma cara masak dia ada sedikit beza dan family CS memang suka masak gaya ni. Encik suami pon suka lah sangat kalau aku masak tempe gini...aritu dia dah menuntut ilmu, nak masak nanti katanya...yo larrr...makan berpada pada nanti kena gout pulak.

Kata mak lagi resepi ni dapat dari makcik keturunan arab yang sekampung ngan dia...ko tengok...orang arab pon makan tempe tau.....hehehe

Ok jom kita zasssss aje..

Bahan-bahan :
1. 10 keping tempe (sikit2 mana cukup)
2. 6 batang lada hijau
3. 1 biji bawang besar yang betul2 besar (sebab nak dapat banyak)
4. Segenggam ikan bilis
5. Santan pekat dari sebiji kelapa
6. 2-3 keping asam gelugur (tengok saiz)
7. Garam secukupnya
8. Minyak secukupnya
9. Kunyit serbuk

Cara memasaknya :

1.Panaskan minyak, kemudian masukkan ikan bilis, goreng sedikit garing, masukkan tempe yang dah digaul dengan garam dan kunyit, balik2 kan goreng hingga masak kekuningan.

ikan bilis + tempe digoreng

2. Masukkan lada dan bawang besar

potong bawang n lada rupa gini

campurkan gaul sekejap
3. Masukkan santan...masukkan asam keping


semua bahan akan bemesra dalam kuali

4. Kacau rata, rasa kan secukupnya dan ikut kepekatan yang korang mahu....tadaaaa dah siap pun

Inilah rupanya
5. Sekian. Selamat mencuba. Senang...cepat dan lazat. Cubalah.

Sekian adanya....


CikSally