Sunday, October 26, 2014

JDT KE FINAL PIALA MALAYSIA

~ Assalamualaikum ~

Semalam tengok semi final JDT vs Felda United. Walaupun kedudukan agregat masa tu menyebelahi Felda United namun akhirnya JDT layak ke final dengan agregat 6-5, harus lah kena menang, ko lawan kelab je tu derrr malu wei kalau kalah.....jumpa sape? jumpa pahang bohhh.



Mutu pengadilan nampak masih lemah dengan beberapa insiden yang berlaku kat padang. Nampak gaya sket lagi mau gaduh tu ish...ish...ish, x mo..x mo gaduh. Tapi tu lar, aku tengok ada mamat negro dr felda united tu cam ganazzz siotttt, Diaz asyik jadi mangsa je, orang sabar pon ilang sabar camni kan....

diaz

mamat atas + mamat bawah memang mantap....chemistry bagus

 Bak kata en. somi, main bola kena kuat mental, dalam padang...luar padang, provokasi memang berlaku. Pada CS pulak jadi penyokong sesebuah pasukan pon kena mental kuat, apa taknya u oll provokasi di mana-mana, social media sekarang ni kan, macam2, dalam fb kena kutuk beb, grup whatsapp lagi macam2, wechat pon ada...adoiiiiaiiii lebih baik diam n jangan tambah kepanasan, yang nak tengok kita marah, bengang ada di mana2.

CS pernah block friend mamat Kelantan ni gara2 hari2 dia tag CS kutuk2 pasukan JDT n bakar2 CS, aku cakap ngan dia aku ni tgk bola suka2, x payah lah tag aku macam2, ehhhh hari2 gak dia tag u oll, bukan sekali sehari tap sehari berkali-kali....ermmm dari aku gaduh kan baik aku block je, aman donia dah hehehe, malas lah kita nak serabut2 kan pala, nak enjoy2 je :)

Psssssstttttt mulot jantan2 kat dunia ni lagi teruk kan, dulu2 org kata mulut perempuan tapi CS tengok zaman media sosial ni, kaum adam boleh tahan gak mulutnya. Sana sini kutuk orang....ko dah pehal CS kutuk2 orang....hehehe mintak ampun *angkat tangan dua*

Kali ni mak tengok bola sopan2 gitu....bila mak jerit jer Hadif nangis, terperanjat katanya, bila hadif nangis je mak jerit...ermmm sian lak tengok anak mama asik tepanjat boboi je kan, last2 mak kontrol suara je laaaa...sopan gitu kan....hadif....hadif... tak sporting betol tau.

mama...jangan jerit, tanjat sy.....nangis ngada2 anak mama tu
Orait lah, jumpa di final, hope JDT boleh menang, bukan apa....mana tau dapat cuti sehari dua ke...korang x suka ke cuti2 ni...jangan tipu arrr bajet baik nak g kerja je hehe

Sekian ada nya....

CikSally


Tuesday, October 14, 2014

Pengalaman Bersalin ~ Kisah aku n Hadif

~ Assalamualaikum ~


14.10.2014

apa tengok-tengok HEHE


Hari ni Muhammad Saiful Hadif dah 6 bulan, dah boleh makan katanya....yihaaaa. Hari tu dah beli blender baru, buah epal, carrot, buah pear, buah durian kengkonon nak buat pelbagai macam bubur n puree lah u oll...ermmm mama hadif ni boleh tahan gak rajinnya....rajin lah sangat. last2 hadif makan cerelac beras susu je...uishhhh no...no..no kena variasikan makanan baby, kata kau dah tak sabar nak bagi makan CS weiii.....Ermmm rasa macam nak throwback 14.04.14 *momen indah + mimpi ngeri* kekeke

Aku harus tulis berdikit dikit, nak mengingatkan kembali momen itu...maklum lah sel2 otak dah x berapa nak berhubung skang ni.;p

12.04.2014

Tarikh ni, aku di arah untuk melaporkan diri di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Johor. Biasalah kalo pregnant time usia2 emas ni kan...emas ke??? lum lagi kot, 39 tahun je pun.. macam2 lah komplikasi, yang ringan2 je bukan yang berat2 pun. Kira aku masuk awal 2 minggu lah, dijangka bersalin pada 28.4.2014. Maka aku kena paksa or induce w.p aku pernah tanya doc if scan baby tak besar boleh tak nak tunggu je sampai 28hb tu. Doc sgt prihatin ngan aku makanya dia x bagi aku gatal2 nak tunggu lagi 2 minggu. Doktor suruh masuk sbb aku ada amik insulin masa pregnant coz gula naik tapi pada aku masih terkawal lagi, doc kata takut baby besar...ermmm ye kan aje lah, kita pon x ada pengalaman kan.

Petang baru en. somi hantar, time ni aku rasa menanti saat nak dijatuhkan hukuman gantung je gamaknya...ober tak u oll perumpamaan i tu hehehe. Duduk lah i bersantai santai dalam wad 14 tu sepanjang malam

13.04.2014



ini pict peberet mama....baby hadif

Pukul 6.00 am, aku dah dikejutkan untuk masuk ke dalam bilik rawatan sebab sejenis ubat bernama prostin nak dimasukkan...betapa dedikasinya diorang ni kan, kul 6 pagi dah nak wat keja...fuhhhh seksanya rasa. pas masuk ubat nak bagi dia bertindakbalas ngan baik 1 jam tak boleh bangun, kena baring je...lepas 6 jam doc panggil lagi nak cek bukaan...dah berapa cm, masa ni doc masukkan ubat lagi ulang proses balik, sehari boleh max masuk 3 kali kalau x silap CS....after 6 hours kena panggil lagi cek bukaan...wei best sgt ye rasa time cek bukaan tu..hazab okey.

Masa tu pukul 9.30 malam, doc kata ok da 3 cm ni boleh masuk labour room...CS pun balik semula kekatil, kol en. somi suh datang, kemas2 barang yang nak dibawa, makan roti sebuku dua atas nasihat kengkawan sebilik....rasa cam gabra tp wat rileks sambil makan2 ketawa2 sampai adik katil sebelah yang anak 4 tu cakap akak nampak ok je....mesti lah ok sbb tak tau apa rasanya orang beranak kan, lagi pon masa tu belum lah sakit sangat huhu

Tepat 10.00 malam aku disorong oleh misi ke labour room, adik misi tu cakap akk ni baru 3 cm nape doc suh masuk awal sangat, kat sana tu dah penuh orang nak beranak, CS cakap awak cakap lah ngan doc, anta sy jap2 lagi x boleh ke, misiku kuza pon berkira kira...ermmm x boleh kak, dia doc yang incharge malam ni so apa arahan dia kena ikut lah...ok..kalo gitu anta je la dik...aku pon disorong ke bilik tali gantung ooppppsss ke labour room, kelihatannya wiken tu memang ramai orang yang bersalin, misiku kuza n doc2 pun sbuk terlari sana sini....

So malam ni tidur la kita di bilik kecil ni, xde makna lah nak tidur kan, en somi pon dah ada kat luar...sian dia..tunggu dari 10.30 malam sampai kul 2 petang esoknya. CS bajet2 kul 3 pagi kot beranak...macam2 wayar lah di pasang, mula2 cam ok jer...camni je ke sakitnya, ooo kalau camni aku ok kot hahaha....dah masuk kul 3 sampai lah ke esok pagi nya sakit da start bertambah...ooo camni ke sakitnya, kalau camni cam tak ok kot hahaha. CS rasa malam itu adalah satu malam yang sangaaaatttttt panjang. ITU LAH PENGORBANAN SEORANG IBU, MENITIK AIR MATA JAP huhuhu.

14.04.2014

haiii doniaaa

Beberapa kali juga lah CS panggil sesapa je misi yang lalu, bagi tau dah rasa nak terkeluar ni, tetap suruh aku tahan dan mengiring, belum time katanya.

Pukul 9.20 pagi, sorang doc pompuan yang baik hati tanya suami ada ke kat luar, aku jawab ada, harap2 dia ada lah kat luar tu bukan g ngeteh pulak kan, doc tu kata nanti saya suh suami awak masuk kejap, boleh tu w.p awak x ikut program, masuk jap pe salahnya....sib baik dia ada kat luar, alahai sedihnya n sayunya bertambah tambah bila nmpak muka en. somi...sebelum tu doc kata mintak maap ngan suami kalo ada pape ke....maap???? takde...takde...aku rasa takde dosa ngan dia, kalo ada pun mesti dia dah maap kan punya kan heehehe

Pukul 10.15pagi pertarungan yang sebenar bermula, masa tu semua dah ready, doc, nurse, pom pom girl semua ada kat sebelah, hadif ni betul2 bertuah punya anak, bila orang dah dok tunggu suh teran boleh aku x rasa gesanya dah...ermmm tenaga pon dah x berapa nak ada, tarik nafas pon dah x boleh last2 vakum lah juga....kena teran gak...memang teknik2 meneran aku x betul n aku memang x ada pengalaman beranakkan...

Akhirnya...jam 10.38 pagi 14.04.14 keluar lah budak tenit ni, dengan berat 2.9kg dan panjang 43cm sahaja, cam caya tak caya je tengok, x dapat tgk lama pon misi dah bawak untuk dibersihkan...baby CS kena hantar wad dulu sbb ada amik insulin kan so akan dipantau 24 jam, pas dah dibersihkan dapat lah pegang jap, alahai bulatnya muka awak sayangggg, macam muka mama lah...hehehe dengan mata dia yang terbuka tu...mmuahhh mmuahh mmuahhh

Aku rasa aku orang terakhir yang beranak sbb dekat luar pagi tu keadaan dah kembali tenang. Aku terhutang budi ngan sorang adik misi ni, dia lah mengurut aku n bagi semangat kat aku, last2 lepas habis jahit oleh 2 orang doc, part ni nasib ok x lama pun dalam setengah jam je, sakit pon sket2 je... aku dok borak ngan adik misi ni...dia bg tips, cerita pasal pengalaman dia sambil makan. Lapar tapi x selera pun. Duduk lah di labour room sampai pukul 2.00 petang. Ada doc datang lagi cek n bersihkan jahitan, ermmm ingat da settle.

CS kesal sikit bila en somi x sempat mengazankan...dia dok je tunggu orang panggil dia tapi rupanya baby dah di antar terus. CS yang kat dalam ni bajet dia dah azan kan...bila keluar petang tu tanya dia kata dia duk tunggu tapi orang x panggil, dia pon x tau CS da bersalin ke belum. Petang tu juga CS suh dia pegi azankan cepat2....apa daaa sian baby.

Malam tu tidur tanpa baby...dalam mamai2 tu ingat je anak ni, sian anak aku, sape lah nak peluk dia nanti huhu tp CS tidur gak lah, gila u oll x nak tidur, dah semalaman x tidur. Masa sampai wad tu semua kata lamanya...ingat dah belayar (maksudnya masuk OT) mula2 aku ingat belayar tu dah mati...dalam hati cakap kuang ajor juga diorang ni kan ingat aku dah mati hehehe.

Million thanks to kengkawan, Misi, Doc HPSF yang memang superb terbaekkk. Alhamdulillah.

Sekian adanya....

CikSally

Notakaki : entri yang panjang ni CS tulis 2 hari waktu rehat ye...bukan time kerja. 






Sunday, September 21, 2014

KASWI sedap...lazat...mudah

~ Assalamualaikum ~

Dah 2 kali wat kaswi ni, kueh peberet i, citarasa orang tua kan hehehe. Dulu pernah buat tapi tak jadi, sekarang takde masalah lagi. Lagi bagus korang kena tunggu sejuk betul atau makan esok paginya, baru lah cantik tekstur nya. Sebab tu dolu2 mak kita buat kuih tradisional malam-malam, untuk sarapan....pagi potong cantik daa...

tak sempat tunggu esok ye....

Tu lah, dah buat sekali nak buat lagi dan lagi. Tapi takkan asik nak wat kaswi je kan....marah kang orang2 sekeliling aku hehe 

Mak CS pon suka sangat tapi kena catu dah tak boleh makan banyak manis2....sian dia siap mintak2 macam budak kecik lagi....hai lah mak, kalo tak sakit makan lah berapa banyak pun nak, la ni kena pantang sket :)

Resepi ni amik dari blog aziekitchen SINI...sila lah cuba memang mengancam abesssss bagi penggemar tegar KASWI cam aku :)

Sekian adanya.....

CikSally

Thursday, September 18, 2014

Budaya Membaca...10 minit sehari

~ Assalamualaikum ~



Hari ini terbaca satu artikel yang menyatakan budaya membaca di negara maju semakin lenyap disebabkan 'TOKSIK' dan ia semakin berjangkit ke negara-negara membangun.Seperti di UK, 25% generasi muda mula menjauhi diri dari membaca buku.

Apa itu toksik??? hokey straight 2 the point yang toksik ini adalah Kemajuan Teknologi Peranti Moden.yang didapati paling berpengaruh seperti peralatan permainan komputer,  iPod, webcam, GPS,  Tablet spt iPad, kamera digital, TV berbayar dan yang palin dekat dihati orang sekarang adalah telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi.

Pendekatan yang telah diambil oleh Barat  untuk memastikan minat membaca ini berterusan ialah MENGGALAKKAN KANAK-KANAK MEMBACA TERUTAMANYA BUKU CERITA SELAMA 10 MINIT SEHARI....10 MINIT JE OKEYYY ADIK-ADIK, ANAK-ANAK.

Tips lain yang boleh diambil untuk memupuk minat membaca :
1. Wujudkan mini library di rumah anda dengan buku2 kegemaran anak-anak
2. Selerakkan pelbagai jenis buku di depan anak seawal usia bayi lagi.
3. Bila pergi shopping, jangan lupa singgah kedai buku...diulang kedai buku ye bukan kedai tudung
4. Biasakan memberi hadiah buku pada hari tertentu selain dari henpon.
5. Mak bapak kena pegang buku la jugak nak tunjukkan contoh pada anak-anak. kalau mak bapak pon sama dok menekan je mana nak dapat kan hehehe

So korang...bila lagi nak start, silalah praktikkan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum rebung bertukar jadi akar kuikuikui....Balik kang harus mama selerak kan buku depan hadif.....10 minit je anak, kita baca buku ye :) xoxo hadif ketat-ketat

Sekian adanya....

CikSally

Thursday, August 28, 2014

Biar Gambar Berbicara

~ Assalamualaikum ~

Ni N3 semalam patutnya wordless wednesday kata kau...tapi xpe lah. Hari ni adalah hari yang serba tak kena pada CS...da siap awal ni, tup..tup nak bukak pintu tgk kunci x ada, rupanya kunci dah tinggal itu dalam kereta,,,semalam telah menggunakan kunci en. somi...fuhhhhhh peluh-peluh tenguk kereta kat luar, caner aku nak panjangkan tangan ni, sib baik en. somi kol kan sorang kawan yang tinggal berdekatan, mujur gate luar dia tak kunci tadi kalau tak haruslah dia kena balik semula. Ok kes settle.

Dah lambat bertambah lambat, sampai Tangkak jalan tutup pasal merdeka ni kot, dah kena masuk jalan lain, hujan lagi, memang sinonim ngan jem lah, sabar je lah. Akhirnya selamat gak aku sampai, confirm merahhhh huhuhu

Baru nak masuk tajuk ni...Biarlah gambar berbicara, saje nak abadikan kat blog, sok2 buleh bukak tengok budak kenit ni :)

saya da meniarap tau...hehe

hadif merenung masa depan yang gemilang....

jelir lidah..hadif & ayah

saya suke tau..kat kdai henpon...macam mickey la awak

CS Jr katanya....

CS tak tau nape masuk banyak kali pun gambar ni x nak tegak....betul2 berbicara gambar ni yer...

Sekian adanya....

CikSally

Sunday, August 24, 2014

Banyak Kesah...Kesah Merapu

~ Assalamualaikum ~

Hadif

Pertama sekali mestilah aku nak stori pasal Hadif....Yehaaaa...Hadif dah meniarap ketika usia 4 bulan 8 hari pada 22 Ogos 2014. Masa orang tengah sibuk berkabung tu lah dia sibuk praktis nak meniarap. Mula-mula siap menjerit-jerit n nangis2 sampai muntah2 hahaha, ye la badan hadif kan chubby2 gitu, tu yang berat sket, sekarang da ok, pantang letak je da terbalik....usaha tangga kejayaan ye anakkkkk. Alhamdulillah sebab dia meniarap ikut time n sebelum usia 5 bulan, mama proud of u sayanggggg....over la mama ni.....porrraaahhhh.

Akak Cleaner

Kadang-kadang aku fedap lak tengok akk cleaner baru ni. yesss dia rajin memang bagus tapi hari2 ada jer idea dia yang nak sumbatkan barang kat stor dan mengadu itu ini sampai buat aku rasa nak meradang...itu pun nak meradang ke CS pun hahaha....bila dia da stat panggil puan je aku dah macam ahhhh apa lagi ni...akak ooo akak. Bila kita suh buat sesuatu ada je jawabnya macam2....apa2 pun nora kasi 4 bintanggggg...ooopssss :)


Rumah Baru

Dah seminggu CS berpindah rumah bila mak sakit n sekarang buat masa ni duduk d KL...so far ok lah rumah tak besar sangat, senang urus n kurang rasa takut berbanding ngan rumah mak di Sungai Mati....Bukan aku nak tinggalkan mak tapi hasrat hati ni kalau mak balik sini, aku bawak dia tinggal ngan aku, toilet dekat, kereta pun masuk parking sampai depan pintu, semua ni aku rasa memudahkan mak yang tak berapa boleh jalan tu....bila lah mak nak baik macam dulu, kalau tak kerja dah lama aku bawak mak balik sini. woitttt ni cerita pasal mak ke pasal rumah baru. Rumah aku simple je, belum siap hias sepenuhnya, buat sket2 lama2 jadi bukit hahaha. Banyak gak lah aku curik pinggan mangkuk dari rumah mak, pinjam jap katanya, mak kata amik lahhhhh :)


Raya

Tahun ni tak berapa nak raya sangat, kitorang beraya 3 hari pertama je, tak macam dulu sebabnya mak tak sihat, cuma raya rumah adik beradik dan rumah ipar duai, semangatkan diri je raya ngan hadif untuk pertama kali, mungkin raya haji mak dah ok sket kot, inshaallah, doa kami adik beradik tak pernah jemu selain usaha berterusan.


Jutawan

Macam biasa gak impian aku nak jadi jooootawan tak pernah padam, sekadar impian je CS kalau xde usaha mana kan tercapai. Siapa kata aku tak ada usaha cuma mungkin belum diredhoi Allah...Ye lah Allah kan pencipta kita so dia tau apa terbaekk untuk aku, mungkin aku ni kalau kaya berlagak nak mampos kot kekeke tapi rasanya aku ni berhati baik lagi mulia....korang tak percaya ke??? Percayalah......

Ok lah sekadar merapu kosong seadanya.....

CikSally





Tuesday, August 19, 2014

Menjenguk Sekejap

~ Assalamualaikum ~

Haiii lama tak berblog ye...tak sempat uoll. Ni CS menjenguk sekejap supaya tak lupa password nanti kekeke.

Rasanya masih dalam mood raya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada kengkawan semua...ada ke???? Maaf Zahir Batin...0-0 seperti yang dicanangkan kat TV tu kan. Jemput la datang rumah sesape yg sudi, open house x ada tapi kalau orang datang CS open la door tu...jgn risau, kita makan kuih raya yang masih berbaki tu.

Sila lah menjamu mata gambar raya yang tak seberapanya ini

raya pertama bersama sayangku

kembar hadif

me n bella

ramai lagi patutnya...


Sekian adanya...

CikSally

Monday, May 26, 2014

Jumpa kembali

~ Assalamualaikum ~

Lama tak update, sibuk la katanyerrr. Nak tulis apa pun tak tahu da...entri ni sebagai pembuka bicara untuk CS bergiat aktif semula...walaupun ko ada ke tak ada ke tak ada sape yang kesah CS hoiiii....hehehe tapi aku yang kesah sebenarnya :)

Antara penyebab CS hilang sekejap adalah disebab kan ke bizian yang melampau dengan tugas2 yang telah diamanahkan. Antaranya :
1. Bersalin
2. Berpantang *memang pantang berblog2 ni*
3. Menguruskan perlawanan pasukan JDT *menyemak jadual perlawanan je pun*
4. Menguruskan pasukan Piala Thomas *~sda~
5. Membaca novel Ya Maulana yang beratus2 mukasurat tu *sehingga n3 ini ditulis pun belum khatam lagi*

6. Paling bz jaga baby tecit ni lah *comelnya...cutenya...geramnya* berani nak kata ank sendiri tak comel huahahaha.

MS Hadif....ala2 nama glamer Ramli MS la ni ;)

sayanggggg mama
 Ok lah derrr....sibuk ni, pergi dulu yer. u oll take care. Wassalam

Sekian ada nya......

CikSally

Thursday, March 13, 2014

Bank Rakyat Umum Dividen 2014

~ Assalamualaikum ~

Baru tadi tertanya-tanya dengan member, kenapa Bank Rakyat tak umumkan lagi dividen untuk tahun 2014 ni. Dah bulan Mac pun, Member CS cakap tengah fikir nak bagi 20 % tu. Sebelum ni kan 18 %. Ermmm bagus gak kalau betul, then CS kata ke nak turunkan persen....hehehehe

Anggapanku benar belaka. Hari ini Bank Rakyat telah mengumumkan dividen sebanyak 15 % kepada 950 000 ahlinya. Huhuhu sedeynya, apakah???? tapi Alhamdulillah. Dapat lah menampung sket2 diriku yang nak pindah rumah baru, yang nak dapat orang baru... yang dah tentu nak guna banyak duit.

Kepada 950 000 ahlinya tu, nanti kita cek yer sesama....kita enjoyyyyyy :)

Sekian ada nya.....

CikSally


Monday, February 24, 2014

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

~ Assalamualaikum ~

Keadaan sekarang ni memang sesuai sangat lah kita ambil Performance Drink Shaklee

Performence Drink Shaklee
Bilakah masa yang sesuai untuk kita ambil Performance Drink?
  • Ketika cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • Badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • Beriadah seperti main futsal, bersukan dan lain-lain lagi.
Golongan apakah yang sesuai mengambil Performance Drink?
  • Mereka yang aktif bersukan .
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  • Mereka yang menghidap gout.
  • Ibu yang menyusukan anak bagi mengelakkan kekurangan bendalir dalam badan.
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  • Mereka yang kurang minum air.
  • Mereka yang kerap sakit kepala.
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  • Kanak-kanak yang demam.
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)
Kalau bulan puasa, minuman ini lah sangat sesuai untuk diambil :)

Sekian adanya......

CikSally

Sunday, February 9, 2014

Kulit Cantik...Sihat Dan Gebu

~ Assalamualaikum ~

Just nak share info yang dapat dari Ceramah pada 8 Febuari 2014

Untuk kesihatan kulit yang cantik sihat dan gebu....apa yang badan kita perlukan adalah :

1. Vitamin C
Sangat penting dalam pembentukan kolagen, kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.


 2. Vitamin E
Terkenal sebagai Vitamin awet muda - melambatkan proses penuaan. Membantu keseimbangan hormon mengawal kadar minyak dalam liang kulit membantu mengurangkan kesan jeragat, membantu masalah kulit yang berminyak dan membantu menghilangkan parut.



3. B Complex ( B for Beauty)
Menjaga kesihatan kulit dari dalam. Penting dalam kestabilan hormon. Kekurangan B Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan sewaktu dengannya. Bila hormon dalam keadaan tidak stabil, jerawat akan mudah terhasil. ia juga dapat membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Seseorang yang kerap berada di bawah terik matahari sangat memerlukan B Complex.
 


 4. Energizing Soy Protein (ESP)
Pengambilan ESP bersama-sama dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee amat disarankan untuk memberikan kesan yang optimum. ESP adalah sumber protein yang terbaik dan untuk dapatkan kulit yang cantik, kita perlu mendapatkan makanan dari sumber protein yang baik. Protein adalah makanan asas kepada sel-sel badan. Jadi apabila sel-sel ini sihat, penyerapan zat dan nutrien akan menjadi lebih mudah. Protein sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Kulit akan menjadi kusam dan tompokan hitam pada kulit akibat jerawat akan menjadi sangat sukar dihilangkan jika kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru untuk menggantikan sel kulit mati.


CikSally rasa sekian sahaja info untuk kali ini...Selamat membaca ye kengkawan :)

Untuk dapatkan produk #Shaklee pada harga istimewa, sila contact CikSally laju2

Sekian adanya....







CikSally

Thursday, February 6, 2014

1001 KHASIAT ESP #SHAKLEE

~ Assalamualaikum ~
 
Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
 .
ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda. . Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
 
Sebab itu, ESP Shaklee sentiasa menjadi produk yang HOT ITEM!!!! 1001 khasiat tu kan....
Nape??? Tak percaya ke???? Orait...nak lagi info jom scrolllllll bawah
 
1 ESP ni boleh tahan sehingga 2 bulan dengan harga berpatutan 
Boleh wat masker lagi...yang ni memang terbaekkk,

ESP boleh ditry berbagai cara untuk selera anda, tapi sy minum plain aje pun da sedap

KEBAIKAN ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
Harga pasaran adalah RM150.00 TAPI untuk harga menarekkkk kebabommmm boleh contact CikSally seperti dibawah.

Friday, January 3, 2014

Testimoni Vitalea Shaklee

~ Assalamualaikum ~

Ni adalah stori testimoni dari CS sendiri

Masa pregnant 16 weeks, HB CS adalah sangat bagus 12.9. Okey doc kata kekalkan bacaan ini. 
Bila kandungan makin besar HB turun ke 11 ---> 10.6 ---> 10.0 (dalam tempoh setiap 2 minggu) :(
Yang ni memang dah merah n dah kena warning dengan nurse
Masa tu CS consume Iberet Folic coz kata doc ini bagussss.

CS x kuasa dah nak tgk bacaan HB tu turun dan turun lagi...alamak 2 minggu lagi kena datang cek HB
Masa tu CS wat tindakan drastik dan macam testing keberkesanan Vitalea seperti yang disebut2 orang dalam testimoni yg banyak CS baca.

STOP Iberet Folic
Gantikan dengan Vitalea
Makan B-Complex ada Folic Acid sekali
Yang lain-lain macam biasa
Vita-C
Ostematric
Omega Guard baru ambil bila kandungan dah masuk 23 weeks

Okeyyy after 2 weeks (31.12.2013) cam biasa
KK Sg. Mati aku pergi...
Jeng..jeng...jeng...HB CS naik ---> 10.8 dalam tempoh 2 weeks
Alhamdulillah
walau pun belum sampai 11 lagi
Baru 2 weeks kan...kita bg masa kayyy
Ini baru stage pertama...nak tgk lagi keberkesanan Vitalea ni kena tunggu 2 minggu lagi la...
Ada kah Vitalea ini mampu naikkan HB CS ke bacaan yang lebih bagus???
Kita tunggu :)


Kehebatan Vitalea


Sekian adanya....

CikSally