Wednesday, August 28, 2013

Cabaran Si Hijau

~ Assalamualaikum ~

Apakah cabaran si hijau itu?? Ok cabaran si hijau saya bermula hari ini, saat ini. CS ternampak ada sorang mamat share tentang cabaran si hijau dia n wife dia. Ermmm nampak menarek...Ini adalah berkonsepkan tabungan. Sebelum ni pun CS pernah menabung iaitu cabaran 50 sen. so skang nak up sket jadi RM 5.00 si hijau itu.....yg pasti walau apa pun jadi si hijau ini tidak boleh dikeluarkan sebelum sampai waktunya....erkkkk boleh kah daku....huhuhu. Yakin boleh CS...yeahhhhh

Tabung yg baru dibuat, lutsinar so dat u can see thru it...boleh nampak pertambahan si hijau haha

Sekian ada nya........


CikSally

Tuesday, August 13, 2013

Ketupat Sotong

~ Assalamualaikum ~

Semalam, Isnin 12.8.2013, masih bercuti raya. sementara ada kat rumah CS try lah satu resepi ni nama dia KETUPAT SOTONG @ SOTONG SUMBAT. makanan dari Pantai Timur ni, resepi dia CS telah olah sedikit agar kena dengan selera orang Johor...kalau yg ori tu kan manis sssangat kan :)

boleh lah cubaan pestime ni...x mengecewakan
Jom kita semak resepi

Bahan-bahan :
1. 10 ekor Sotong saiz besar
2. Pulut rendam 1 jam + garam sket
3. 1 Biji kelapa ambil santannya
4. 1 inci Lengkuas hiris2
5. Sedikit halba
6. Sedikit lada hitam
7. 1 mata asam jawa
8. 5 batang cili padi dihiris
9. Sedikit Gula Melaka / Merah

Cara Membuatnya :
1. Bersihkan sotong, ceraikan kepala dan badannya
2. Masukkan pulut 3/4 penuh
3. Masukkan kepala dan cucuk dengan batang lidi ke atau yang sewaktu dengannya untuk mencantumkan kepala dan badan sotong.
4. Susun di dalam periuk kesemuanya
5. Campakkan halba, cili, lada hitam dan masukkan santan, asam jawa, garam dan sedikit gula melaka, terpulang sesiapa yg suka manis boleh la ltak lebih.
6. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pulut masak, lebih kurang 30 minit
7. Ketupat sotong sedia untuk dingap

Kaler kurang menyengat disebabkan penggunaan Gula merah yang minimum, Orait selamat mencuba resepi dari CS....hehehe Selamat hari raya & MZB

sekian adanya....