Wednesday, June 5, 2013

MOTIVASI DIRI ~ MEMBINA HUBUNGAN

~ Assalamualaikum ~

Amboi kau sally...tajuk tak boleh blah, bajet Dr Muhaya lerr teww hahaha
 
CS belajar satu perkara, bukan perkara baru pun iaitu....buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat....betul tak??? Semester baru, pelajar baru, CS cuba positifkan minda iaitu pandangan CS pada student baru. Sebolehnya CS x nak fikir negatif dulu terhadap student baru ni, contoh ea yang biasa
1. Budak ni nanti mesti sepahkan buku
2. Habislah buku kena curi
3. Nanti mesti kurang ajar dengan kita
4.Masuk library nak dating je lah tu
5. Mesti x ikut peraturan, penat nanti nak tegur
6. dan lain-lain....

So kita kena ubah, ini kalilah...hehehe *bukan politik derrr*....belajar melihat kebaikan dulu sebelum kita nampak kejahatan yang belum tentu ada....yesss sedang mencuba...kerana bila kita dah mulakan dengan fikiran negatif, kita akan membunuh minat pelajar ni terhadap keminatan mereka untuk datang library....disebabkan persepsi awal negatif kita telah membawa kepada cara teguran yang tidak sepatutnya, x ke membunuh minat tu namanya kan :)

Azam CS semester ni nak pastikan kurang aduan dari pelajar berkaitan dengan library, so untuk permulaan bermacam macam nasihat, teguran n ingatan dah bagi pada staf tapi kadang2 sesuatu perkara tu berlaku di luar kawalan kita...kita dah buat sehabis baik namun manusia tetap manusia, bila emosi dah tak terkawal, apa pun tak boleh bak kata JAMBU...sy faham sbb sy pun manusia spt anda yang punya emosi, emosi pulak tu kdg2 stabil kdg x stabil...tu biasa :) tapi UBAH!!!! INI KALI LAH....X NAK LAIN KALI LAGI DAH

Pendekatan CS senang aje, kita jangan merumitkan benda-benda yang remeh, selagi perkara2 tu x membawa kemudaratan kepada manusia sejagat dan persekitaran, sekarang ni niat kita adalah nak ajak pengguna datang library, pinjam buku, baca buku...pendek kata nak mengimarahkan masjid library lah tp kalau benda2 remeh kita jadikan sulit maka sakit lah kan...kita dah bunuh keinginan dan keminatan orang untuk dating datang...sekali lagi nak tanya tuan2 dan puan2 pembaca yang dirahmati Allah... betul tak????

Sekarang ni...kita nak orang datang library gunakan perkhidmatan kita atau kita nak tegakkan peraturan yg macam2 yg kita ada tapi pengguna tak datang untuk menggunakan perkhidmatan kita......kita ada peraturan tapi kita x ada pengguna...pun x guna jugak...siapa yg nak ikut peraturan kita tu kalau kita x ada pengguna....kan??? Peraturan perlu ada supaya tidak berlaku sembrono dan sbg guide untuk lebih sistematik je tp bukan yang merumitkan, melecehkan dan macam2...asal orang happy dengan service kita tu dah ok...senang cerita ikut tagline CS ~rilek2 sudah~ hahahah

Apa2 pun senyum je lah dan bantu mana yang boleh....senyum memang ubat paling mujarab, merapatkan ukhwah, membina hubungan yang positif dan mengurangkan stress...kalau pestime jumpa ko senyum dengan orang, x kan dia nak pandang slek kat kita kan....mestilah dia lagi hormat, ni kalau pestime jumpa, pestime nak tegur kau dah jeling2 n cakap keras, memang muka mintak penyapu lah kan...hehehe...ermmm terlalu awal untuk persepsi negatif ini kan

Selain senyum, hormat orang tak kira kanak2, budak kecik apa lagi orang tua.... inshaallah kita akan dihormati, ingatan untuk diri ini juga...yeahhhh

Sekian ada nya........

2 comments:

Dunia familyku said...

wah cs ko da byk wat n3 smnjk 2 mnjak ni ek...

cik sally said...

nak dapat duit dari nuffnang hehe jgn mimpila kan