Thursday, June 20, 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Pada 1 Julai

~ Assalamulaikum ~

Seperti yang dijanjikan sebelum PRU 13, dalam BH hari ini ada menyatakan pengesahan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji tahunan tambahan pada 1 Julai 2013, maknanya untuk tahun 2013, kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah sebanyak 2 kali....anda suka????

Untuk mengesahkan lagi, jom kita baca keratan akhbar dibawah ni...jom...

nampak tak cuepacs dah bg warning, jgn naikkan harga barang okeyyy...kalau x..xde makna lah kan

Sekian adanya....

CikSally

Tuesday, June 18, 2013

Jeragat ~ Vogue Cream Alia Dania

~ Assalamualaikum ~

CS nak tunjuk 1 barang....orait krim ini adalah keluaran khas Alia Dania untuk masalah jeragat 


inilah Vogue Cream yang sy maksudkan
Seriously, CS x kan jual produk yang CS x guna or x nampak lagi keberkesanannya, so sekarang CS sedang jadikan kakak CS sebagai testimoni sebab CS x ada jeragat wat masa ni, baru 5 hari guna so belum nampak hasilnya, CS tunggu habis krim ni di guna baru tengok hasilnya...so sesiapa yg bermasalah jeragat, nantikan hasilnya x lama lagi, kalau ok baru CS proceed untuk dijual....tungggguuuuuu :)

Sekian ada nya...


Wednesday, June 5, 2013

MOTIVASI DIRI ~ MEMBINA HUBUNGAN

~ Assalamualaikum ~

Amboi kau sally...tajuk tak boleh blah, bajet Dr Muhaya lerr teww hahaha
 
CS belajar satu perkara, bukan perkara baru pun iaitu....buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat....betul tak??? Semester baru, pelajar baru, CS cuba positifkan minda iaitu pandangan CS pada student baru. Sebolehnya CS x nak fikir negatif dulu terhadap student baru ni, contoh ea yang biasa
1. Budak ni nanti mesti sepahkan buku
2. Habislah buku kena curi
3. Nanti mesti kurang ajar dengan kita
4.Masuk library nak dating je lah tu
5. Mesti x ikut peraturan, penat nanti nak tegur
6. dan lain-lain....

So kita kena ubah, ini kalilah...hehehe *bukan politik derrr*....belajar melihat kebaikan dulu sebelum kita nampak kejahatan yang belum tentu ada....yesss sedang mencuba...kerana bila kita dah mulakan dengan fikiran negatif, kita akan membunuh minat pelajar ni terhadap keminatan mereka untuk datang library....disebabkan persepsi awal negatif kita telah membawa kepada cara teguran yang tidak sepatutnya, x ke membunuh minat tu namanya kan :)

Azam CS semester ni nak pastikan kurang aduan dari pelajar berkaitan dengan library, so untuk permulaan bermacam macam nasihat, teguran n ingatan dah bagi pada staf tapi kadang2 sesuatu perkara tu berlaku di luar kawalan kita...kita dah buat sehabis baik namun manusia tetap manusia, bila emosi dah tak terkawal, apa pun tak boleh bak kata JAMBU...sy faham sbb sy pun manusia spt anda yang punya emosi, emosi pulak tu kdg2 stabil kdg x stabil...tu biasa :) tapi UBAH!!!! INI KALI LAH....X NAK LAIN KALI LAGI DAH

Pendekatan CS senang aje, kita jangan merumitkan benda-benda yang remeh, selagi perkara2 tu x membawa kemudaratan kepada manusia sejagat dan persekitaran, sekarang ni niat kita adalah nak ajak pengguna datang library, pinjam buku, baca buku...pendek kata nak mengimarahkan masjid library lah tp kalau benda2 remeh kita jadikan sulit maka sakit lah kan...kita dah bunuh keinginan dan keminatan orang untuk dating datang...sekali lagi nak tanya tuan2 dan puan2 pembaca yang dirahmati Allah... betul tak????

Sekarang ni...kita nak orang datang library gunakan perkhidmatan kita atau kita nak tegakkan peraturan yg macam2 yg kita ada tapi pengguna tak datang untuk menggunakan perkhidmatan kita......kita ada peraturan tapi kita x ada pengguna...pun x guna jugak...siapa yg nak ikut peraturan kita tu kalau kita x ada pengguna....kan??? Peraturan perlu ada supaya tidak berlaku sembrono dan sbg guide untuk lebih sistematik je tp bukan yang merumitkan, melecehkan dan macam2...asal orang happy dengan service kita tu dah ok...senang cerita ikut tagline CS ~rilek2 sudah~ hahahah

Apa2 pun senyum je lah dan bantu mana yang boleh....senyum memang ubat paling mujarab, merapatkan ukhwah, membina hubungan yang positif dan mengurangkan stress...kalau pestime jumpa ko senyum dengan orang, x kan dia nak pandang slek kat kita kan....mestilah dia lagi hormat, ni kalau pestime jumpa, pestime nak tegur kau dah jeling2 n cakap keras, memang muka mintak penyapu lah kan...hehehe...ermmm terlalu awal untuk persepsi negatif ini kan

Selain senyum, hormat orang tak kira kanak2, budak kecik apa lagi orang tua.... inshaallah kita akan dihormati, ingatan untuk diri ini juga...yeahhhh

Sekian ada nya........

Monday, June 3, 2013

KUTU

~ Assalamualaikum ~

Tadi tgk status sorang kawan dia citer pasal kutu, maka dengan itu CS pun teringat kesah KUTU yang x berkesudahan ni. Ingat dah zaman millineum ni dah x wujud lagi makhluk bernama KUTU...rupanya masih bersepah yer....CS ingat ms zaman kecik2 dulu memang senang dihinggap KUTU...memandangkan waktu tu mungkin kesedaran pada kebersihan diri agak kurang...KUTU ni sampai satu tahap boleh jadi wabak yang membebankan dan tidak berkesudahan....

Sebenarnya hobi CS skng ni adalah mencari KUTU, sejak beberapa tahun kebelakangan ni...tahun okey bukan hari bukan bulan...hobi ni da jadi satu keperluan setiap kali ank buah CS balik dari KL....sampai sanggup pergi Jasin, Melaka beli sikat kutu sbb sikat KUTU kat kedai di Jasin adalah yang terbaik, sekali aku beli sampai 5 sbb harga dia baru seringgit hahaha, ni pakai buang punya sikat kutu, kdg2 buat cenderahati lg bagi diorang bawak balik. korang bayangkan lah sbb tu aku kata KUTU ni wabak yang marabahaya w/p macam2 cara dah kita guna untuk basmi KUTU tp setriap kali pergi taska semula n tidur baring sesama kawan, benda ni akan jadi lagi....sian CS tgk garu sana garu sini sbb atas kepala dah terlalu banyak....

Langkah pencegahan yang pernah dilakukan
1. Botakkan kepala - bg lelaki la, kalau perempuan mau nangis
2. Guna syampu / ubat dari klinik @ farmasi
3. Sauk kutu tiap2 hari dgn gunakan sikat kutu
4. Hapuskan telur kutu yang menjadi punca pembiakan nyamuk kutu
5. Upah monyet untuk cari kutu sbb binatang ini sgt gigih mencari kutu
6. Jumpa Cik sally untuk upah cari...sy pun segigih monyet gak bab2 mencari kutu ni...memang menangis lah budak2 ni kalau ngan CS, kalau boleh x nak lepas sampai habis kukerjakan semua tp apakan daya...budak2 nak main gak ngan kawan2 dia bila balik kampung kan
7. Tukar Taska lain bahahaha...ingat semudah ABC ke...

Itulah alkisahnya hobi saya semenjak dua menjak ni....tp jgn takut ngan CS sbb CS x ada kutu yer....sentiasa basmi dari hari ke hari :p

Sekian ada nya.....