Thursday, September 18, 2014

Budaya Membaca...10 minit sehari

~ Assalamualaikum ~



Hari ini terbaca satu artikel yang menyatakan budaya membaca di negara maju semakin lenyap disebabkan 'TOKSIK' dan ia semakin berjangkit ke negara-negara membangun.Seperti di UK, 25% generasi muda mula menjauhi diri dari membaca buku.

Apa itu toksik??? hokey straight 2 the point yang toksik ini adalah Kemajuan Teknologi Peranti Moden.yang didapati paling berpengaruh seperti peralatan permainan komputer,  iPod, webcam, GPS,  Tablet spt iPad, kamera digital, TV berbayar dan yang palin dekat dihati orang sekarang adalah telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi.

Pendekatan yang telah diambil oleh Barat  untuk memastikan minat membaca ini berterusan ialah MENGGALAKKAN KANAK-KANAK MEMBACA TERUTAMANYA BUKU CERITA SELAMA 10 MINIT SEHARI....10 MINIT JE OKEYYY ADIK-ADIK, ANAK-ANAK.

Tips lain yang boleh diambil untuk memupuk minat membaca :
1. Wujudkan mini library di rumah anda dengan buku2 kegemaran anak-anak
2. Selerakkan pelbagai jenis buku di depan anak seawal usia bayi lagi.
3. Bila pergi shopping, jangan lupa singgah kedai buku...diulang kedai buku ye bukan kedai tudung
4. Biasakan memberi hadiah buku pada hari tertentu selain dari henpon.
5. Mak bapak kena pegang buku la jugak nak tunjukkan contoh pada anak-anak. kalau mak bapak pon sama dok menekan je mana nak dapat kan hehehe

So korang...bila lagi nak start, silalah praktikkan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum rebung bertukar jadi akar kuikuikui....Balik kang harus mama selerak kan buku depan hadif.....10 minit je anak, kita baca buku ye :) xoxo hadif ketat-ketat

Sekian adanya....

CikSally

3 comments:

Mrs Velentine said...

alhamdulillah cik sally anak2 MV minat buku bby syamimi kalau nampak buku mmg suka..sebab anak2 semua di bawa ke library tempt kerja..hihi

cik sally said...

harus lah...mak dia dikelilingi bukau kan hehe

cik sally said...

* buku