Wednesday, July 8, 2015

Cerita Bulan Ramadan

~ Assalamualaikum ~

Mentang-mentang puasa, blog pun berpuasa ye. Sebelum puasa beria nak masak aje juadah berbuka tapi bila dah puasa haaa amekkkaw, beli juga ye. takde kuasa dan kudrat mak nak masak sebab pagi2 seawal 5.30 pagi dah ready masak untuk bekalan my mokmok Hadif.

Tapi ada masa memang masak juga...bila tekak dah tak boleh terima lauk2 ayam ni, ikan sangat kurang pilihannya...balik2 ikan keli...hoihoi aku tak lalu dah.

Raya tahun ni agak kurang meriah sebab mak CS sakit so kitorang adik beradik macam hilang mood tetiba, Now mak dah semakin ok tapi still tak boleh berjalan. Raya ni genap setahun mak diserang strok. Sebelum ni ok lah juga boleh berjalan sikit2 guna tongkat, tapi sejak seminggu lepas, kesihatan mak semakin merosot dan kini mak terlantar di atas katil. Kesian aku tengok tapi tulah dugaan yang Allah bagi kat mak. Moga mak tabah menjalani kehidupannya...Inshaallah anak-anak akan sentiasa ada bersama di sisi mak selalu. Kami doakan yang terbaik buat mak.

Kuih raya pun tak buat, tak beli, tak tempah dan tak minat. Harga sekarang bukan masanya untuk kita membeli sesuka hati. Di facebook pun CS perasan tak banyak kawan yang jual beskut raya tahun ni. Mungkin barang buat kuih semakin mahal...kalo 50 pcs dah dekat RM35.00 beli dua balang dah RM70.00...lupakan aje lah. Nanti kita buat makanan yang simple2 je ye contoh kacang goreng, kerepek, keropok dan kerengga....oopppssss hehehe

Tema baju kaler apa? ermmm aku tak suka tema2 ni, apa ada aku sarung je, ikut suka hati mak bapak aku la, yang penting aku n hadif mesti sedondon, yang lain2 tu aku tak pedulik sangat hahaha, bila cakap bab tema sedondon ni wat aku jadi emo, adalah storinya, so aku amik keputusan tak nak semak kan pala aku ngan tema sedondon...ni untuk diri aku bukan orang lain ye, yang lain tu sila lah teruskan ngan sedondon korang dan klip klap amik gambor boleh masuk facebook...yang penting boleh buat profile picture kan. Kalau dapat pakai T-Shirt lagi heaven aku rasa, takyah nak control ayu bagai takut baju kena kuah kacang lah, air sirap kaler merah. huhuhu apa aku merepek ni, baik makan kerepek dari merepek ye CS.

Semakin kita dewasa....semakin kita matang, raya sudah tidak bererti sangat, yang tinggal hanya kenangan masa2 lalu, dalam kita bertambah ahli keluarga, kita juga kehilangan insan penting dalam hidup kita menjadikan set keluarga itu tidak lengkap lagi sampai bila-bila. 

Moga Allah beri aku peluang untuk beraya bersama bonda tersayang untuk ke sekian kalinya...biar macam mana pun keadaannya, aku redho. 

No comments: