Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Weekend ni x de apa sangat yang aku wat....pg sabtu & ahad join aerobik (aiii x kurus lg x tau la), g giant....g melaka cam biasa jd driver huhuhu. 21 Jun 2009 (Ahad) ari tu hari bapa tp aku cam alergik lak dengo kat radio asik cakap pasal hari bapa sbb benda ni seme wat aku bertambah sedeyyy....so aku ambik jln selamat x yah bukak seme radio2 yang memekak x ttu pasal tu.....tapi aku sempat gak ciptakan 1 sajak tuk abahku yang da pergi tak kembali tu...tak la best sgt sajak aku tu tp bole la, ori ni bukan ciplak....hakcipta terpelihara tau

Luahan Seorang Anak
Pemergianmu satu kehilangan
Walaupun kelibatmu tak pernah padam
Kerinduanku satu penyeksaan
Walaupun tak terluah dengan kata-kata

Mengharap kepulanganmu satu yang mustahil
Walaupun pengharapan ini terlalu tinggi
Andai waktu itu bisa kujejaki semula
Akan kukutip setiap detik yang berharga itu

Takkan kupersiakan walau sesaat
Takkan kujauhimu walau sejengkal
Takkan kuabai setiap pesanmu
Akan kubawamu walau ke ceruk mana
Akan kuluahkan rasa sayang tanpa malu
Walaupun semua itu tak pernah kau pinta

Penyesalan yang tiada erti tiada makna
Hanya pesan-pesanmu yang kubawa
Tetap, teguh di hati sepanjang zaman
Hanya kenanganmu pengubat lara
Tatkala rindu dan sepi datang menyapa
Aku harus meredhakan pemergianmu
Kerana itu lah janji ALLAH pada yang hidup
Secebis doa sentiasa dibibir
Terus Al-Fatihah berlagu sayu
Agar rohmu aman di sana
Dicucuri rahmat ALLAH yang esa...AL-FATIHAH

2 comments:

Anonymous said...

meremang bulu roma makcik aiiii... tak sangka la pulak kawan aku puitis hehe..
Al-Fatihah untuk arwah.
p/s: aku pong allergik gak ngan Hari Bapa nih

cik sally said...

hehehe baru berjinak2...pas ni kalo suh wat yg lain mesti x jd