~ Assalamualaikum ~
Selasa ari tu iaitu sehari sebelum dipavali *bole ke aku pgl raya dipavali* aku ada borak2 ngan akk cleaner yg semestinya berbangsa india, tya la dia sket2 psl cuti raya, psl balik kg n psl makanan raya derang. Ehh cam tertarik lak aku dgo dia cakap TOSEI, so ngan tidak membuang masa n dgn tidak memperlekehkan skil cik sally dalam masak memasak ni, resepi pon bertukar tangan. malam tu jugak berkejar ke GIANT untuk mendapatkan KACANG UDULU. wajar ke cik sally berebut kacang udulu tu ngan org2 india lain....ish2 kejam ni sbb mengurangkan kuantiti kacang udulu di pasaran. kalo la ada org india yg kat area muor tu x dpt wat TOSEI..semestinya cik sally la yg ptt dipersalahkan...kuikuikuik. tp setakat ni x dgr plak berlaku keganasan disbbkan x dpt makan TOSEI, kira seme dapat la tu. tapi sepanjang ari semalam cik sally terpikir...ini ke makanan derang time raya...spesel sgt ke?
So demi semangat 1 malaysia ni, aku bgn awal pg di cuti2 yg mulia ni semata2 nk siapkan TOSEI, tp ni blom bole makan lg sbb TOSEI ni perlu melalui proses memeram yg lama. malam sebelum tu dah la merendam kacang + beras, lama gak ni. dipendekkan stori ptg baru dpt makan. TOSEI + KARI DAGING = LAZAT. apa lagi jemputla seme adik beradik aku balik... yg dekat2 je la kan, kalo yg jauh tu x berbaloi dibandingkan bayor tol ngan kekerasan tekstur tosei hasil tangan aku ni.
Mak aku yg sememangnya jalur lebar yg terpantas kat dunia ni pon helo la akk aku kat rawang, muor tu nk ajak makan TOSEI tp sampai ke mlm haram dia x dtg, mgkin dia rs makanan ni x brp mencabar utk tekak dia kot...da la x dtg, akk aku siap bg tazkirah lagi..."Ingat eh..makan tosei jgn ada niat nk sambut dipavali...bla..bla..bla". Allahuakbar!!..alamak apa lah akk aku ni skema gabannya...itu kan makanan, kira ok lg la kitorg juz mkn tosei kalo najib tu siap pegi batu caves lg...ish2 x agk2 nk ingatkan aku ni tp aku tau niat dia baik nk menyelamatkan akidah kitorg kuikuikui.
Belum sempat malam, tosei aku mmg da langsai la, x tau nk cakap...sebb dia mmg sedap ke @ aku buat x cukup banyak @ derang2 tu mmg teruja sbb 1st time buat @ derang mmg kebulur ngan keadaan cuaca yg ujan2 mendung setiap ptg tu....sila la pilih jwpn yg bertepatan ye...hehehe
Bila2 nnti aku try la wat lg bg membaiki mutu keunggulan tosei tu tp siang2 mak aku da merendah rendahkan tahap ke profesionalan aku. Dia cakap mesti la ni sekali je aku wat..pas tu xde maknanye...cakap dia ni berasas sebenonye sbb aku penah try wat tempe...ikan pekasam n bbrapa benda la tp sekali je..da jadi aku pon senyap la..orait apa yg ptg aku mmg suka mencuba sesuatu yg baru yg bole menguji tahap kerajinan aku. wokei pasni aku nk try wat KICAP lak sbb kicap da mahal skang menurut kata CIK ROPI..ada bran ke???
Sungguh penat menaip ari ni.....Sekian ada nya...
No comments:
Post a Comment