Wednesday, April 22, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

~ Assalamualaikum ~


Seperti yang tertera di atas, Pesta Buku Antarabangsa 2015 kembali lagi. Jom ramai-ramai kita semarakkan pameran buku terbesar ini disamping menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat Malaysia. 


Agak malang kalau ada individu yang tak nampak bagusnya pergi melawat pesta buku ni kan...sebab apa yang aku nampak dan rasa adalah :-
* perkongsian ilmu terdapat disini. (saban hari ada program perkongsian ilmu diadakan kat atas stage tu, ko pilih je nak join yang mana).
* Hampir semua publisher ada disini (kau nak apa lagi)
* Penyertaan penerbit luar negara.
* Lebih dari 1 juta orang yang berkunjung ke sini saban tahun.
* Pelbagai jenis buku ada...dari kanak2 sampailah yang nak masuk ke kubur, dari buku akademik sampailah novel picisan lagi murahan (kau pilih je aku cakap)
* Tetamu jemputan program biasanya ikon negara.
* Beramah mesra terus dengan penulis buku yang hebat-hebat @ selebriti jemputan.
* Yang pasti aku pergi kutip katalog...tu je yang aku mampu, kutip je tau sebab aku kan librarian, time tu lah aku nak dapat katalog terbitan bahan terkini. At last...katalog tersebut akan aku jual kat apek cina kitar semula sebab tiada kegunaannya disini... ermmm dapat gak duit.


Acara ini adalah berkaitan dengan ILMU...tak lari tajuk pun, aku tak rasa pun kalau kita pergi melawat pesta buku ni sebagai acara 'jalan-jalan sahaja' sebab ada sesuatu di sana yang dapat kita kutip. yeahhhh jom reramai pergi dengan family tercinta.




2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee mcm sonoknye nk gi pesta buku ;p

Fazlina Samsuddin said...

Rindu nak g lagi..dlu slalu g
Salam ziarah
Www.fazlina.com