Tuesday, April 28, 2015

Cara Membayar Bil Redone

~ Assalamualaikum ~

Dah dua bulan guna redone. Murah memang murah
Berbaloi sangat
Saya bukan duta redone ye...hikhikhik
Masa guna Celcom dulu, ermmm 90++ tak lari
Tapi sekarang RM48-55
Jimat bukan...sekarang zaman GST, kita kena berjimat hal lain
Ada benda yang kita kena cut bajet
Kalau dulu, nak apa beli je, kadang2 membazir pon ada
Sekarang pelan-pelan kena belanja berhemah

Bagi pengguna-pengguna baru yang tak tahu nak bayar bil kat mana
Jom CS tunjukkan
Guna online je ye takyah nak gatal2 pergi beratur, bazir minyak bagai

muka depan
1. Of course la korang kena masuk web redone www.redone.com.my

pompuan ni lagi



 2. Sila klik Self Care Login seperti yang ditunjukkan anak panah kecit bertanda (i) di hujung atas sebelah kanan


Add caption
3. Masukkan No telefon anda dan password. Password adalah No account redone anda. Biasanya bila kita daftar, kita akan dapat sms dari redone. Ok nombor itulah yang dimasukkan. Di ruangan anak panah (ii)




4. Klik di (iii) iaitu Download & Pay bill


5. Paparan bil semasa akan keluar seperti di atas. Then klik di anak panah bertanda (iv) iaitu Pay Now.

6. Bila dah klik Pay Now tu akan keluar lah pilihan Internet banking yang korang guna.

7. Seterusnya ikut sahaja arahan pihak berkuasa pembayaran.

8. Senang aje yang penting line internet kena ada kalau tak g jap kedai mamak tumpang wifi derang. hahaha

Sekian adanya....

CikSally

No comments: