Sunday, April 12, 2015

Resepi Pasta Baby 10 - 12 bulan

~ Assalamualaikum ~

inilah rupanya pasta baby

First time try bagi hadif makan pasta baby ni, ermmm suka rupanya dia. Makan bubur hari-hari pun anak boleh meroyan juga...so sekali sekala kita tukar. Lepas buat tinjauan beberapa blog jumpa lah resepi pasta baby ni. Pasta baby ni CS beli di Mydin why pay more tu... jenama Heinz iaitu dibahagian makanan baby...tak berapa gemar pergi cari barang di pasaraya besar ni....melilau cari tak jumpa. Demi mokmok bucukku, CS gagahi jua....hihihi

Jom kita layan macam mana nak masak Pasta Baby ni....tutup mata je dah jadi....tapi tutup sebelah je lah kan hehehe





Bahan-bahannya :
1. 1 biji bawang kecil merah + 1 biji bawang putih (hiris)
2. Carrot (CS rebus bagi lembut dan potong kecil)
3. Isi Ikan Merah (hiris halus)
4. Pasta (Didihkan air then masukkan pasta dalam 3-5 mint dan tos sejukkan)
5. Sedikit yang amat garam

* Carrot boleh ditukar dengan sayur lain seperti brokoli
* Isi ikan boleh ditukar dengan ayam cincang dan daging
* Letakkan cheese kalau anak anda suka...boleh cuba, tapi CS tak try sbb takde stok

Cara membuatnya :
1. Letak sedikit minyak zaitun dan panaskan.
2. Tumis bahan (1) sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan 3 dan goreng hingga berubah warna dan nampak empuk...sekejap je
4. letak sedikit sahaja air agar tidak terlalu kering.
5. Masukkan bahan (2) dan bahan (4) dan kacau rata.
6. Setelah semua telah mesra di dalam kuali, kita kasi keluar itu pasta.

CS pun join sekali dengan Hadif....makan to geder geder, memang sedap, anak suka...emak puas hati. Mungkin kalau ada cheese tu jadi double sedap kot, nanti2 lah kita try kan.

Selamat mencuba

Sekian adanya....

CikSally

5 comments:

nor zalifah bte abd hamid said...

Nti buatkan sy Mak itam (faris & firas)

nor zalifah bte abd hamid said...

Nti buatkan sy Mak itam (faris & firas)

Sallenaz said...

Selera bbenor la baby..jgn jd mcm abg danial yer

cik sally said...

dia mmg selera...rs tolak batu n kayu je hadif ni

cik sally said...

bole fa fi nnti m.tam buatkan ea